Home

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SUNAT HOME UNTUK PROSEDUR KHATAN/SUNAT PADA CUTI SEKOLAH TAHUN 2018 LEPAS!

Mencari tempat SUNAT yang PRIVATE untuk dewasa? on Biteable.

Salam Sejahtera.

Selamat datang ke SunatHome, one-stop-center untuk perkhidmatan bersunat menggunakan Electrocautery Laser.

Kepakaran kami adalah membantu kaum lelaki dewasa dan kanak-kanak untuk bersunat dengan selamat, selesa dan moden menggunakan Electrocautery Laser untuk mendapatkan “burong” yang bersih, bebas, yakin dan mengancam.


Prosedur sunat menggunakan Electrocautery Laser ini sungguh Cepat, Selamat dan Selesa, dan dilakukan oleh Mudim sunat yang bertauliah dan berpengalaman!

WhatsApp kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut dan temujanji.

SunatHome Kota Kinabalu

Memperkenalkan Flashcutter Laser

Flashcutter Laser

Flashcutter adalah alat dan kaedah dengan teknologi baru yang diilhamkan daripada Teknologi LASER, untuk penyingkiran ketuat dan proses berkhatan. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk penyingkiran ketumbuhan lain pada kulit anda. Teknologi ini direka untuk memanipulasi elektrik dalam bateri yang boleh dicas semula di mana elektrik digunakan untuk memanaskan bilah alat pemotong untuk penyingkiran ketuat. Flashcutter direka khusus supaya elektrik tidak dihantar ke dalam badan anda.

Di samping itu, set alat Flashcutter Pro Series juga merangkumi unit bipolar sebagai fungsi electrokauteri, oleh itu Flashcutter juga boleh digunakan untuk memberhentikan pendarahan semasa pembedahan kecil atau sunat (jika pendarahan kecil berlaku). Alat ini juga mempunyai beberapa kelebihan, berbanding dengan unit electrokauteri yang sedia ada, kerana sistem elektrik yang direka khusus untuk pembedahan (pesakit dan doktor dielakkan daripada mendapat kejutan elektrik), mempunyai kesan yang sangat minimum atau tiada pembakaran, dan tiada asap dihasilkan semasa proses.

Kelebihan Flashcutter Laser

  • Tanpa pendarahan
  • Tanpa homeostasis
  • Mudah untuk melaksanakan jahitan
  • Tidak memerlukan lokasi jahit yang banyak
  • Meminimumkan jangkitan
  • Proses pembedahan adalah lebih cepat, antara 7-15 minit
  • Sesuai untuk permohonan pada berkhatan beramai-ramai
  • Kos operasi adalah lebih murah berbanding dengan Smartklamp
  • Proses penyembuhan lebih cepat (hampir ~ 3 hari)
  • Boleh digunakan untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit darah , autisme dan hiperaktif.

Faedah-faedah berkhatan

Berkhatan atau bersunat adalah pemotongan penuh kulup sepenuhnya dan mendedahkan kepala zakar. Berkhatan adalah perkara yang baik untuk dilakukan untuk tujuan kesihatan anda kerana ia :

  • Meningkatkan kebersihan anda kerana ia adalah lebih mudah untuk menjaga kebersihan kepala penis
  • Mengurangkan risiko jangkitan secara seksual seperti chancroid , sifilis , kutil kelamin dan herpes
  • Mengurangkan risiko anda mendapat jangkitan HIV kerana ia mengurangkan risiko terkoyak dan lebam yang boleh menjadi fokus tempat jangkitan untuk HIV
  • Menghilangkan sel-sel tertentu dalam kulup yang boleh menjadi pintu masuk untuk HIV
  • Mengurangkan risiko kanser zakar
  • Mengurangkan risiko pasangan anda dari kanser pangkal rahim

SunatHome2u di Facebook

SunatHome2u

Sunat Home, pusat sehenti (one stop center) untuk perkhidmatan bersunat lelaki dengan menggunakan teknnik electrocautery laser yang bersih, cepat dan moden, dengan mengikuti piawaian WHO untuk prosedur sunat yang selamat dengan harga yang berpatutan.
SunatHome2u
SunatHome2u5 days ago
Boleh bersunat, walaupun sudah berumur 50 tahun (mungkin muallaf). Tapi ada syarat!
SunatHome2u
SunatHome2u was live.7 days ago
Phimosis vs paraphimosis. Apa perbezaannya doc?
SunatHome2u
SunatHome2u
SunatHome2u is at Klinik Sabah.4 weeks ago
Klinik Sabah
Alhamdulillah, selesai sudah program bersunat untuk anak-anak yatim Rumah Assakinah, Lok Kawi, Sabah. Kali ini seramai 5 orang asnaf berjaya menjalani prosedur sunat dengan lancar.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh kelak.
SunatHome2u
SunatHome2u is at Pulau Selakan , Sabah.1 month ago
Gambar: Ritual selepas berkhatan beramai-ramai di Masjid Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna Sabah. Ada keunikan apabila terlihat duit RM1 yang dikepilkan pada batang lidi yang dicucuk pada sabut buah kelapa yang akan diberikan kepada semua yang sudah bersunat dan tetamu yang hadir. - 20 Oktober 2018
SunatHome2u
SunatHome2u was live.1 month ago
Apa kaitan ketidaksuburan lelaki dan sunat/khatan?
SunatHome2u
SunatHome2u
SunatHome2u was live.1 month ago
2 komplikasi awal yang boleh berlaku selepas sunat.
SunatHome2u

Testimoni klien dewasa:

Testimoni sunat guna laser

Testimoni sunat kanak-kanak:

Testimoni sunat kanak-kanak

Testimoni ibu bapa untuk anak yang bersunat pada Disember 2016: