Bersunat/berkhatan lelaki dewasa dengan kencing manis (diabetes mellitus). Apa yang perlu diketahui?

Kelmarin saya didatangi seorang lelaki dewasa dalam lingkungan 40an yang ingin bersunat/berkhatan. Beliau juga merupakan seorang pesakit kencing manis (diabetes mellitus) selama lebih kurang 5 tahun dan sedang dalam rawatan dengan ubat yang telah diberikan oleh doktor. Persoalan beliau yang utama, bolehkan beliau disunat/dikhatan?

Jawapan mudahnya: Boleh, tetapi dengan syarat, paras gula dalam darah dikawal dengan baik.

Apabila ditanya, beliau menyatakan yang paras gula berpuasa (fasting blood sugar) beliau berkisar antara 10-11 mmol/L. Ini menunjukkan yang paras gula beliau tidak dikawal dengan bagus, kerana sepatutnya paras gula berpuasa sepatutnya berada dibawah 6 mmol/L.

Ada beberapa sebab mengapa paras gula tidak dapat dikawal dengan baik, antaranya ialah:

  1. Tidak makan ubat mengikut dos dan kekerapan yang telah ditetapkan oleh doktor. Beliau mungkin lupa atau sengaja tidak makan ubat kerana rasa tidak perlu.
  2. Makan ubat ikut aturan, tetapi tidak mengawal makanan manis bergula dan karbohidrat yang berlebihan.
  3. Mungkin juga dos ubat tidak cukup bagus untuk mengawal gula dalam darah dengan baik, walaupun telah berpantang makanan bergula dan manis dan bersenam. Jika ini yang berlaku, beliau sepatutnya berjumpa dengan doktor yang merawat kencing manis beliau untuk disemak kembali jenis ubat dan dos yang diberikan, kerana mungkin perlukan sedikit “adjustment” pada jenis ubat dan kekerapan dos.
  4. Mungkin hanya mengharapkan dengan menjaga makan dari makanan yang manis dan bergula dengan bantuan supplemen-supplemen yang tidak diketahui keberkesanannya atau herba-herba yang dikatakan dapat menurunkan paras gula dalam darah, tetapi sebenarnya tidak.

Jika paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik, saya selalunya tidak menggalakkan untuk sunat/khatan dilakukan kerana ia akan menyebabkan:

  1. Luka lambat sembuh. Paras gula yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan proses pemulihan dan penyembuhan luka akan menjadi sangat lambat.
  2. Luka terdedah dengan jangkitan kuman. Apabila luka lambat sembuh, ia akan terdedah dengan jangkitan kuman. Dengan paras gula yang tinggi dalam darah, jangkitan kuman amat mudah untuk merebak dan sukar dikawal.

Oleh itu, saya telah menasihatkan beliau untuk mengawal dahulu paras gula dalam darah kepada 6 mmol/L (fasting) dan paras HbA1c beliau 6.5%. Beliau perlu kembali dengan doktor yang merawat beliau dan berbincang untuk memperbaiki rawatan dan ubat agar paras tersebut dapat dicapai. Selepas target paras gula dalam darah dicapai, barulah boleh bersunat.

Jika anda mempunya masalah yang serupa, sila berjumpa dengan doktor yang merawat untuk mengawal dahulu paras gula dalam darah dengan baik. Makan ubat, bersenam dan berpantang dari makan makanan yang manis dan tinggi karbohidrat. Ini adalah untuk memastikan yang rawatan luka sunat selepas berkhatan akan dapat sembuh dengan cepat dan jangkitan kuman dapat dielakkan.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sunat lelaki dewasa dan kanak-kanak.

2 thoughts on “Bersunat/berkhatan lelaki dewasa dengan kencing manis (diabetes mellitus). Apa yang perlu diketahui?”

  1. Saya sudah berkahwin dgn suami lebih 20thn
    Suami sy seorang mualaf bee angst jepun…dr awal perkahwinan sy pernah Sara bkn suami berkhatan
    to di sebabkn takut dan sy pernah membuat carina mengenai khatan untuk mualaf…dlm carian sy jumpa ada mengatakn khatan tu sunat dan diringankn pada mualaf…so bl terbaca tu Saya tangguhkn niat tuk memujuk suami berkhatan dan menunggu hingga suami bersedia….hari demi hari
    akibat sebok dgn urusan rmh tangga dan anak2 kami jd terlupa hinggalh perkahwinan kami menjejak 20thn…dan skarang suami telah dihantar ke Malaysia semula…niat khatan tu kembali semula
    Tp suami pulak ada diabetes…umur suami pulak dah menjejak 20thn…
    Sy jd takut nk sarankn suami berkhatan…takut effecting pd luka…sebb bln januari lps suami sy ada lebam akibat terkene bola baseball di kaki nya:..tp lebam tu masih ada kesan di kaki suami…suami dah jumpa doc and ada bt X-ray…tulang suami xde effect…tp lebamnya memang ambik masa tuk pulih…skarang dah bln 9.
    Suami sy sudah berumur 45thn…blh x Jika suami Kekal x berkhatan sbb sy risau akan leads an suami
    Suami adalh satu2 nya tempat sy dan anak2 bergantung hidup…sy takut atas desakn sy yg mahu suami berkhatan akan mengakibat keburukan pada suami…yg paling saya takut kehilangan nya…

    1. Assalam Effah,
      Terima kasih kerana menghubungi kami. Apa yang puan boleh buat mungkin berbincang dengan suami tentang kepentingan berkhatan untuk kesempurnaan ibadah yang wajib dilakukan sebagai seorang muslim. Selepas puan memberitahu beliau tentang perkara tersebut, terpulang dengan beliau untuk samada mahu bersunat atau tidak. Tanggungjawab puan telah terlepas jika puan sudah memberitahunya tentang khatan untuk lelaki muslim.

      Tentang isu kesihatan pula, tidak ada halangan untuk pesakit kencing manis bersunat, dengan syarat bacaan gula dan kawalan gula dalam darah adalah normal sebelum dan selepas bersunat, kerana ini akan membantu dalam proses penyembuhan luka. Saya tidak sarankan pesakit kencing manis bersunat sekiranya bacaan gula tidak normal.

      Harap ia dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.