Klinik Sabah dibuka seperti biasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dari 18-31 Mac 2020

KLINIK SABAH DIBUKA SEPERTI BIASA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DARI 18-31 MAC 2020

Untuk pengetahuan anda, sebagai salah sebuah institusi kesihatan swasta yang memainkan peranan penting dalam proses penjagaan dan perawatan awal kesihatan setiap rakyat Malaysia, klinik kami akan terus dibuka sepanjang tempoh tersebut.

Ini kerana, kami ingin membantu mengurangkan beban dan tugas klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang sekarang sedang bertungkus-lumus bekerja keras untuk menghadapi krisis penularan COVID-19 ini.

Jika semua klinik swasta tutup, ia akan menyebabkan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kesihatan ringan dan biasa akan menyesakkan lagi institusi kerajaan yang ada.

Jika keadaan kesesakan di institusi kerajaan ini bertambah teruk, ia boleh menyebabkan pesakit-pesakit tersebut terdedah dengan virus COVID-19 dan keadaan yang sesak juga boleh menyebabkan beban tugas kakitangan KKM bertambah teruk.

Oleh itu, jika anda tidak sihat dan TIDAK TERDEDAH dengan mereka yang dikhuatiti dijangkiti COVID-19, boleh datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Pada masa yang sama, ikutilah nasihat kerajaan untuk mengamalkan “social distancing”, duduk di rumah sepanjang tempoh tersebut, luangkan lebih masa bersama keluarga dan elakkan dari keluar ke tempat-tempat yang ramai orang.

Klinik Sabah beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh kawalan pergerakan

Sila jaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Bersama-samalah kita berusaha menghadapi
cabaran ini dengan tenang.
#kliniksabah #sunathome2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.