Bagaimana mempercepatkan proses penyembuhan luka sunat

Ada sesetengah kes luka sunat yang lambat sembuh, disebabkan oleh kelembapan kawasan luka, jangkitan kuman atau umur pesakit yang lanjut.

Kawasan luka yang terlalu lembab menyebabkan cecair badan keluar dari luka (berwarna jernih kekuningan). Ia tidak sakit, tetapi sedikit berbau. Adalah lebih baik luka begini dibersihkan dengan kerap supaya sedikit kering atau dibalut dengan gauze bersih setiap kali selepas mandi.

Jangkitan kuman pada kawasa luka juga boleh menyebabkan luka lambat sembuh. Kawasan luka yang berwarna merah dan sakit berdenyut-denyut adalah tanda luka sunat dijangkiti kuman. Adalah lebih baik untuk pesakit berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan membunuh kuman tersebut sebelum luka dirawat.

Umur pesakit yang lanjut juga boleh menyebabkan luka lambat sembuh, kerana kulit telah kurang produksi kolagen yang perlu untuk penyembuhan luka.

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka sunat bagi ketiga-tiga masalah tersebut, saya selalunya mencadangkan untuk pesakit mendapatkan ubat sapuan gel Solcoseryl Jelly 10% 20 gram yang boleh dibeli di farmasi-farmasi berdekatan. Boleh sapukan ia 3-4 kali sehari selepas luka dibersihkan. Ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan luka.

56 thoughts on “Bagaimana mempercepatkan proses penyembuhan luka sunat”

    1. Assalamualaikum Siti Aminah. Selalunya luka sunat sembuh sepenuhnya dalam tiga-empat minggu, jika tiada komplikasi seperti bengkak atau jangkitan kuman.

      1. hello doc.nak tya sedikit,bolehkah disunat kalau kulit pada bahagian kepala kemaluan kalau kulitnya sda kembang disebabkan enjection yg menyebabkan kulit pada bahagian kulit kembang disebabkan enjection.

        1. Hello Mr. Andy. Selalunya bila sudah ada injection pada kawasan kemaluan, ia perlu direpair untuk buang bendasing dalam kulit tersebut. Ia tak boleh dilakukan di klinik biasa. Ia perlu dilakukan di hospital oleh doktor pakar sakit tuan dan pakar pembedahan plastik.

  1. Assalammualaikum dr. Nak tanya, anak saya dah bersunat, tapi pihak klinik tidak memberikan sebarang ubat sapuan. Hanya diberi ubat tahan sakit dan antibiotik. Doktor juga mmberi tahu bahawa kawsan luka atau jahitan jangan dikenakan air dalam tempoh 3 hari. Jadi bagaimana untuk saya memastikan luka tidak dijangkiti dan bagaimana cara sebenar untuk saya cuci luka tersebut. T. Kasih

    1. Waalaikum salam. Ya, ada sesetengah klinik memang tak beri ubat yang extra. Jika tak boleh kena air selama tiga hari, tak mengapa. Boleh cuci selepas tiga hari dengan mandi cara biasa.

  2. Assalam Dr, sy nak mohon sedikit pandangan. Apabila luka sunat disapu dgn gentamicin krim, sy dapati ianya sukar utk dibersihkan mgkn kerana disapu terlalu tebal. Nak sapu nipis pun sukar juga sbb anak2 kesakitan bila tersentuh bhgn yg luka. Jd slps dua hari sy mengambil keputusan utk tidak lg menyapu krim antibiotik tersebut. Lg pun tidak nmpk adanya tanda jangkitan. Skrg sy sekadar cuci dgn ubat luka chlorhexidine. Pertanyaan sy bolehkah sy menyapu gel aloe vera atau gel gamat sebagai alternatif supaya luka cepat sembuh?

  3. Assalamualaikum ,nama saya Muhammad Adam saya ni muallaf yang baru berkhatan menggunakan kaedah stapler,hari pertama selepas buang air kecil saya lap menggunakan dettol tampa campur dengan air selepas 2 hari bila membuka balutan terdapat menanah kawasan kepala skin tu nampak macam burn skin ,saya bagi tahu doktor dan doktor hanya bagi ubat iodin pekat ,apa yang saya patut buat, dan says juga pesakit diabetes

    1. Waalaikum salam MUhammad Adam. Selalunya ia bukan nanah selepas dua hari bersunat, tetapi cecair kuning tersebut ialah serum. Boleh cuci dengan dettol dan keringkan selepas itu. Yang penting luka tersebut bersih.

  4. assalamualaikum Dr. anak saya sunat kaedah clamp, selepas cabut clamp saya dapati nanah macam lambat kering walau dh disapu ubat dan dibersihkan masih ada nanah esoknya. boleh ke saya guna detol dan juga sapu vaseline untuk keringkan luka n nanah tersebut.

    1. waalaikum salam. Yang kuning2 tu bukan nanah tapi serum selalunya. Ya, ia boleh dicuci dengan dettol dan bagus disapu dengan krim antibiotik.

  5. Assalamualaikum doktor. Anak sy dah bersunat masuk hari ke 4. Tapi kepala zakat dia masih belum kering. Doktor hanya berikan krim Kloraxin utk disapu. Adakah krim ni sesuai? Perlu tak sy beli cecair saline utk cuci kepala zakar anak sy? Krim antibiotik apa yg sesuai utk disapu?

    1. Waalaikum salam. Ya, boleh juga. Boleh juga guna saline untuk cuci kepala, boleh juga guna air biasa yang bersih untuk cuci.

  6. Assalamualaikum doktor biasanya bp hari luka sunat akan baik ?sunat secara laser
    Bolehkah ank sy bermain bola selepas 12 hari sunat laser ni

  7. Assalammualaikum dr.. anakn saya sudah sunat 3 hari.. saya cuci dgn dermacyn dan sapu chlorop ointment.. boleh kan? Tp luka nye kalau ada kuar cecair dan kuning2 tu normal ye? Lagi satu kalau rasa gatal2 pada luka tu normal jugak ye.

    1. Waalaikum salam. ya, boleh juga. Kalau ada cecair kuning2 tu, mungkin luka perlu dibalut dengan gauze. Gatal adalah normal selepas sunat.

  8. Salam..doktor saya nak tanya..
    1. adakah gel mupirocin 2%w/w ointment sama dengan solcoserly jelly 10%…kenapa selepas sapu gel kawasan luka sunat jd seperti berminyak…adakah normal…?
    2. bolehkah semasa dlm pantang bersunat banyak minum air masak, sbb ada yg ckp x boleh minum banyak air masak…?

    1. Waalaikum salam,
      1. kedua2 ubat sapu tersebut adalah tidak sama. ia beminyak sebab ointment memang oil based.
      2. sebenarnya tak jadi masalah untuk minum air banyak. cuma jika terlalu banyak, nanti dia kerap buang air kecil.

  9. Salam doktor..nak tanya, anak saya dah hari ke-6 bersunat dan masih x nampak ok sebab dia memang x bagi sentuh. Hari kedua dah bawa cuci ke klinik. Sy ambil inisiatif untuk rendamkan dia dalam air..kuping2 tu nampak kembang tapi dia tetap x bg sentuh untuk bersihkan zakarnya..boleh ke doktor sy rendamkan dalam air?

  10. Assalamualaikum doktor anak saya dah bersunat…dlm 10 hari dah di hospital..diaorang buat prosedur pembedahan..MCM gunting..tu kemudian dibalut..dlm seminggu baru kain tu tanggal..kemudian masalahnya sekarang keadaan diacm x kering LG dan MCM bernanah…apa perlu saya buat…nk bawa jumpa doktor dia x mahu pergi..

    1. Waalaikum salam. Ya, mungkin bagus bawa pegi klinik kesihatan atau swasta yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

  11. salam doktor…ank sy da bersunat hr ke5..tp luka masih blm kering..
    1) bila rendam dgn air saline akn nmpk kekuningan yg melekat pd penis
    2) setelah cuci dan kering..dlm 4jam.kemudian ada darah yg kering sekitar penis

  12. Salam doktor,ank sy dh hari ke5 bersunat,luka2 dikeliling masih belum kering sepenuhnya & dikwsan bwh ada terdapat drh kering,normal ka begitu, & blhkah selepas cuci,saya sapukan krim solcoseryl tu..?

  13. Salam Dr,harini hari ke-6 anak saya sunat secara clamp, sy nampak masih bengkak dan kadang2 dia kata sakit berdenyut.antubiotik dah hbs, skrg mkn ubat tahan sakit klu dia sakit.sy sapu krim foban lps dia cuci dengan air biasa.apa lagi blh buat utk cpt surut bgkak ye Dr?tq

    1. waalaikum salam. Bengkak selalunya ambil sedikit masa lagi untuk sembuh. Boleh juga cari ubat untuk surut bengkak dari farmasi.

  14. Assalamualaikum dktr..ank Sy Bru bersunat hari ke 2..dktr ada bg krim utk sapu..krim tu perlu disapu dekat tempat jhitan @ keliling kepala zakar

  15. salam, anak sy sunat laser, doc cakap dia punya tu buta, harini da seminggu sunat, luka didepan masih x kering lagi, bole ke saya sapu ubat kuning, yg di beli di farmasi, adakah normal bagi yg sunat laser baik luka tu lama

    1. waalaikum salam. luka sunat lambat sembuh, bukan sebab laser, tapi sebab zakar yang buta. memang selalunya begitu, sebab ia melekat dengan kepala

  16. Assalamualaikum Doc. Anak saya baru bersunat pagi tadi, skrg ni doc bagi cream chloramphenicol eye ointment bp 1%. Sy lihat cream tu mnekuarkan cecair dan mmbuatkan luka sunat anak tu lagi sakit, boleh tak sy nk tukar pakai cream yang doktor sarankan itu.

    1. Waalaikum salam. Tak perlu tuan. Krim tersebut boleh juga digunakan untuk luka sunat sebab ia juga bagus untuk membunuh kuman.

      1. Assalamualaikum.doctor..anak sy dah bersunat hampir 3 minggu..bgian depan dah kering,tpo bgian belakang jhitan tu.masih lagi melekit,kdg ada cairan jernih,kuning2 tu..tak apa kh dctor? tpi tak rasa sakit pun

  17. Salam doc,, anak Sy dah 4hari berkhatan Dan ada bernanah area jahitan,, dah jumpa doc tapi masih x hilang lagi nanah tersebut,,, adakah cara cuci Sy Salah,, apakah cara terbaik Dan ubat terbaik untuk disapu did kawasan tersebut,,, boleh ke Sy rendam kn dulu bagi kembang kupingnya,,,,

    1. Waalaikum salam. Selalunya yang berwarna kuning tu bukan nanah, tapi cecair serum. Tak perlu buang keruping dia, sebab nanti dia akan tanggal sendiri selepas ia kering beberapa hari. Teruskan cuci dengan cecair pencuci seperti dettol.

  18. Salam doc, anak sy sunat laser dah masuk hari keenam. Masih ada lg cecair serum tu. Boleh ajarkan mcm mana teknik cuci? Sebab anak kerap nangis dan x bagi sentuh utk cuci. Dan berapa kerap kita kena cuci? Tqia

    1. Waalaikum salam. Cecair serum tu boleh ada untuk beberapa lama selepas sunat. Cuci gunakan kapas yang dicelup dengan cecair pencuci. Cuci 2 kali sehari selepas mandi.

  19. Assalam doc..mohon bertanya…adakah betul cara saya membersihkan kawasan bersunat anak dgn cecair normal seline…kemudian ratakan krim kloraxin di sekitar kawasan alat sulit untuk membantu penyembuhan luka?salah seorang anak sy ambil masa untuk sembuh sebab alat sulitnya buta…jd selepas cabut clamp ada bengkak yang masih belum surut..anak kedua juga masih dlm proses penyembuhan.

    1. Waalaikum salam. Ya, betul cuci luka dengan normal saline. Memang kalau kulit kulup buta akan ambil masa yang lama untuk sembuh.

  20. Assalam doc…selain kloraxin, krim apa lagi yang sesuai untuk membantu penyembuhan luka dengan cepat? adakah perlu saya mendapatkan ubat surut bengkak di farmasi tanpa merujuk kepada doc di tempat anak saya disunatkan?

    1. Waalaikum salam. Kloraxin sudah cukup bagus untuk penjagaan luka. Boleh cuba untuk dapatkan ubat surut bengkak dari farmasi berdekatan.

  21. Salam.. dr .. benang luka sunat terbuka pada hari ke 7 . Adakah perlu dijahit semula? Atau maintain sampai jadi keruping sahaja

    1. Waalaikum salam. Selalunya tak perlu jahit semula kalau luka sudah lekat. Boleh maintain sampia jadi keruping sahaja.

Leave a Reply to Kay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.