Ada sesetengah kes luka sunat yang lambat sembuh, disebabkan oleh kelembapan kawasan luka, jangkitan kuman atau umur pesakit yang lanjut.
Kawasan luka yang terlalu lembab menyebabkan cecair badan keluar dari luka (berwarna jernih kekuningan). Ia tidak sakit, tetapi sedikit berbau. Adalah lebih baik luka begini dibersihkan dengan kerap supaya sedikit kering atau dibalut dengan gauze bersih setiap kali selepas mandi.
Jangkitan kuman pada kawasa luka juga boleh menyebabkan luka lambat sembuh. Kawasan luka yang berwarna merah dan sakit berdenyut-denyut adalah tanda luka sunat dijangkiti kuman. Adalah lebih baik untuk pesakit berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan membunuh kuman tersebut sebelum luka dirawat.
Umur pesakit yang lanjut juga boleh menyebabkan luka lambat sembuh, kerana kulit telah kurang produksi kolagen yang perlu untuk penyembuhan luka.
Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka sunat bagi ketiga-tiga masalah tersebut, saya selalunya mencadangkan untuk pesakit mendapatkan ubat sapuan gel Solcoseryl Jelly 10% 20 gram yang boleh dibeli di farmasi-farmasi berdekatan. Boleh sapukan ia 3-4 kali sehari selepas luka dibersihkan. Ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan luka.
Selalu luka sunat mengambil masa berapa lama untuk baik sepenuh nya
Assalamualaikum Siti Aminah. Selalunya luka sunat sembuh sepenuhnya dalam tiga-empat minggu, jika tiada komplikasi seperti bengkak atau jangkitan kuman.
bolehkan luka sunat di sapu menggunakan supirocin ointment?
Ya, boleh.
Salam.. maaf tanya.. ubat ini dari calves’ blood.. adakah dibolehkan untuk muslim?
Waalaikum salam. Ya, hukumnya harus untuk digunakan sebagai ubat.
boleh ke luka sunai disapu dengan Disuft oitmnet 2% w/w
Ya, boleh juga puan.
Assalamualaikum boleh saya tanya bila pembukaan balutan akan terbuka ye
waalaikum salam. Selalunya balutan perlu dibuka selepas 1-2 hari. Kalau tak buka, nanti boleh kena jangkitan.
Assalammualaikum dr. Nak tanya, anak saya dah bersunat, tapi pihak klinik tidak memberikan sebarang ubat sapuan. Hanya diberi ubat tahan sakit dan antibiotik. Doktor juga mmberi tahu bahawa kawsan luka atau jahitan jangan dikenakan air dalam tempoh 3 hari. Jadi bagaimana untuk saya memastikan luka tidak dijangkiti dan bagaimana cara sebenar untuk saya cuci luka tersebut. T. Kasih
Waalaikum salam. Ya, ada sesetengah klinik memang tak beri ubat yang extra. Jika tak boleh kena air selama tiga hari, tak mengapa. Boleh cuci selepas tiga hari dengan mandi cara biasa.
Assalam Dr, sy nak mohon sedikit pandangan. Apabila luka sunat disapu dgn gentamicin krim, sy dapati ianya sukar utk dibersihkan mgkn kerana disapu terlalu tebal. Nak sapu nipis pun sukar juga sbb anak2 kesakitan bila tersentuh bhgn yg luka. Jd slps dua hari sy mengambil keputusan utk tidak lg menyapu krim antibiotik tersebut. Lg pun tidak nmpk adanya tanda jangkitan. Skrg sy sekadar cuci dgn ubat luka chlorhexidine. Pertanyaan sy bolehkah sy menyapu gel aloe vera atau gel gamat sebagai alternatif supaya luka cepat sembuh?
Waalaikum salam, ya boleh juga gunakan alternatif tersebut.