Luka sunat akan ditutup dan dijahit menggunakan benang yang akan reput dengan sendirinya selepas seminggu dua. Selalunya benang jahitan jenis Catgut digunakan, kerana ianya murah, mudah didapati dan dapat melakukan fungsinya dengan baik.
Catgut (yang diperbuat dari usus biri-biri dan bukannya usus kucing) berfungsi untuk merapatkan luka pada dua tebing kulit yang dipotong ketika sunat dilakukan. Luka sunat yang dijahit rapat akan mempercepatkan proses penyembuhan luka, berbanding luka yang dibiarkan sembuh dengan sendirinya.
Luka selalunya akan ambil masa lebih kurang seminggu untuk melekat dan kering. Pada masa ini, jahitan tidak lagi diperlukan kerana luka yang sudah melekat tidak akan terbuka semula. Akibat tindakbalas enzim di dalam badan, Catgut akan mula mereput dan putus selepas lebih kurang 10-14 hari dari tarikh sunat.
Namun begitu, ada beberapa kes yang mana Catgut putus terlalu awal. Antara sebabnya ialah jangkitan kuman dan keadaan yang sentiasa basah dan lembab pada kawasan luka. Sebab itulah amat penting untuk kita jaga kebersihan luka dan sentiasa pastikan yang ia kering.
Jika benang jahitan putus terlalu cepat, ia akan menyebabkan luka tidak dapat melekat sempurna dan proses penyembuhan menjadi lambat. “Wound dehisence” atau luka terbuka tanpa penyembuhan yang betul perlu dirawat dengan menjahit semula luka tersebut untuk mengelakkan dari jangkitan kuman dan meninggalkan parut.
Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat/berkhatan lelaki dewasa dan kanak-kanak.
Assalamualaikum doctor sya dh sunat daalam 18 hri dh tpi jhitn nya tak putus
Tak mengapa. Nanti benang tu akan putus juga. Kalau tak putus juga selepas sebulan, boleh berjumpa dengan mana2 klinik untuk buka jahitan.
As-salam doctor,
One of benang jahitan sunat anak sy terbuka, jadi perlu ka sy ke klinik semula?
Ya, lebih baik kalau dapt berjumpa semula dengan doktor di klinik untuk periksa.
Dokter lepas 2minggu ank sy sunat, ada koropeng2 yg ada pada jahitan itu, sy rendam dngan air suam, koreng tu jadi kembang dan tanggal, benang itu pun ikut tertanggal, sy tengok bekas yg tanggal it ad luka MCM jarum tu apakah sy perlu jumpa doktor dan menjahitnya semula?
selalunya tak perlu
Doktor. Zakar anak saya yg bersunat semalam masih lagi berair. Adakah disebabkan anak saya kerap minum atau faktor pemakanan.
Memang biasa juga untuk luka sunat berair selepas sunat. Perlu sentiasa bersihkan dan keringkan kawasan luka dengan tisu supaya tidak dijangkiti kuman.
Doc, anak saya dh sunat seminggu.tapi keruping masih belum tanggal sepenuhnya.jahitan juga belum putus.dan ada macam bengkak sikit kt luka jahitan sejak hari ke 2 bersunat dan masih belum surut tetapi tdk sakit.ank boleh pki seluar mcm biasa & berjalan spt biasa.adakah ianya normal doc?
Ya, ia adalah normal.
doc saya dah dunat baru 28 hari dan benang yang luar dah putus tapi yang dalam masih ada itu biasa ke?
Ya, biasa juga begitu. Lama2 badan akan absorb tu benang.
doc,kalau benang putus selepas 5 hari&luka dah melekat sedikit, bolehkah ia sembuh?
ya boleh
Doc, kalau jahitan dia terbuka dan bekas luka kering boleh sembuh ke?
Ya, insyaallah boleh sembuh.
Doctor apa yang Saya patut lakukan Jika jahit sunat Saya terlepas tidak sampai seminggu
Kalau luka sudah melekat dengan bagus, tak perlu buat apa-apa.
Doc ank sy bersuna hr ke4 hr ni . Tp kwasan bwh msh lg berair dan ada putih2 kawasan bwh.normal ke?
Ya, kadang-kala luka sebelah bawah ambil lebih masa untuk sembuh sebab lembab.
Doc saya telah bersunat 2tahun lepas tetapi saya melihat ada sedikit serpeti benang berwarna putih di tepi ii kemaluan saya..adakah itu perkara biasa?
Tak pasti. Sila berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Dok anak saya di sunat dua hari yg lalu, baru pulang dari kelinik jaitanya udh putus itu gmna iya dok ? Saya takut kenapa2
Kalau luka sudah melekat, tak perlu ke klinik. Tetapi kalau luka terbuka, sila ke klinik untuk dijahit semula
Halo dok, saya berumur 38 tahun dan sudah 12 hari sunat. Sekarang ni luka sunat terbuka sebahagian kira² 10cm. Luka sunat itu tidak sakit dan tidak berdarah, adakah jika dibiarkan luka sunat terbuka akan menyebabkan kulit menutup kembali kepala penis? Sebab saya tidak mahu jumpa doktor untuk jahit semula. Terima kasih dok.
Hello FS. Agak sukar untuk saya berikan konsultasi tanpa melihat luka tersebut. Adalah lebih bagus untuk tuan berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan lanjut.
Doc,saya sunat dah masuk 9 hari tapi ade 1 yang dah buka habis nampak kulit merah2 dan pedih sikit2 tapi x sakit so patut x saya gi klinik atau tidak…1 bahagian je yang terbuka yang lain okay boleh minta penjelasan
Ya, sila berjumpa semula dengan doktor yg buat sunat tu untuk pemeriksaan lanjut.