“DOKTOR, ANAK SAYA SUSAH BETUL MAU DUDUK DIAM. MACAMANA LA MAU KASI SUNAT DIA?”
Antara masalah melakukan prosedur sunat kepada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun atau yang sudah berumur 7-12 tahun, tetapi mengalami masalah seperti ADHD, ialah mereka tidak boleh menerima arahan untuk duduk dan baring diam untuk prosedur sunat.
Adalah sangat susah untuk doktor melakukan prosedur sunat sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat memberikan kerjasama, kerana ada kebarangkalian doktor dan pembantu akan ditendang atau ditumbuk sebelum sempat ubat bius setempat diberi. Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, kemungkinan untuk dia menangis kuat dan meronta-ronta adalah tinggi, kerana mereka takut dan tidak mahu diberikan suntikan.
Salah satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan bius seluruh badan (general anesthesia) untuk beri mereka tidur, sewaktu prosedur sunat dijalankan. Namun, perkhidmatan bius seluruh badan tidak kami sediakan, kerana setting klinik kami tidak sesuai untuk prosedur sebegitu. Kami selalunya rujuk kes seperti ini ke hospital, supaya prosedur boleh dijalankan di dewan bedah.
Pilihan lain ialah dengan membiarkan kanak-kanak tersebut besar sedikit sehingga berumur 10-11 tahun. Pada waktu ini, kanak-kanak tersebut selalunya sudah lebih berani dan adalah lebih sesuai untuk dilakukan sunat tanpa bius seluruh badan.
Sunat Home menyediakan perkhidmatan bersunat untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak dengan teknik laser, untuk prosedur yang cepat, bersih dan selamat.
019-8210224