Author Archives: drizad

7 kriteria bagaimana nak pilih tempat bersunat untuk anak anda waktu cuti sekolah

UPSR dah habis. Tak lama lagi, budak-budak sekolah rendah yang lain akan duduki peperiksaan akhir tahun. Insyaallah, akhir bulan November nanti, musim cuti sekolah akhir tahun 2017 akan bermula. Pada masa inilah ibu bapa akan mula tercari-cari tempat yang terbaik untuk anak-anak lelaki mereka BERSUNAT atau BERKHATAN.

Kalau dulu-dulu pada masa zaman ayah dan datuk kita, sunat dilakukan oleh Tok Mudim kampung. Zaman sekarang, Tok Mudim sudah tidak ramai. Kalau ada pun yang tinggal, mungkin sudah rabun dan tidak boleh nampak dengan jelas apa yang mau dipotong. Tangan pun mungkin sudah hilang “fine motor function” yang mana boleh menyebabkan kecederaan yang tidak diingini oleh ibu bapa. Mungkin juga ada pelapis muda yang mewarisi teknik bersunat ini, tetapi agak sukar dijumpai.

Sekarang Tok Mudim sudah digantikan dengan doktor dan dressar (pembantu perubatan) yang rata-rata sudah ada kepakaran dan pengalaman untuk menyunat murid-murid sekolah. Jika prosedur sunat ini dijalankan mengikut garis panduan yang betul, ia adalah satu prosedur yang cepat dan selamat.

Persoalannya sekarang, macam mana nak pilih tempat bersunat yang sesuai untuk anak anda? Apakah perkara-perkara yang anda sebagai ibu bapa perlu tahu sebelum memilih satu-satu tempat atau teknik yang akan digunakan untuk anak-anak anda?

Setelah melakukan sunat atau khatan untuk kanak-kanak lelaki selama lebih 7 tahun, saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang bagaimana anda sebagai ibu bapa boleh membuat pilihan dan keputusan yang tebaik untuk anak anda bersunat. Saya sendiri mempunyai 3 orang anak lelaki, yang mana dua daripadanya telah saya sunatkan sendiri.

Di sini saya kongsikan 7 kriteria bagaimana nak pilih tempat untuk anak anda bersunat pada cuti hujung tahun nanti.

Majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Assalam Kampung Contoh, Putatan

#1. Di manakah tempat bersunat?

Nak bawa pergi ke hospital? Klinik? Kerajaan atau swasta? Beramai-ramai di masjid? Atau balai raya? Selalunya bersunat di hospital dan klinik tidak ada banyak masalah, kerana semuanya telah tersedia di tempat tersebut. Suasana selalunya lebih tenang dan terurus. Jika di institusi kerajaan, pesakit mungkin ramai, tetapi kos adalah lebih murah. Bersunat di institusi swasta mungkin ada sedikit mahal, tetapi ia lebih selesa dan cepat. Sekiranya ada apa-apa berlaku dengan prosedur sunat, mereka boleh buat pelan kontingensi dengan cepat.

Berbeza dengan bersunat beramai-ramai di masjid atau balai raya. Ia boleh menjadi satu cabaran yang besar untuk ibu bapa. Ini kerana dengan kanak-kanak yang ramai datang untuk bersunat ditambah lagi dengan seluruh ahli keluarga dan kanak-kanak lain yang tidak terlibat datang menyibuk, ia boleh menimbulkan rasa gemuruh kanak-kanak tersebut. Keadaan boleh jadi lebih teruk sekiranya kanak-kanak pertama yang disunat menangis terjerit-jerit, yang mana boleh menyebabkan semua kanak-kanak lain yang sedang menunggu giliran ketakutan dan lari lintang pukang.

Jadi adalah lebih baik sekiranya anda sebagai ibu bapa tahu keadaan anak-anak anda. Jika dia seorang yang tenang dan mudah dipujuk, tidak kisahlah di mana pun anda bawa dia untuk bersunat. Namun jika anak anda seorang yang suka berdrama, penakut dan mudah menangis maka adalah lebih baik untuk bawa dia ke tempat bersunat yang lebih privasi.

Bersunat di rumah mungkin satu pilihan yang baik untuk kanak-kanak yang penakut. Cuba hubungi doktor atau dressar, sekiranya mereka boleh datang ke rumah dengan segala kelengkapan sunat. Dalam keadaan yang agak selesa di rumah sendiri, kanak-kanak ini mudah bekerjasama dan tidaklah berasa gemuruh semasa prosedur dilakukan.

#2. Siapakah yang akan menyunatkan anak anda?

Tak dinafikan, mungkin ada lagi segelintir golongan Tok Mudim yang masih melakukan sunat dengan menggunakan teknik lama, iaitu pisau lipat, buluh dan batang pisang, namun ia telah semakin ditelan zaman. Sekiranya anda memilih untuk anak anda disunat dengan Tok Mudim, pastikan yang beliau seorang yang berpengalaman. Cuba dapatkan maklumbalas dan testimoni dari ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka untuk bersunat dengan Tok Mudim tersebut.

Kebanyakan ibu bapa sekarang lebih selesa membawa anak-anak mereka ke klinik, tidak kira swasta atau kerajaan, yang mana sunat biasanya dilakukan oleh seorang doktor. Dressar (pembantu perubatan) selalunya membuat sunat di hospital melalui badan-badan kebajikan yang mana kebanyakan mereka telah mendapatkan latihan dan kepakaran sewaktu bertugas dengan institusi tersebut.

#3. Apakah teknik yang mereka gunakan?

Jika anda memilih untuk anak anda disunat dengan Tok Mudim, bersedialah yang mereka akan gunakan pisau lipat yang tajam dan bilah buluh. Teknik ini walaupun sudah semakin kurang diamalkan, ia masih selamat, dengan syarat Tok Mudim melakukan prosedur tersebut dalam keadaan “aseptic technique” yang betul. “Aseptic technique” adalah teknik standard pembersihan yang dilakukan untuk semua prosedur pembedahan yang memerlukan keadaan kawasan prosedur bebas kuman. Ini kerana, jika kulit kulup yang disunat tidak dibersihkan dengan betul, ada kebarangkalian yang luka sunat mudah dijangkiti kuman. Tambahan pula, teknik ini tidak menggunakan bius setempat dan luka tidak dijahit, yang mana kedua-dua ini boleh meninggikan risiko jangkitan.

Jika anda memilih untuk anak anda disunat cara biasa menggunakan gunting oleh doktor atau dressar, perlu diingat yang luka sunat perlu dijaga rapi sewaktu proses penyembuhan. Anda perlu menukar balutan pada luka jahitan anak anda setiap hari untuk beberapa hari sehingga luka betul-betul kering. Selalunya anak anda akan berasa sedikit sakit sewaktu balutan dibuka untuk dicuci bersih dan disapu ubat.

Jika anda memilih untuk anak anda bersunat dengan menggunakan klamp, anda perlu ingat yang klamp tersebut akan dipasang pada zakar anak anda untuk sekurang-kurangnya 5 hari dan ia perlu dibuka selepas 5 hari. Selepas klamp dibuka, proses penjagaan luka adalah serupa dengan prosedur sunat menggunakan gunting. Luka perlu dibalut dan balutan perlu ditukar setiap hari untuk beberapa hari. Jika luka didapati terbuka dan tidak lekat sempurna selepas klamp dibuka, ada kemungkinan luka tersebut perlu dijahit semula.

Jika anda memilih untuk anak anda bersunat menggunakan microcautery laser, penjagaan luka selepas sunat tidaklah sesukar 3 teknik di atas, kerana ia adalah satu prosedur yang paling efisien. Selepas bersunat, luka tak perlu dibalut dan anak-anak anda boleh memakai seluar pada hari kedua selepas sunat. Luka juga cepat kering dan sembuh.

Perlu diingat, walau apa pun prosedur sunat, luka sunat selalunya dijahit dengan sejenis benang yang akan larut di dalam isi dan akan tanggal sendiri selepas 10-14 hari. Jangan tarik benang lebih awal, kerana dikhuatiri luka tidak melekat sempurna.

#4. Bagaimana pula dengan rawatan susulan?

Selalunya jika anak anda bersunat di klinik atau hospital, rawatan susulan dilakukan hanya apabila ada masalah berlaku, contohnya pendarahan, bengkak yang teruk, kesakitan yang berterusan, jahitan terlepas atau jangkitan kuman. Dalam kebanyakan kes, anda memang tidak perlu bawa anak untuk kembali berjumpa dengan doktor atau dressar, kerana proses penyembuhan selalunya berlaku secara normal.

Jika anak anda bersunat menggunakan klamp, rawatan susulan adalah perlu kerana klamp yang dipasang perlu dibuka selepas sekurang-kurangnya 5 hari. Proses pembukaan klamp perlu dilakukan oleh doktor yang memasang, kerana dia perlu memeriksa luka sunat samada melekat dengan baik atau tidak. Perlu diingat, bersunat guna klamp tidak ada jahitan, namun jika luka terbuka dan masih tidak melekat sempurna, ia mungkin perlu dijahit.

Rawatan susulan untuk bersunat dengan Tok Mudim selalunya tidak ada. Ibu bapalah yang perlu setiap hari memantau, membersih dan menukar balutan pada luka, dengan harapan ia boleh sembuh tanpa ada komplikasi.

#5. Bagaimana pula dengan ubat-ubatan?

Jika anak anda bersunat dengan doktor atau dressar, tidak kira apa juga teknik yang digunakan, selalunya anak anda akan diberikan ubat penahan sakit, ubat untuk kurangkan bengkak dan antibiotik krim paling kurang. Ada sesetengah doktor memberi antibiotik untuk dimakan untuk mengelakkan jangkitan berlaku.

Namun jika anda memilih untuk anak anda bersunat dengan Tok Mudim, ubat yang mungkin anda boleh beri kepada anak anda ialah panadol biasa yang boleh dibeli dari farmasi, kerana kebanyakan Tok Mudim tidak boleh mendispens dan menyimpan ubat.

#6. Tempoh penyembuhan?

Selalunya, teknik sunat yang diamalkan oleh Tok Mudim akan mengambil masa yang paling lama untuk sembuh, kerana luka tidak dijahit. Ia memerlukan keupayaan kulit anak anda untuk sembuh dengan sendirinya. Balutan pada luka juga perlu ditukar setiap hari untuk mengelakkan jangkitan. Proses penyembuhan boleh mengambil masa sehingga sebulan.

Teknik sunat menggunakan gunting akan mengambil masa yang kedua terpanjang untuk sembuh. Ini kerana kulit yang digunting ada banyak pendarahan, dan ia perlu dijahit dengan rapi untuk memberhentikan darah dan merapatkan kulit yang telah dipotong. Anda perlu menukar balutan setiap hari untuk beberapa hari sehingga luka menjadi kering, dan selalunya ia mengambil masa 2-3 minggu untuk sembuh.

Teknik sunat mengguna klamp pula bergantung kepada keadaan luka selepas klamp dibuka. Jika luka melekat dengan baik, luka sunat akan kering selepas 1-2 minggu. Jika luka tidak melekat dengan baik dan perlukan jahitan semula untuk memperkemaskannya, 2-3 minggu adalah tempoh penymebuhan yang biasa.

Teknink sunat menggunakan microcautery laser mempunyai tempoh penyembuhan yang paling singkat, iaitu 3-5 hari. Ini kerana, luka tidak mengalami pendarahan selepas disunat dan ia mudah kering. Penjagaan luka juga amat mudah dan ringkas kerana ia tidak memerlukan balutan.

#7. Jika ada apa-apa berlaku, apa nak buat?

Jika anak anda bersunat dengan Tok Mudim dan ada pendarahan berlaku selepas bersunat, ada kemungkinan anda perlu ke klinik atau ke jabatan kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dalam kebanyakan kes, Tok Mudim tidak punyai kelengkapan yang khas untuk memberhentikan darah, memberi ubat bius setempat dan menjahit luka.

Jika anak anda bersunat dengan doktor atau dressar, anda boleh bawa anak anda kembali berjumpa dengan mereka sekiranya ada apa-apa berlaku selepas bersunat. Mereka selalunya bersedia untuk membantu kerana segala kelengkapan bersunat, rawatan kecemasan dan susulan ada di tempat mereka.

Jika anak anda bersunat beramai-ramai di masjid, adalah lebih bagus untuk dapatkan maklumat peribadi seperti nama dan nombor telefon si tukang sunat, sekiranya ada keperluan untuk menghubungi mereka semula. Jika tidak, anda perlu ke hospital atau klinik untuk rawatan lanjutan.

Hubungi kami di SunatHome untuk prosedur sunat lelaki dewasa dan kanak-kanak menggunakan microcautery laser yang selesa, selamat dan cepat.

Maklumbalas dari klien dewasa SunatHome tentang perkhidmatan bersunat

Dua minggu lepas kami di SunatHome sibuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan kami yang telah datang dan mendapatkan perkhidmatan bersunat kami dari awal tahun 2017. Kami melakukan kajian ini kerana ingin mengetahui apakah perkhidmatan kami menepati apa yang klien kami inginkan dan apakah yang kami boleh perbaiki.

Setelah dua hari kajian dijalankan menggunakan apps SurveyMonkey dan klien dihubungi melalui Whatsapp, inilah 14 respons yang berjaya diterima. Ada satu feedback yang sangat kami hargai, iaitu teguran kerana tidak ada ruang menunggu di luar Klinik Sabah kepada klien, terutamanya sewaktu masa rehat staff dari jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Kami akui yang itu adalah kelemahan komunikasi dari pihak kami apabila staff membuat temujanji bersunat pada jam 2.00 petang, tanpa memberitahu yang klinik tutup untuk rehat sehingga jam 2.00 petang.

Jadi sebagai penyelesaian, kami akan membuat temujanji untuk bersunat pada waktu petang bermula jam 2.30 petang supaya klien tidak datang terlalu awal dan klinik masih belum buka pada waktu mereka sampai di klinik.

Untuk feedback seterusnya ialah tentang promosi perkhidmatan yang lain. Kami sedang dalam proses untuk memberikan promosi pemeriksaan darah dengan kos yang amat berpatutan, istimewa untuk klien yang datang bersunat dengan SunatHome.

Hubungi kami untuk mendapatkan nasihat percuma bersunat untuk lelaki dewasa di 010-9314190!

Terima kasih.

 

Bolehkah dengan bersunat tingkatkan kesuburan lelaki?

Minggu lepas saya didatangi seorang jejaka tampan di Klinik Sabah. Beliau telah berumahtangga selama 7 tahun, namun nasib beliau kurang baik apabila belum lagi dikurniakan cahaya mata, walaupun telah bermacam-macam cara digunakan untuk mendapatkan anak.

Apabila ditanya, beliau pernah mengambil supplemen makanan tambahan untuk kesuburan lelaki dan juga makanan tambahan untuk kesuburan isterinya selama lebih 3 tahun. Beliau dan isteri pernah juga pergi berjumpa dengan bidan kampung untuk berurut dan mengambil makanan herba yang disyorkan oleh orang-orang tua untuk memudahkan kehamilan isteri beliau. Beliau juga pernah mencuba  banyak produk jualan langsung, tak kira online ataupun offline untuk memudahkan beliau mendapat anak. Namun semuanya tidak berhasil.

Mungkin tinggal satu sahaja lagi ikhtiar yang beliau belum buat, iaitu mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar kesuburan. Beliau beritahu yang memang beliau ingin membuat temujanji berjumpa dengan pakar, tetapi beliau rasa lebih selesa jika pada waktu pertemuan dengan doktor pakar, beliau telah bersunat.

Iya lah, apabila anda telah mencuba bermacam-macam cara untuk mendapatkan anak  selama 7 tahun namun belum berhasil, apakah yang anda rasa? Pasti kecewa kan? Sebab itulah beliau berjumpa dengan saya pada minggu lepas untuk mendapatkan perkhidmatan bersunat sebagai persediaan.

Apabila diperiksa, beliau berumur dalam awal 30-an. Tidak obes dan tidak merokok. Dari segi luaran, memang beliau kelihatan sihat. Alat kemaluan beliau juga adalah normal. Tidak mengalami masalah ereksi.

Bersunat dan kesuburan lelaki

Para saintis baru-baru ini membuat kesimpulan bahawa sunat dapat membantu kemandulan pada lelaki yang menderita dua penyakit yang sangat spesifik.

Yang pertama, phimosis, iaitu apabila lelaki tidak dapat menarik balik kulup. Kulit kulup terlalu ketat di sekitar kepala zakar dan dengan itu boleh mengakibatkan ketidaksuburan. Lazimnya, phimosis ditemui pada pesakit yang juga menderita diabetes. Dengan menyunat zakar dalam kes pesakit dengan phimosis, kulup dikeluarkan, menghapuskan faktor utama yang menyumbang kepada ketidaksuburan.

Penyakit kedua yang mungkin di mana bersunat dapat membantu ketidaksuburan adalah pada pesakit dengan balanitis. Penyakit ini adalah keradangan kelenjar pada zakar. Lelaki yang mengalami balanitis mempunyai zakar yang boleh menjadi gatal, merah dan meradang. Sekiranya kepala zakar sentiasa ditutup dengan kulup, penyakit ini sukar untuk disembuhkan. Walau bagaimanapun, apabila kulit yang menutup kepala zakar dikeluarkan, gejala-gejala ini bertambah baik. Kedua-dua phimosis dan balanitis, yang diketahui menyebabkan kemandulan, boleh disembuhkan dengan mempunyai zakar yang disunat.

Mengurangkan risiko mendapat STD (sexual transmitted disease)

Jika ketidaksuburan anda tidak berpunca daripada balanitis atau phimosis, adakah masih berbaloi untuk disunat? Terdapat beberapa manfaat kesihatan tambahan yang berkaitan dengan bersunat. Bersunat dapat membantu mencegah penyebaran banyak STD virus, seperti HIV, HPV dan herpes. HPV telah diketahui menyebabkan ketuat kemaluan dan kanser serviks.

Para saintis mengatakan teori bahawa dengan memiliki kulup pada laki-laki yang tidak disunat, kulit tambahan bertindak sebagai reservoir pengumpulan sejenis rembesan. Kerana banyak STD virus yang ditularkan melalui rembesan, reservoir yang dijangkiti virus ini dapat membantu membawa kepada penyebaran penyakit.

Selain itu, kerana lokasi kulup pada zakar yang akhirnya menjadi kolam reservoir virus ini, masa hubungan intim seseorang yang mungkin ada virus itu meningkat. Apabila masa hubungan ini meningkat dengan pasangan, peluang menyebarkan penyakit juga bertambah. Dengan mengeluarkan takungan yang dicipta oleh kulup, ia secara berkesan menghapuskan kedua-dua pengumpulan virus itu, serta mengehadkan masa hubungan. Ini, seterusnya, mengurangkan kemungkinan bahawa penyakit itu akan tersebar.

Para saintis telah mengesahkan teori ini melalui tiga percubaan yang ditaja kerajaan yang dijalankan di tiga lokasi berbeza. Amat mengagumkan, saintis mendapati bahawa kadar jangkitan HIV menurun sebanyak kira-kira 60 peratus pada lelaki berkhatan berbanding dengan yang tidak.

Kurangkan Risiko Kanser

Walaupun diakui ia sangat jarang berlaku, terdapat satu bentuk kanser zakar yang dipercayai disebabkan oleh papillomavirus manusia, atau HPV. Kerana zakar yang disunat mengurangkan penghantaran virus HPV dan adalah munasabah untuk percaya bahawa ini akan mengurangkan kemungkinan kanser zakar. Apabila diukur di seluruh populasi lelaki, kanser zakar hampir tidak wujud pada lelaki yang disunat. Di samping itu, HPV juga dikaitkan dengan kanser serviks, dan sering pasangan wanita lelaki yang disunat mempunyai risiko kanser serviks yang lebih rendah.

Semoga penyembuhan luka sunat beliau berjalan lancar dan dipermudahkan untuk beliau mendapatkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu.

Bahana bersunat sendiri: D-I-Y (do it yourself) circumcision

Seorang lelaki dari Nanning, China, telah dikejarkan ke hospital selepas beliau mencuba untuk menyunat dirinya sendiri, akhbar harian memberitahu.

Lelaki berumur 25 tahun itu yang merasakan kulit kulupnya yang terlalu panjang, membuat keputusan untuk menyunat dirinya sendiri kerana beliau terlalu malu untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Beliau membeli alatan sunat tersebut dari atas talian (online) dan cuba untuk melakukan “pembedahan” dengan membaca langkah-langkah prosedur dari internet. Dia akhirnya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di hospital.

Adalah tidak pelik untuk kita mendengar cerita sebegini rupa, apabila banyak alatan bersunat sendiri (DIY circumcision) dijual di atas talian. Anda boleh sahaja beli alatan tersebut untuk bersunat sendiri dengan mengikuti langkah-langkah yang telah digariskan di internet, namun, ada beberapa isu yang perlu diketahui sebelum anda melakukan tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri.

Inilah 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum melakukan sunat ke atas diri sendiri!

1. Isu keselamatan alatan tersebut

Sebenarnya, alatan untuk bersunat yang dijual di internet adalah untuk digunakan oleh pengamal perubatan yang bertauliah dan mempunyai latihan dan ilmu yang cukup untuk melakukan prosedur seperti ini (doktor, pembantu perubatan dan jururawat). Mereka sudah cukup ilmu dan latihan untuk memastikan prosedur sunat dijalankan dengan bersih dan selamat. Jika anda tidak mempunyai ilmu dan latihan yang cukup, adalah dikhuatiri proses “pembedahan” sendiri yang anda jalankan mungkin tidak selamat (tersilap kepit atau tersilap tanda), ada kemungkinan anda perlu bergegas ke jabatan kecemasan di hospital untuk rawatan lanjut.

2. Isu jangkitan kuman

Sebelum prosedur sunat dijalankan oleh pengamal perubatan yang sah, kawasan kemaluan lelaki perlu dibersihkan dan disterilkan daripada kuman. Antiseptik yang kuat seperti iodin atau chlorhexidine akan digunakan untuk memastikan kawasan sunat bersih dan bebas dari kuman. Sekiranya anda melakukan sunat sendirian tanpa ilmu, ada kemungkinan kawasan kemaluan anda tidak dapat dibersihkan dengan sempurna, terutama sekali pada kawasan di dalam kulit kulup. Jika prosedur sunat dapat dijalankan pun, ada kemungkinan kawasa kulup yang tidak bersih boleh menyebabkan luka sunat dijangkiti kuman. Jangkitan kuman boleh menyebabkan luka tidak dapat sembuh dengan sempurna dan perlukan masa yang lebih lama untuk sembuh.

3. Isu rawatan susulan

Ok, katakanlah anda berjaya bersunat dengan sendiri, selepas mengikuti semua langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang disarankan. Kebanyakan alatan sunat yang boleh dipasang sendiri ini perlu dibuka selepas seminggu, dan proses penyembuhan luka diharapkan dapat berlaku dengan baik selepas itu. Namun, ada segelintir pesakit yang mana kulit luka sunat tersebut tidak dapat melekat dan sembuh dengan baik, lalu menyebabkan luka terbuka (wound dehiscence). Jika pesakit tidak sedar yang luka tersebut terbuka, ada risiko untuk beliau mengalami jangkitan kuman. Rawatan susulan selepas prosedur sunat adalah penting untuk doktor mengenalpasti kes begini supaya dapat diberikan rawatan yang betul.

4. Isu kos rawatan

Sebenarnya kos bersunat untuk lelaki dewasa adalah berpatutan, walau di mana pun anda lakukannya. Kebanyakannya dilakukan di klinik atau hospital swasta, yang mana anda membayar untuk perkhidmatan yang mereka sediakan, termasuk bilik yang sesuai, kepakaran doktor yang melakukan sunat, ubat-ubatan yang diperlukan dan rawatan susulan. Memanglah kos sunat DIY dengan alatan yang dibeli dari ebay agak murah (Shang ring dan Prepex ada yang berharga dalam lingkungan USD20), namun anda tidak membayar untuk kepakaran orang yang betul-betul pandai melakukannya. Anda mungkin terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi sekiranya prosedur sunat yang anda buat sendiri tidak berjalan seperti yang anda rancangkan.

5. Isu ubat bius setempat

Prosedur sunat selalunya perlukan suntikan ubat bius setempat diberikan pada kawasan pangkal batang zakar untuk memudahkan prosedur dijalankan. Ini kerana proses pemotongan kulit kulup akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat, dan mungkin tidak boleh ditahan oleh pesakit. Alatan seperti Prepex memerlukan ubat bius topikal yang boleh disapu pada kawasan kulup, namun anda perlukan preskripsi doktor untuk mendapatkan ubat bius tersebut dari farmasi. Oleh kerana anda tidak pasti dengan dos ubat tersebut, anda mungkin akan menggunakan terlampau banyak atau terlampau sedikit ubat bius topikal tersebut. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan anda mengawal kesakitan dari prosedur yang anda lakukan sendiri.

Jadi kesimpulannya, adalah lebih selamat dan bagus anda bersunat dengan orang yang mempunyai kepakaran yang betul dalam bidang sunat, berbanding dengan mencuba untuk melakukannya sendiri di rumah!

 

Pakej ubat-ubatan untuk penjagaan luka selepas bersunat

Selepas bersunat, doktor akan memberikan ubat-ubatan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengelakkan dari luka dijangkiti kuman. Ubat-ubatan yang diberi boleh terus diambil sejurus selepas bersunat, terutamanya ubat penahan sakit kerana ubat bius yang diberi sewaktu prosedur sunat dijalankan hanya boleh bertahan untuk 1-2 jam sahaja. Selepas tempoh tersebut, anda akan berasa sakit daripada luka electrocautery laser pada keliling batang zakar.

Di sini saya ingin kongsikan ubat-ubatan yang akan diberi untuk makluman dan kemudahan anda.

1. Cecair pencuci luka, Chlorhexidine solution 0.4%, 60ml

Cecair pencuci luka ini perlu digunakan selepas mandi untuk mencuci luka sunat. Celupkan kapas yang diberi bersama-sama dengan cecair tersebut dan lapkan luka sunat dengan kapas yang dibasahi Chlorhexidine. Ini bertujuan untuk mencuci luka dari kuman yang ada pada kawasan luka. Selepas mencuci, lapkan kawasan luka dengan kain bersih dan kering atau tisu kering. Lakukan dua kali sehari selepas mandi.

2. Kapas

Kapas perlu digunakan dengan cecair Chlorhexidine 0.4% untuk mencuci luka. Basahkan kapas dengan cecair tersebut sebelum digunakan untuk mencuci luka. Jangan gunakan kapas yang kering untuk mengelap atau mencuci luka. Ini akan menyebabkan kapas melekat pada kawasan luka.

3. Krim antibiotik, Neomycin cream 5 gram

Krim antibiotik ini berfungsi untuk membunuh kuman dan mengelakkan luka dari dijangkiti kuman. Ini kerana kuman boleh masuk ke dalam luka melalui kulit yang dipotong dan menyebabkan jangkitan. Jangkitan boleh melambatkan proses penyembuhan luka dan menyebabkan luka tidak dapat bercantum dengan baik sepenuhnya. Sapukan dua kali sehari pada luka selepas mandi dan cuci kawasan luka dengan cecair Chlorhexidine 0.4%. Luka tidak perlu dibalut selepas ubat disapu. Ini kerana kita mahukan kawasan luka tersebut kering. Jika dibalut, luka akan menjadi lembab dan lambat kering.

4. Ubat kurangkan bengkak, T. Papain, 10 biji

Ubat ini boleh dikunyah untuk mengurangkan bengkak pada kawasan kulit luka sunat. Ini kerana, selepas bersunat, kawasan luka mudah bengkak disebabkan oleh prosedur sunat itu sendiri, atau jika anda berjalan banyak, ia juga boleh bengkak. Makan ubat ini 3 kali sehari selepas makan.

5. Ubat penahan sakit untuk kanak-kanak, T. Paracetamol 500mg, 10 biji

Ubat Paracetamol ialah sebenarnya Panadol yang biasa kita boleh dapat dari kedai-kedai ubat dan farmasi. Untuk ubat penahan sakit bagi kanak-kanak, saya lebih suka beri mereka Paracetamol. Makan ubat ini 3 kali sehari selepas makan.

6. Ubat penahan sakit untuk dewasa, T. Diclofenac Sodium 50mg, 10 biji

Ubat Diclofenac ini diberikan kepada orang dewasa lelaki selepas bersunat, kerana keupayaannya untuk memberikan kelegaan daripada sakit pada kawasan luka sunat lebih kuat berbanding Paracetamol. Makan ubat ini 3 kali sehari selepas makan.

7. Ubat antibiotik (pembunuh kuman), T. Amoxycillin 250mg atau 500mg, 10 biji

Ubat Amoxycillin ini berfungsi membunuh kuman yang ada pada kawasan kulit luka, sekaligus mengurangkan risiko luka untuk kena jangkitan. Untuk kanak-kanak, dosnya ialah 250mg dan untuk dewasa dosnya ialah 500mg. Sekiranya anda mempunyai alergik kepada antibiotik kumpulan penisilin, sila maklumkan kepada kami, kerana anda tidak boleh ambil Amoxycillin ini sebagai antibiotik. Anda akan diberi Erythromycin. Makan ubat 3 kali sehari selepas makan.

Mau bersunat dengan teknik laser yang cepat dan bersih? Hubungi kami di 010-931 4190.

 

6 Strategi menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu SIFAR HIV 2020

Sewaktu medical conference pada bulan lepas, saya telah berjumpa dengan Tuan Presiden, Sabah Aids Support Services Association Tuan Mohd Zahari bin Mohd Aini. Sewaktu pertemuan itu, kami sempat berbual dan bertukar idea untuk bagaimana Sunat Home boleh bekerjasama untuk menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu Sifar HIV pada tahun 2020.

Apabila saya diberikan risalah tentang target tersebut, saya ternampak strategi yang telah Kementerian Kesihatan Malaysia gariskan untuk mencapai hasrat tersebut. Ada 6 strategi yang telah mereka nyatakan, dan saya tertarik apabila terlihat “Menggalakkan sunat lelaki” diletakkan dalam strategi pertama sasaran tersebut!

Untuk pengetahuan, ” medical male circumcision” atau sunat cara perubatan untuk lelaki adalaha salah satu cara yang tebukti berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman HIV dan AIDS. Ia telah dibuktikan berkesan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, apabila dilihat keberkesanan program sunat tersebut yang dilakukan secara besar-besaran di negara-negara di benua Afrika. Dengan bersunat, kadar jangkitan HIV boleh diturunkan.

Di sini saya kongsikan strategi yang telah KKM nyatakan untuk pengetahuan kita:

Strategi 1

Meningkatkan kualiti dan liputan program-program pencegahan di kalangan golongan berisiko tinggi, iaitu:

  • Mencegah jangkitan HIV melalui perkongsian alat suntikan di kalangan penagih dadah suntikan.
  • Mencegah jangkitan HIV melalui hubungan seks tidak selamat/berisiko tinggi yang melibatkan transgender, SW, MSM, penagih dadah dan pasangan seks mereka.
  • Mencegah jangkitan HIV dari ibu kepada anak (PMTCT).
  • Mencegah jangkitan HIV melalui hubungan seks kepada pasangan seks (suami/isteri) mereka dengan melaksanakan “Treatment as prevention” untuk mereka yang layak.
  • Menggalakkan “male circumcision” (berkhatan)

Strategi 2

Meningkatkan kualiti dan liputan ujian dan rawatan HIV dengan memberikan fokus kepada transgender, SW, MSM dan penagih dadah.

Strategi 3

Meningkatkan kemudahcapaian (accessibility) dan ketersediaan program rawatan, penjagaan dan sokongan serta mengurangkan impak sosial kepada mereka yang hidup dengan HIV.

Strategi 4

Menambahbaik persekitaran supaya lebih kondusif/mesra pelanggan dalam pencegahan HIV, perawatan, penjagaan dan sokongan.

Strategi 5

Menyediakan aktiviti sokong bantu yang bersesuaian mengikut keperluan kumpulan sasaran.

Strategi 6

Menilai keberkesanan program melalui proses pemantauan, analisa data dan kajian secara berkala.

Hubungi Sunat Home untuk bersunat di 010-9314190 sekarang.

8 Tips Penjagaan Luka Selepas Sunat

Hari ni saya nak share tentang penjagaan luka sunat pulak. Ada 8 tips penting yang perlu kita ketahui selepas menjalani pembedahan kecil sunat guna electrocautery laser ini di Sunat Home.
Kalau dulu, tips ini selalunya akan dikongsikan oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka yang bersunat. Tetapi sekiranya klien adalah seorang dewasa, kemungkinan besar tips-tips ini tidak diketahui.

Adalah penting untuk anda tahu tentang penjagaan luka sunat ini supaya luka yang sembuh akan jadi sempurna dan mengurangkan risiko jangkitan yang boleh melambatkan proses penyembuhan.

1. REHAT YANG CUKUP
Selepas sunat, adalah penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.

2. MAKAN UBAT
Anda akan diberi ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.

3. CUCI LUKA
Cuci luka sunat sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.

4. PANTANG MAKAN
Adalah bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil sewaktu penjagaan luka sunat.

5. MAKANAN YANG DISYORKAN
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam pun bagus untuk diambil.

6. JANGAN CABUT BENANG
Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh sempurna.

7. CECAIR KUNING DI KEPALA
Jika anda mengalami phimosis (glans penis melekat dengan kulup), anda mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Ia adalah normal dan ia bukan nanah. Ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.

8. RASA NGILU/SENSITIF
Adalah agak normal untuk anda berasa ngilu atau sensitif apabila kepala glans penis anda bergesel dengan seluar dalam yang dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu, apabila glans kepala sudah biasa.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat guna laser!

3 Persediaan Sebelum Bersunat dengan Sunat Home

Hampir setiap kali appoinment untuk bersunat dibuat, akan ada soalan-soalan lazim yang biasanya akan ditanya oleh klien Sunathome, tentang persediaan sebelum datang untuk bersunat.

Di sini saya ingin kongsikan ilustrasi ringkas dan mudah untuk semua kaum lelaki dewasa dan kanak-kanak yang ingin datang bersunat dengan Sunathome:

  1. JANGAN MINUM ALKOHOL, SEKURANG-KURANGNYA 24 JAM SEBELUM BERSUNAT. IA AKAN MENGGANGGU UBAT-UBATAN YANG AKAN DIBERI.
  2. CUKUR ATAU GUNTING BULU PADA KAWASAN KEMALUAN UNTUK MEMUDAHKAN PENJAGAAN KEBERSIHAN KAWASAN LUKA.
  3. PAKAI SELUAR YANG LONGGAR SEPERTI SELUAR TREK ATAU BERMUDA SEMASA DATANG UNTUK BERSUNAT UNTUK KESELESAAN.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk bersunat dengan selamat dan selesa.

Apa itu hormon testosteron dan apakah fungsinya kepada lelaki?

Hormon testosterone ialah sejenis hormon steroid lelaki dari kumpulan Androgen dan merupakan HORMON SEKS utama lelaki.

Antara kepentingan tahap testosterone yang optimum adalah kerana peranannya yang penting dalam pembangunan tisu pembiakan seperti testis dan prostat, serta ia dapat menjaga kesihatan libido, meningkatkan pembinaan otot yang kuat dan kesihatan serta kekuatan tulang.

KENAPA HORMON TESTOSTERONE BEGITU PENTING KEPADA LELAKI?

SANGAT PENTING!
Kerana melalui kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di negara barat untuk menilai paras testosteron dan hubungkait dengan penyakit-penyakit yang boleh membawa kematian, mendapati bahawa kaum lelaki yang mempunyai paras Testosteron yang rendah mempunyai 40% risiko lebih tinggi untuk mati lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai paras testosteron normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.

“KAJIAN MENDAPATI LELAKI YANG MEMPUNYAI PARAS TESTOSTERON RENDAHMEMPUNYAI 40% RISIKO LEBIH TINGGI UNTUK MATI AWAL”

APA AKAN BERLAKU KALAU TESTOSTERONE MENURUN?

Malangnya ramai juga antara kita yang kurang sedar yang kadar pengeluaran hormon semakin menurun apabila umur semakin meningkat setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun.

Apa akan berlaku kalau hormon testosteron menurun?
– Sentiasa lesu dan kurang stamina
– Sukar menumpukan perhatian
– Selalu tertekan, cepat marah dan gangguan tidur
– Peningkatan lemak dalam badan
– Kegemukan, perut mudah buncit dan boroi
– Risiko penyakit diabetes
– Masalah pada jantung
– Sakit sendi tulang
– Penurunan kepadatan mineral pada tulang
– Tidak bernafsu untuk seks
– Sukar mencapai orgasme & hilang ghairah seks
– Kurang daya tahan ketika bersama
– Gangguan ereksi zakar

Bersunat guna laser dan jahitan “Karipap”?

“DOC, LEPAS KULIT KULUP KENA POTONG DGN LASER, MAU KENA JAHIT JUGA KAITU?”

Iya, selepas kulit kulup dipotong guna laser, ia perlu dijahit untuk menyambungkan kulit yg tinggal, supaya luka sembuh dengan sempurna.

Jahitan akan dibuat menggunakan benang jahitan jenis “catgut” yang akan putus dengan sendirinya selepas lebih kurang 14 hari. Jahitan yang berada di dalam kulit pula akan larut di dalam isi selepas dicernakan oleh enzim yang ada dalam badan kita.

Kita tidak menggalakkan untuk anda memutuskan atau memotong benang tersebut lebih awal kerana ia akan menyebabkan luka tidak boleh sembuh dengan sempurna.

Selalunya, jahitan akan dibuat dengan stail “karipap” yang kebanyakan orang kita panggil. Ia sebenarnya adalah cara jahitan “continuous sutures” jika mengikut istilah perubatan. Jahitan begini adalah bagus untuk menutup luka sepenuhnya dan melekatkan kedua-dua hujung kulit yg dipotong, agar luka boleh lekat dengan cepat dan bagus.

Ada juga doktor yang menggunakan stail “interrupted sutures”, yang mana luka dijahit satu persatu dengan benang. Teknik ini mengambil masa yang lebih panjang berbanding “karipap”, dan kurang digemari.

Gam atau “skin glue” amat jarang digunakan memandangkan ia tidak sesuai untuk digunakan di kawasan kemaluan dan pendarahan yang berlebihan pada luka orang dewasa akan menyebabkan gam tidak dapat melekatkan kulit dengan sempurna.

Hubungi kami untu bersunat guna laser di 019-8210224.