- Program ini julung kalinya dianjurkan bersama oleh HUGS Project dan SunatHome.
- Tujuan utama ialah membantu kanak-kanak dari Pulau Banggi dan Pulau Balambangan mendapatkan perkhidmatan bersunat/berkhatan secara percuma, kerana mereka amat sukar untuk mendapatkan khidmat seperti ini di tempat mereka tinggal.
- Program ini dibiayai sepenuhnya oleh penderma-penderma yang budiman dari seluruh Malaysia yang percaya dengan misi dan visi HUGS Project & SunatHome.
- Program ini juga adalah sebagai salah satu CSR (Corporate Social Resposibility) oleh Klinik Sabah, affiliate bersama SunatHome.
- Seramai 34 orang kanak-kanak telah berjaya disunatkan oleh 5 orang doktor dengan dibantu oleh 10 orang sukarelawan yang bersedia berkhidmat tanpa bayaran.
- Perjalanan bot dari Kudat ke Pulau Banggi mengambil masa selama 1 jam.
- Perjalanan bot dari Kudat ke Pulau Balambangan juga satu jam. Cuma jika laut bergelora, perjalanan mengambil masa selama 2 jam.
- Hanya ada sebuah sekolah rendah sahaja di Pulau Balambangan. Tiada sekolah menengah. Tiada klinik kesihatan. Tiada balai polis. Tiada balai bomba.
- Kepulauan ini diketahui dihuni oleh buaya air masin yang ganas, namum masih belum ada dokumentasi dan imej yang jelas tentang spesis tersebut.
- Tammoyo Place ialah salah satu tempat penginapan/chalet di Pulau Banggi yang agak jauh tetapi berbaloi untuk mendapatkan pemandangan yang cantik.
Fakta Program Khatan Percuma, Taman Marin Tun Mustapha, Kudat
Leave a reply