Masalah ketidaksuburan lelaki – Air mani yang tidak sihat

Minggu lepas ada sepasang suami isteri datang ke klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang masalah ketidaksuburan untuk mendapatkan anak. Mereka sudah berkahwin selama 5 tahun, mencuba pelbagai cara untuk isteri mengandung, tetapi tidak berjaya. Mereka juga telah pergi berjumpa dengan beberapa orang doktor pakar kesuburan tetapi masih menemui jalan buntu.

Bila diorang jumpa saya, isteri memberitahu yang dia hanya mempunyai satu tiub fallopian yang masih berfungsi dan satu lagi tiub fallopian beliau memang tersumbat. Keadaan beliau telah disahkan oleh doktor pakar radiology selepas “hysterosalphingogram” dilakukan setahun yang lalu.

Oleh kerana pemeriksaan air mani untuk suami telah lama tidak dilakukan, saya melakukan pemeriksaan ulangan air mani untuk beliau. Bila dilakukan pemeriksaan air mani, ini keputusan yang didapati:

  • Sperm concentration beliau rendah, hanya 6×10(6)/ml [normal >=15]
  • Total sperm count juga rendah hanya 12.0×10(6) [>=39]
  • Progressive motility (PR) hanya 10% [>=32]
  • Total motility 30% [>=40]
  • Sperm morphology 2% [>=4]
Oligoasthenozoospermia

Selepas kes beliau dibincangkan dengan doktor pakar kesuburan di Hospital Likas, beliau didapati mengalami keadaan yang dinamakan Oligoasthenozoospermia, iaitu keadaan di mana sperma beliau mempunyai “low sperm count” dan juga “reduced sperm motility”. Dalam bahasa pasarnya, benih beliau sangat sedikit dan tidak menunjukkan pergerakan yang sihat.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan masalah oligoasthenozoopermia ini adalah:

  1. Trauma pada kawasan testis, yang mengganggu penghasilan sperma yang sihat.
  2. Sejarah lampau menghidapi masalah jangkitan pada testis, contohnya orchitis.
  3. Sejarah pembedahan hernia pada kawasan inguinal yang berdekatan dengan testis.
  4. Masalah autoimun yang mana wujudnya antibodi terhadap sperma sendiri.
  5. Masalah hormon yang rendah dan tidak stabil yang boleh mengurangkan penghasilan sperma.
  6. Penyumbatan saluran seminal vesicle.
  7. Sejarah menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi.
  8. Kanser testis.

Kes beliau telah dirujuk dengan doktor pakar kesuburan di Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan lanjutan, kemungkinan IVF (In-vitro Fertilization).

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang rawatan kesuburan dan pemeriksaan awal untuk pasangan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.