DOKTOR, JAHITAN SAYA PUTUS DAN TERLEPAS!

Luka sunat akan ditutup dan dijahit menggunakan benang yang akan reput dengan sendirinya selepas seminggu dua. Selalunya benang jahitan jenis Catgut digunakan, kerana ianya murah, mudah didapati dan dapat melakukan fungsinya dengan baik.

Catgut (yang diperbuat dari usus biri-biri dan bukannya usus kucing) berfungsi untuk merapatkan luka pada dua tebing kulit yang dipotong ketika sunat dilakukan. Luka sunat yang dijahit rapat akan mempercepatkan proses penyembuhan luka, berbanding luka yang dibiarkan sembuh dengan sendirinya.

Luka selalunya akan ambil masa lebih kurang seminggu untuk melekat dan kering. Pada masa ini, jahitan tidak lagi diperlukan kerana luka yang sudah melekat tidak akan terbuka semula. Akibat tindakbalas enzim di dalam badan, Catgut akan mula mereput dan putus selepas lebih kurang 10-14 hari dari tarikh sunat.

Namun begitu, ada beberapa kes yang mana Catgut putus terlalu awal. Antara sebabnya ialah jangkitan kuman dan keadaan yang sentiasa basah dan lembab pada kawasan luka. Sebab itulah amat penting untuk kita jaga kebersihan luka dan sentiasa pastikan yang ia kering.

Jika benang jahitan putus terlalu cepat, ia akan menyebabkan luka tidak dapat melekat sempurna dan proses penyembuhan menjadi lambat. “Wound dehisence” atau luka terbuka tanpa penyembuhan yang betul perlu dirawat dengan menjahit semula luka tersebut untuk mengelakkan dari jangkitan kuman dan meninggalkan parut.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat/berkhatan lelaki dewasa dan kanak-kanak.

22 thoughts on “DOKTOR, JAHITAN SAYA PUTUS DAN TERLEPAS!”

    1. Tak mengapa. Nanti benang tu akan putus juga. Kalau tak putus juga selepas sebulan, boleh berjumpa dengan mana2 klinik untuk buka jahitan.

      1. Dokter lepas 2minggu ank sy sunat, ada koropeng2 yg ada pada jahitan itu, sy rendam dngan air suam, koreng tu jadi kembang dan tanggal, benang itu pun ikut tertanggal, sy tengok bekas yg tanggal it ad luka MCM jarum tu apakah sy perlu jumpa doktor dan menjahitnya semula?

  1. Doktor. Zakar anak saya yg bersunat semalam masih lagi berair. Adakah disebabkan anak saya kerap minum atau faktor pemakanan.

    1. Memang biasa juga untuk luka sunat berair selepas sunat. Perlu sentiasa bersihkan dan keringkan kawasan luka dengan tisu supaya tidak dijangkiti kuman.

  2. Doc, anak saya dh sunat seminggu.tapi keruping masih belum tanggal sepenuhnya.jahitan juga belum putus.dan ada macam bengkak sikit kt luka jahitan sejak hari ke 2 bersunat dan masih belum surut tetapi tdk sakit.ank boleh pki seluar mcm biasa & berjalan spt biasa.adakah ianya normal doc?

  3. doc saya dah dunat baru 28 hari dan benang yang luar dah putus tapi yang dalam masih ada itu biasa ke?

  4. Doc saya telah bersunat 2tahun lepas tetapi saya melihat ada sedikit serpeti benang berwarna putih di tepi ii kemaluan saya..adakah itu perkara biasa?

Leave a Reply to Sue Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.