Home

Mencari tempat SUNAT yang PRIVATE untuk dewasa? on Biteable.

Salam Sejahtera.

Selamat datang ke SunatHome, one-stop-center untuk perkhidmatan bersunat menggunakan Electrocautery Laser.

Kepakaran kami adalah membantu kaum lelaki dewasa dan kanak-kanak untuk bersunat dengan selamat, selesa dan moden menggunakan Electrocautery Laser untuk mendapatkan “burong” yang bersih, bebas, yakin dan mengancam.


Prosedur sunat menggunakan Electrocautery Laser ini sungguh Cepat, Selamat dan Selesa, dan dilakukan oleh Mudim sunat yang bertauliah dan berpengalaman!

WhatsApp kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut dan temujanji.

SunatHome Kota Kinabalu

Memperkenalkan Flashcutter Laser

Flashcutter Laser

Flashcutter adalah alat dan kaedah dengan teknologi baru yang diilhamkan daripada Teknologi LASER, untuk penyingkiran ketuat dan proses berkhatan. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk penyingkiran ketumbuhan lain pada kulit anda. Teknologi ini direka untuk memanipulasi elektrik dalam bateri yang boleh dicas semula di mana elektrik digunakan untuk memanaskan bilah alat pemotong untuk penyingkiran ketuat. Flashcutter direka khusus supaya elektrik tidak dihantar ke dalam badan anda.

Di samping itu, set alat Flashcutter Pro Series juga merangkumi unit bipolar sebagai fungsi electrokauteri, oleh itu Flashcutter juga boleh digunakan untuk memberhentikan pendarahan semasa pembedahan kecil atau sunat (jika pendarahan kecil berlaku). Alat ini juga mempunyai beberapa kelebihan, berbanding dengan unit electrokauteri yang sedia ada, kerana sistem elektrik yang direka khusus untuk pembedahan (pesakit dan doktor dielakkan daripada mendapat kejutan elektrik), mempunyai kesan yang sangat minimum atau tiada pembakaran, dan tiada asap dihasilkan semasa proses.

Kelebihan Flashcutter Laser

  • Tanpa pendarahan
  • Tanpa homeostasis
  • Mudah untuk melaksanakan jahitan
  • Tidak memerlukan lokasi jahit yang banyak
  • Meminimumkan jangkitan
  • Proses pembedahan adalah lebih cepat, antara 7-15 minit
  • Sesuai untuk permohonan pada berkhatan beramai-ramai
  • Kos operasi adalah lebih murah berbanding dengan Smartklamp
  • Proses penyembuhan lebih cepat (hampir ~ 3 hari)
  • Boleh digunakan untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit darah , autisme dan hiperaktif.

Faedah-faedah berkhatan

Berkhatan atau bersunat adalah pemotongan penuh kulup sepenuhnya dan mendedahkan kepala zakar. Berkhatan adalah perkara yang baik untuk dilakukan untuk tujuan kesihatan anda kerana ia :

  • Meningkatkan kebersihan anda kerana ia adalah lebih mudah untuk menjaga kebersihan kepala penis
  • Mengurangkan risiko jangkitan secara seksual seperti chancroid , sifilis , kutil kelamin dan herpes
  • Mengurangkan risiko anda mendapat jangkitan HIV kerana ia mengurangkan risiko terkoyak dan lebam yang boleh menjadi fokus tempat jangkitan untuk HIV
  • Menghilangkan sel-sel tertentu dalam kulup yang boleh menjadi pintu masuk untuk HIV
  • Mengurangkan risiko kanser zakar
  • Mengurangkan risiko pasangan anda dari kanser pangkal rahim

SunatHome2u di Facebook

5 months ago
Photos from SunatHome2u's post

Kempen "Ajak Kawan Bersunat"

1. Terbuka kepada semua klien DEWASA SunatHome yang PERNAH bersunat dengan kami dari tahun 2013 sehingga sekarang.
2. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. ... See more

5 months ago
Kempen "Ajak Kawan Bersunat"

Pelancaran kempen "Ajak Kawan Bersunat" untuk lelaki dewasa, tak kira bangsa, agama dan parti politik.

Hanya:
1. Kongsi dengan kawan-kawan kelebihan bersunat.
2. Terima hadiah tunai RM20 untuk ... See more

6 months ago
SunatHome2u

Pada hari Ahad yang lepas, 18 Mac 2018, seramai 9 orang anak-anak yatim dari beberapa rumah anak yatim sekitar Putatan dan Papar berjaya disunatkan. Majlis yang sederhana tersebut telah dianjurkan ... See more

Anjuran Persatuan Anak Rantau Kedah D'Sabah (PARKES) pada 18 Mac 2018 di Restoran D'Putih, Taman Pasir Putih, Putatan.

6 months ago
Bagaimana mempercepatkan proses penyembuhan luka sunat

Bagaimana mempercepatkan proses penyembuhan luka sunat?

Ada sesetengah kes luka sunat yang lambat sembuh, disebabkan oleh kelembapan kawasan luka, jangkitan kuman atau umur pesakit yang lanjut. Kawasan luka yang terlalu lembab menyebabkan cecair badan k…

6 months ago

Sunat pada zaman dahulu tak guna apa-apa ubat pun untuk bagi kebas kawasan kemaluan sebelum ia disunat. Oleh itu mereka akan diarak oleh bapa atau abang mereka sekeliling kampung sebelum direndam di ... See more

7 months ago
Bersunat/berkhatan lelaki dewasa dengan kencing manis (diabetes mellitus). Apa yang perlu diketahui?

Selepas buat facebook live kelmarin, rasanya lebih bagus saya tulis pasal tu kencing manis dan bersunat/berkhatan, supaya manfaat dapat dikongsi bersama.

Kelmarin saya didatangi seorang lelaki dewasa dalam lingkungan 40an yang ingin bersunat/berkhatan. Beliau juga merupakan seorang pesakit kencing manis (diabetes mellitus) selama lebih kurang 5 tahu…

7 months ago

Saya ada kencing manis doc. Boleh ka kalau mau sunat?

7 months ago
Buku rujukan para doktor untuk prosedur sunat seluruh dunia

Buku garis panduan bersunat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah siap dicetak. Kepada para doktor dan Pembantu Perubatan (MA) yang ingin mengetahui dan memperbaiki teknik bersunat dengan ... See more

7 months ago
Photos from SunatHome2u's post

Tahniah kepada 3 orang Pembantu Perubatan yang telah berjaya menghabiskan program attachment dengan SunatHome selama dua minggu sewaktu cuti sekolah akhir tahun 2017.

Semoga mereka mendapat ilmu ... See more

« 2 of 7 »

Testimoni klien dewasa:

Testimoni sunat guna laser

Testimoni sunat kanak-kanak:

Testimoni sunat kanak-kanak

Testimoni ibu bapa untuk anak yang bersunat pada Disember 2016: