Maklumbalas dari klien dewasa SunatHome tentang perkhidmatan bersunat

Dua minggu lepas kami di SunatHome sibuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan kami yang telah datang dan mendapatkan perkhidmatan bersunat kami dari awal tahun 2017. Kami melakukan kajian ini kerana ingin mengetahui apakah perkhidmatan kami menepati apa yang klien kami inginkan dan apakah yang kami boleh perbaiki.

Setelah dua hari kajian dijalankan menggunakan apps SurveyMonkey dan klien dihubungi melalui Whatsapp, inilah 14 respons yang berjaya diterima. Ada satu feedback yang sangat kami hargai, iaitu teguran kerana tidak ada ruang menunggu di luar Klinik Sabah kepada klien, terutamanya sewaktu masa rehat staff dari jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Kami akui yang itu adalah kelemahan komunikasi dari pihak kami apabila staff membuat temujanji bersunat pada jam 2.00 petang, tanpa memberitahu yang klinik tutup untuk rehat sehingga jam 2.00 petang.

Jadi sebagai penyelesaian, kami akan membuat temujanji untuk bersunat pada waktu petang bermula jam 2.30 petang supaya klien tidak datang terlalu awal dan klinik masih belum buka pada waktu mereka sampai di klinik.

Untuk feedback seterusnya ialah tentang promosi perkhidmatan yang lain. Kami sedang dalam proses untuk memberikan promosi pemeriksaan darah dengan kos yang amat berpatutan, istimewa untuk klien yang datang bersunat dengan SunatHome.

Hubungi kami untuk mendapatkan nasihat percuma bersunat untuk lelaki dewasa di 010-9314190!

Terima kasih.

 

2 thoughts on “Maklumbalas dari klien dewasa SunatHome tentang perkhidmatan bersunat

  1. suandi

    Aslkum doktor saya sdh pernah bersunat cara kampung tetapi kulit kulup borung belum terbuang,skrang saya rasa sakit dan gatal selepas saya berjimak dengan isteri.saya ingin mi.ta nasihat adakah perlu buat khatan semula,umur saya da 40 tahun lebih….minta respon

    Reply
    1. drizad Post author

      Wsalam. Iya, jika mengalami masalah yang sebegitu, adalah lebih baik untuk tuan menyempurnakan sunat dengan membuang kulit kulup tersebut. Selepas sunat, masalah sakit dan gatal akan hilang.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *