Bagaimana mengelakkan kemalangan sewaktu bersunat?

“BAGAIMANA MENGELAKKAN DARI PERKARA YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI INI BERLAKU?”

Dalam masa seminggu yang lepas, kita dihebohkan dengan berita yang kurang menyenangkan tentang prosedur bersunat. Maklumlah, musim cuti sekolah ini, memang ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk menyunat (mengkhatan) anak-anak mereka di klinik-klinik, hospital, mahupun mudim kampung.

Namun begitu, jika prosedur tidak dilakukan dengan betul, atau dilakukan oleh operator yang kurang mahir, ada kemungkinan, kemalangan seperti yang disebut di dalam dada akhbar boleh berlaku. Tidak kiralah, dengan teknik apa juga mereka gunakan untuk bersunat – electrocautery laser, klamp, gunting atau pisau. Jika tidak berhati-hati, apa juga prosedur pembedahan boleh mengakibatkan risiko kemalangan.

Kami di Sunat Home amat mengambil berat tentang keselamatan klien dan pesakit kami, agar prosedur sunat dapat dijalankan dengan bersih, selamat dan selesa.

Oleh sebab itu, di sini kami ingin berkongsi tips, bagaimana boleh kita elakkan dari perkara yang tersebut berlaku lagi:

Dapatkan maklumat atau informasi lanjut tentang prosedur yang ingin dilalui oleh anak-anak atau diri sendiri.

a) Apakah teknik yang akan dilakukan untuk prosedur sunat tersebut? Ini kerana, lain teknik dan prosedur, lain juga “outcome” atau hasil akhir selepas bersunat, yang mana akan mempengaruhi proses penyembuhan.

b) Siapakah yang akan melakukan prosedur sunat tersebut? Adakah dia seorang doktor? Atau pembantu perubatan (dressar)? Atau Tok Mudim kampung?

Jika dia seorang doktor, adakah dia mempunyai tauliah dan kelulusan yang betul?

Adakah mereka telah melakukan prosedur sunat yang banyak sebelum ini? Ini kerana, pengalaman yang luas dan lama dalam bidang sunat ini akan membolehkan mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik apabila melakukan sunat.

c) Di manakah prosedur sunat akan dijalankan? Ini kerana, suasana bersunat di klinik atau hospital selalunya lebih kondusif untuk pesakit berbanding bersunat beramai-ramai di balai raya atau masjid.

d) Bagaimana operator tersebut menguruskan pesakit sunat, sekiranya ada masalah timbul sewaktu bersunat? Adakah mereka dapat menghubungi hospital yang mempunyai pakar sakit tuan terdekat untuk rawatan lanjut?

e) Berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya segala proses dan prosedur sunat tersebut dipermudahkan tanpa sebarang masalah.

P/S: Kami di Sunat Home, Kota Kinabalu sentiasa mengutamakan keselamatan klien bersunat. Prosedur sunat akan dijalankan di Klinik Sabah dan mengikuti piawaian WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk prosedur sunat yang selamat. Dan kami juga bekerjasama dengan Pakar Urology, Hospital Queen Elizabeth sekiranya rawatan lanjut diperlukan.

Hubungi kami untuk bersunat selamat guna laser.
019-8210224

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *