Category Archives: General

Umur sudah 50 tahun doc. Masih boleh sunat kah?

Antara soalan yang kerap saya terima dari pesakit dan klien yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Antara mereka yang berumur lanjut ini ada yang baru memeluk Islam. Ada yang sudah pernah bersunat cara kampung dulu-dulu, tapi nampaknya kulit kulup masih banyak. Ada juga mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu ingin merasakan kebersihan yang lebih baik bila bersunat.

Saya sentiasa menjawab yang mereka semua masih boleh bersunat, namun ia ada syarat.

Antara syarat yang selalu saya beri adalah untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis. Penyakit yang amat biasa untuk mereka yang sudah berumur. Untuk mereka yang ada kencing manis, paras gula dalam darah amat perlu dijaga dengan baik. Fasting blood sugar selalunya saya sarankan untuk berada pada paras di bawah 6 mmol/L.

Kawal pemakanan dan elakkan dari minum minuman yang bergula. Buat senaman yang sesuai sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu.

Jika paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik (mungkin lebih dari 10 mmol/L, fasting), proses penyembuhan luka akan mengambil masa yang lebih lama. Malah ia boleh jadi lebih teruk jika jangkitan kuman berlaku kerana paras gula yang tinggi menyebabkan kuman suka untuk membiak di kawasan luka.

Luka yang sembuh dengan lambat boleh menyebabkan kawasan penyembuhan mengalami secondary healing dan kulit mungkin menjadi fibrosis.

Prosedur sunat hanya akan dilakukan selepas pesakti berjaya mengawal gula dalam darah dengan baik, untuk mengelakkan komplikasi pada luka selepas sunat.

Umur paling tua yang pernah saya sunat ialah 65 tahun. Tiada masalah penyembuhan selagi pesakit kencing manis menjaga paras gula dalam darah dengan baik.

Lagi masalah sunat tak sempurna waktu kecil, sekarang sudah dewasa

Mesej serupa sering saya terima dari kaum lelaki dewasa di Sabah yang pernah bersunat kampung berpuluh tahun dahulu.

Sunat yang tidak sempurna menyebabkan mereka rasa was-was dengan kebersihan diri untuk melakukan ibadah.

Ada juga yang rasa malu dan tertekan, apabila tidak yakin yang ibadah mereka sah, lebih-lebih lagi apabila ingin menunaikan umrah dan haji ke tanah suci Mekah.

Insyaallah, dengan teknik sunat electrocautery laser, luka sunat untuk orang dewasa akan lebih cepat sembuh dan boleh melakukan ibadah dengan lebih cepat.

Apakah masalah yang Klinik Bersunat/Berkhatan ini nak selesaikan?

Kewujudan SunatHome atau Rumah Khatan ini lebih kurang 3 tahun yang lalu adalah salah satunya untuk menyelesaikan masalah lelaki muslim dewasa tempatan (Sabah) amnya. Lebih kurang 10-20 tahun yang lalu, kebanyakan mereka yang melalui zaman kanak-kanak pada masa itu bersunat/berkhatan cara kampung. Apabila dikatakan bersunat cara kampung, rata-rata mereka tidak disunatkan dengan sempurna.

Mengikut pengalaman saya, sunat cara kampung oleh Tok Mudim tempatan adalah tidak menepati garis panduan bersunat yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Rata-rata lelaki muslim dewasa yang saya jumpa yang disunatkan oleh Tok Mudim kampung ini hanya dilukakan sahaja sedikit kulit di atas “penile shaft” dan kulit kulup langsung tidak dipotong.

Prosedur yang begitu singkat ini didahului oleh majlis yang agak besar juga untuk menunjukkan yang mereka telah bersunat. Selepas bersunat, mereka juga diarahkan berpantang yang tidak ada sandaran/dalil yang khusus. Contohnya tidak boleh lalu di bawah ampaian baju dan tidak boleh melangkah tahi ayam. Walaupun mereka ikut segala pantang larang selepas sunat, kulit kulup yang tidak dipotong sempurna tetap menyebabkan mereka seolah-olah belum lagi bersunat.

Bila SunatHome mula beroperasi, rupa-rupanya ramai lelaki dewasa yang memang mencari tempat yang sesuai untuk repair balik sunat mereka yang tidak sempurna ini. Mereka segan untuk bertanya di kaunter klinik-klinik swasta kerana mereka terpaksa bertanya dengan nurse di kaunter. Jika di hospital pula, mereka terpaksa disunatkan di dalam dewan bedah yang mana prosedur sunat akan dilakukan oleh doktor dan dibantu oleh ramai jururawat bertugas. Ini juga menyebabkan mereka malu untuk bertanya lebih lanjut.

Dengan adanya SunatHome, dua masalah utama tersebut dapat diatasi dan privasi klien dapat dirahsiakan. Sunat dewasa akan dilakukan oleh seorang doktor sahaja selalunya atau kadang-kala bersama seorang pembantu perubatan (MA) lelaki yang berpengalaman untuk mempercepatkan prosedur sunat tersebut.

Malah untuk mereka yang betul-betul mahukan privasi, SunatHome juga boleh menerima pelawaan untuk melakukan sunat di rumah atau di hotel berdekatan kawasan Kota Kinabalu. Dengan ini, masalah sunat yang tidak sempurna boleh diselesaikan dan apabila sunat sudah sempurna, bolehlah mereka melakukan ibadah dengan yakin.

Gambar: Ritual selepas berkhatan beramai-ramai di Masjid Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna Sabah. Ada keunikan apabila terlihat duit RM1 yang dikepilkan pada batang lidi yang dicucuk pada sabut buah kelapa yang akan diberikan kepada semua yang sudah bersunat dan tetamu yang hadir.

 

Masalah ketidaksuburan lelaki – Air mani yang tidak sihat

Minggu lepas ada sepasang suami isteri datang ke klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang masalah ketidaksuburan untuk mendapatkan anak. Mereka sudah berkahwin selama 5 tahun, mencuba pelbagai cara untuk isteri mengandung, tetapi tidak berjaya. Mereka juga telah pergi berjumpa dengan beberapa orang doktor pakar kesuburan tetapi masih menemui jalan buntu.

Bila diorang jumpa saya, isteri memberitahu yang dia hanya mempunyai satu tiub fallopian yang masih berfungsi dan satu lagi tiub fallopian beliau memang tersumbat. Keadaan beliau telah disahkan oleh doktor pakar radiology selepas “hysterosalphingogram” dilakukan setahun yang lalu.

Oleh kerana pemeriksaan air mani untuk suami telah lama tidak dilakukan, saya melakukan pemeriksaan ulangan air mani untuk beliau. Bila dilakukan pemeriksaan air mani, ini keputusan yang didapati:

  • Sperm concentration beliau rendah, hanya 6×10(6)/ml [normal >=15]
  • Total sperm count juga rendah hanya 12.0×10(6) [>=39]
  • Progressive motility (PR) hanya 10% [>=32]
  • Total motility 30% [>=40]
  • Sperm morphology 2% [>=4]

Oligoasthenozoospermia

Selepas kes beliau dibincangkan dengan doktor pakar kesuburan di Hospital Likas, beliau didapati mengalami keadaan yang dinamakan Oligoasthenozoospermia, iaitu keadaan di mana sperma beliau mempunyai “low sperm count” dan juga “reduced sperm motility”. Dalam bahasa pasarnya, benih beliau sangat sedikit dan tidak menunjukkan pergerakan yang sihat.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan masalah oligoasthenozoopermia ini adalah:

  1. Trauma pada kawasan testis, yang mengganggu penghasilan sperma yang sihat.
  2. Sejarah lampau menghidapi masalah jangkitan pada testis, contohnya orchitis.
  3. Sejarah pembedahan hernia pada kawasan inguinal yang berdekatan dengan testis.
  4. Masalah autoimun yang mana wujudnya antibodi terhadap sperma sendiri.
  5. Masalah hormon yang rendah dan tidak stabil yang boleh mengurangkan penghasilan sperma.
  6. Penyumbatan saluran seminal vesicle.
  7. Sejarah menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi.
  8. Kanser testis.

Kes beliau telah dirujuk dengan doktor pakar kesuburan di Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan lanjutan, kemungkinan IVF (In-vitro Fertilization).

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang rawatan kesuburan dan pemeriksaan awal untuk pasangan!

Masalah keputihan pada lelaki dewasa – apakah jalan penyelesaian terbaik?

Kelmarin ada seorang jejaka berumur dalam lingkungan 30an datang ke klinik untuk berkhatan. Beliau mengalami masalah keputihan yang agak serius, yang mana ia telah menyebabkan kulit kulup beliau merekah, berdarah, gatal, menebal dan membengkak.

Beliau telah mengalami masalah yang sebegini sejak lebih kurang setahun yang lalu. Sebelum masalah keputihan yang serius ini berlaku, beliau sebenarnya mempunyai masalah kulit kulup yang agak sempit (phimosis), dan setiap kali mandi atau membersihkan diri, beliau mengalami kesukaran untuk menarik kulit kulup ke belakang untuk mencuci bahagian glans penis.

Pada kebiasaannya, proses pembersihan glans penis berjalan lancar. Kadang-kala beliau membersihkan glans penis dengan air bersih dan kadang-kala dengan sabun mandi.

Namun, pada satu hari, beliau agak kurang berhati-hati sewaktu melakukan pencucian. Kulit kulup beliau sedikit terkoyak semasa cuba menariknya ke belakang untuk mencuci. Selepas beberapa hari, kawasan kulit kulup yang terkoyak ini sedikit membengkak dan keradangan berlaku.

Apabila kulit kulup ini membengkak, beliau tidak lagi dapat menarik langsung kulit kulup ke belakang untuk dicuci. Ini mengakibatkan kegatalan pada kawasan glans penis dan kulit kulup, dan selepas beberapa minggu, beliau mendapati ada ketulan-ketulan putih keluar daripada hujung kulit kulup beliau.

Lama-kelamaan, ketulan-ketulan keputihan beliau semakin banyak dan berbau. Beliau rasa sungguh tidak selesa dan telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Setelah berjumpa dengan beberapa orang doktor di beberapa klinik, beliau diberi krim untuk disapu pada kawasan luka. Dengan krim tersebut, beliau mendapati ada sedikit perubahan yang bagus pada kawasan kemaluan beliau. Keputihan dan bau semakin kurang.

Namun, selang beberapa minggu masalah tersebut berulang semula. Sampai satu tahap, beliau berasa sangat gatal dengan bau yang betul-betul tidak menyenangkan. Sehinggakan isteri beliau menasihatkan untuk beliau pergi ke klinik untuk berkhatan.

Dengan berkhatan/bersunat, masalah yang beliau hadapi boleh diselesaikan.


Apa itu masalah keputihan pada lelaki dewasa?

Keputihan (smegma dalam Bahasa Inggeris) atau “palat” dalam sesetengah istilah Melayu adalah pengumpulan bahan yang dihasilkan dari minyak dan cecair yang dirembeskan oleh kelenjar¬† pada kawasan sekeliling glans penis bercampur dengan kulit mati.¬† Bahan ini boleh berkumpul dengan banyak di bawah kulit kulup lelaki yang tidak bersunat/berkhatan dan juga pada kawasan lipatan labia pada wanita.

Ia bukan satu gejala jangkitan kuman dari perhubungan seksual dan ia bukanlan satu satu keadaan yang serius. Dalam kebanyakan kes, penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang betul dan kerap boleh menghalang smegma ini menganggu aktiviti harian seorang lelaki.

Namun jika ia tidak dirawat, smegma ini boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dan pada segelintir lelaki, smegma ini boleh mengental dan mengeras lalu menyebabkan iritasi dan keradangan pada kawasan kemaluan. Pada sesetengah keadaan, kulit kulup boleh melekat dengan glans penis akibat keradangan tersebut.

Jika masalah smegma ini berterusan untuk satu jangkamasa yang lama dan ditambah pula dengan jangkitan bakteria atau yis, ia boleh menyebabkan keradangan kulit kulup dan glans penis berlaku. Keadaan ini dipanggil “balanitis” yang mana dengan berkhatan/bersunat adalah salah satu cara penyelesaiannya.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat/berkhatan untuk lelaki dewasa.

Kenapa saya tidak buat sunat untuk budak berumur 6 tahun dan ke bawah?

Waktu cuti sekolah akhir tahun yang lepas, ada ramai ibu bapa yang ingin anak-anak mereka yang berumur 6 tahun ke bawah disunatkan di SunatHome. Pada asasnya saya tidak menerima kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun untuk bersunat. Namun, setelah didesak oleh ibu bapa, saya terpaksa menerima kanak-kanak tersebut untuk bersunat, walaupun setelah saya terangkan semua risiko yang terlibat. Dan, seperti yang telah saya terangkan kepada mereka, hampir kesemua kanak-kanak yang dibawa oleh ibu bapa ini, gagal disunatkan.

Antara sebab kenapa kanak-kanak pada umur di bawah 6 tahun sukar disunatkan ialah tiada kerjasama dari kanak-kanak tersebut sewaktu prosedur dijalankan. Mereka tidak dapat berbaring dengan tenang dan diam. Mereka sangat mudah untuk menangis dan menjerit ketika suntikan diberikan. Mereka juga akan mudah meronta-ronta, walaupun ada ibu bapa di sisi. Malah ada juga kanak-kanak yang menendang, menumbuk dan mengigit saya ketika prosedur sunat ingin dijalankan.

Jika dipaksa juga untuk disunatkan, ada risiko besar yang boleh menyebabkan kecederaan pada kawasan kemaluan, yang mana ia adalah satu risiko yang saya ingin elakkan. Selain kecederaan serius, pendarahan yang banyak juga boleh berlaku sewaktu prosedur dijalankan. Ini akan menyebabkan luka menjadi lambat untuk sembuh dan jangkitan boleh berlaku.

Jika sunat berjaya dilakukan dengan paksaan (mungkin ada pembantu yang ramai boleh memegang pesakit dari bergerak), ada kemungkinan juga proses penyembuhan akan mengambil masa yang lebih lama kerana kanak-kanak ini akan tidak mahu luka disentuh atau dibersihkan oleh ibu bapa di rumah. Ini boleh menyebabkan luka bertambah teruk dan yang paling serius ialah jika berlaku jangkitan kuman.

Jadi adalah lebih selamat dan bagus sekiranya kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah tidak dibawa bersunat atas faktor keselamatan. Julat umur yang bagus untuk disunatkan ialah pada umur 8-10 tahun (di Malaysia), yang mana pada umur sebegini, kanak-kanak boleh mendengar dan mengikuti arahan supaya bertenang sewaktu bersunat. Mereka juga sudah lebih berani dan boleh memberikan kerjasama yang bagus ketika bersunat.

Jika anda ingin anak-anak anda disunatkan lebih awal, saya sarankan untuk kanak-kanak lelaki disunatkan pada umur di bawah 3 bulan (sewaktu bayi), dan ia dilakukan di hospital oleh pakar bedah kanak-kanak.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang sunat/khatan untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak menggunakan teknik electrocautery laser.

Terima kasih kerana mempercayai kami di SunatHome!

Alhamdulillah, baru dapat masa sedikit untuk menulis post di blog ini. Selama lebih kurang dua bulan, saya agak sibuk mengkhatankan/menyunatkan hampir 400 orang kanak-kanak dan dewasa lelaki dari bukan November sehingga Disember 2018 yang lepas.

Terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua klien Klinik Sabah dan SunatHome kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memberikan perkhidmatan khatan/sunat terbaik untuk anak-anak lelaki anda. Semoga mereka semua sudah sembuh dan sihat untuk menjalani tahun baru di sekolah dengan baik.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa facebook post dari klien yang telah datang untuk mendapatkan perkhidmatan sebagai testimoni. Insyaallah, tahun depan kita akan buat lebih baik supaya lebih ramai mendapat manfaat!

Hubungi kami di SunatHome untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bersunat lelaki dewasa dan kanak-kanak dengan teknik cautery laser di 010-9314190.

Bersunat/Berkhatan untuk cuti sekolah akhir tahun 2018 di Kota Kinabalu

Musim bersunat/berkhatan pada cuti sekolah akhir tahun datang lagi.

Untuk sekolah menengah, cuti sekolah bermula lebih awal pada 10 November 2018 kerana peperiksaan SPM akan bermula pada 12 November. Jadi semua pelajar sekolah menengah dibenarkan bercuti untuk mengelakkan gangguan kepada calon-calon SPM sekolah mereka.

Untuk sekolah rendah, cuti sekolah akan bermula pada 23 November 2018, dua minggu selepas sekolah menengah bercuti.

Jadi, inilah masanya yang terbaik untuk anda sebagai ibu bapa membawa anak-anak lelaki anda yang sudah akil baligh, tapi berlum bersunat/berkhatan/masuk jawi untuk membawa mereka ke klinik, hospital atau mudim bertauliah untuk melakukan kewajipan sekali seumur hidup seorang lelaki Muslim.

Jika ada berada di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya, bolehlah hubungi talian Whatsapp kami di 010-9314190 untuk mendapatkan temujanji bersunat menggunakan cautery Laser yang cepat, bersih dan tidak menyakitkan.

Boleh juga bawa adik-beradik/sepupu/cousin/kawan-kawan rapat untuk bersunat bersama untuk mendapatkan diskaun istimewa jika datang bersunat dengan seorang lagi kawan.

Program Khatan Percuma anak-anak asnaf Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran

Alhamdulillah, selesai sudah program khatan percuma yang diadakan di perkampungan Bajau Sama, Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna Sabah. Program yang dianjurkan bersama HUGS Project dan Sunat Home ini telah berjaya mengkhatankan 10 orang kanak-kanak dari kampung tersebut. Kos khatan dibiayai oleh penderma-penderma budiman dari seluruh Malaysia, melalui tabung HUGS Project dan selebihnya dari dana Richard Barrow Health Services Sdn. Bhd.

Program dijalankan pada 20 Oktober 2018 di Masjid Kg. Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Seramai 3 orang doktor, 3 orang jururawat dan 12 orang sukarelawan telah menyumbangkan tenaga dan masa untuk menjayakan program yang julung kali diadakan di pulau ini.

Insyaallah, jika diizinkan lagi, SunatHome akan kembali lagi ke pulau ini untuk memberikan khidmat bakti kepada penduduk setempat.

3 Perkara yang perlu diberi perhatian, 24 jam selepas bersunat/berkhatan

Selalunya selepas prosedur bersunat/berkhatan selesai, doktor akan membekalkan ubat-ubatan yang diperlukan untuk dibawa balik ke rumah. Ubat-ubat tersebut boleh terus dimakan untuk memberikan keselesaan kepada anda daripada rasa sakit dan untuk mengelakkan luka dari dijangkiti kuman.

24 jam pertama selepas bersunat adalah tempoh yang penting untuk anda berehat. Ini kerana dengan berehat, luka sunat akan lebih cepat untuk membaikpulih. Jika anda kurang berehat, banyak berjalan atau melakukan aktiviti yang berat, ia boleh menyebabkan penyembuhan luka terganggu.

Jika dalam tempoh 24 jam selepas bersunat, 3 perkara ini berlaku, cepat-cepat hubungi kembali tempat yang mana anda bersunat.

1. Pendarahan yang banyak (Excessive bleeding)

Selepas bersunat, doktor akan membalut luka dengan gauze untuk melindungi luka dan menyerap titisan darah yang masih ada pada kulit yang dipotong. Selalunya darah yang menitis adalah sangat sedikit dan akan berhenti keluar dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya masih ada sedikit darah yang keluar, sila ambil tisu kering atau tuala kecil yang bersih dan tekan pada tempat pendarahan untuk 3-5 minit. Selalunya pendarahan kecil akan berhenti dengan teknik “compression” ini.

Sekiranya selepas 24 jam darah masih mengalir, gauze pembalut menjadi basah oleh darah tersebut dan nampaknya tidak berhenti dengan sendiri, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor yang melakukan sunat tersebut.

2. Pembengkakan / Swelling / Hematoma / Bentan (istilah Melayu)

Selalunya selepas bersunat, kawasan luka sunat boleh membengkak sedikit akibat daripada suntikan bius yang diberi pada kawasan luka ataupun pembuluh darah yang pecah di bawah kulit (hematoma) yang tidak menyebabkan pengaliran darah keluar dari luka.

Sekiranya dalam tempoh 24 jam, pembengkakan ini dilihat semakin besar dan terasa sangat sakit apabila disentuh, ada kemungkinan pendarahan berlaku di bawah kulit dengan banyak. Sila berjumpa dengan doktor merawat untuk “evacuate” darah beku dari bawah lapisan kulit dan memberhentikan pembuluh darah yang menyebabkan pendarahan ini.

3. Sakit berdenyut-denyut (throbbing pain)

Kadang-kala selepas bersunat, luka sunat tidak membengkak dan tidak juga nampak ada pendarahan, tetapi terasa sakit berdenyut-denyut. Ia boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur malam. Apa yang mungkin berlaku ialah pendarahan dalaman yang jauh di bawah kulit pada kawasan luka tanpa menyebabkan pengaliran darah keluar melalui luka yang dijahit.

Sekiranya anda berasa ada benjolan keras timbul pada kawasan atas atau bawah luka dan sakit berdenyut-denyut itu adalah pada benjolan tersebut, ia mungkin disebabkan pendarahan dalaman.

Sakit berdenyut-denyut tanpa ada pembengkakan atau pendarahan mungkin juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada luka. Luka nampak merah, bengkak dan sakit bila dipegang. Ia adalah jarang berlaku kerana selalunya doktor yang melakukan sunat akan memberikan ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat kurangkan bengkak yang akan mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

Sila berjumpa semula dengan doktor jika sakit berdenyut-denyut berterusan lebih 24 jam.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut mengenai sunat lelaki dewasa dan kanak-kanak.