MENCARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN/PEMBANTU PERUBATAN/DRESSAR (MA) YANG INGIN MEMPELAJARI SKILL MELAKUKAN SUNAT/KHATAN

Belum ramai MA di Kota Kinabalu dan Sabah yang saya tahu melakukan sunat/khatan dengan menggunakan Electrocautery (Laser, kalau ikut isltilah biasa).

Ramai MA yang saya kenal selama melakukan sunat di Kota Kinabalu ini masih lagi menggunakan teknik biasa “Dorsal-slit” yang masih lagi relevan dan masih digunakan oleh doktor-doktor pembedahan di hospital besar dan klinik kesihatan kerajaan.

Namun begitu, teknik “Dorsal-slit” ini mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh berbanding Electrocautery ini.

Malah dengan menggunakan Electrocautery, tempoh prosedur sunat dapat disingkatkan sehingga kurang 10 minit untuk seorang kanak-kanak.

Oleh sebab itu, saya ingin mencari Penolong Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Dressar dari kawasan Kota Kinabalu yang ingin belajar bagaimana melakukan sunat menggunakan Electrocautery untuk meluangkan masa dan membuat “attachment” di Sunat Home sewaktu cuti sekolah nanti.

Dalam tempoh attachment ini, Pembantu Perubatan tersebut akan:

  1. Diajar tentang prosedur berkhatan/bersunat yang selamat dengan mengikuti garispanduan yang WHO telah dikeluarkan pada tahun 2009.
  2. Diajar tentang cara pembiusan yang betul dan selamat untuk pesakit mengikut dos anastetik yang ditetapkan.
  3. Diajar tentang apakah keadaan di mana sunat tidak boleh dilakukan (contraindicated) dan perlu dirujuk dengan doktor pakar urologi.
  4. Diajar bagaimanakah kita sebagai operator sunat boleh meminimakan risiko kecederaan kepada pesakit.
  5. Diajar tentang penggunaan yang betul alat Electrocautery yang digunakan untuk bersunat.

Oleh itu saya ingin membuka hanya 2 tempat kekosongan untuk MA tersebut menjalankan “attachment” di Sunat Home sewaktu cuti sekolah 2017 nanti.

Antara syarat-syarat “attachment”:

  1. Mestilah mempunyai kelulusan Diploma Pembantu Perubatan dan APC yang sah.
  2. Jika bertugas di sektor awam, anda perlu dapatkan kelulusan Ketua Jabatan untuk membuat attachment di Sunat Home.
  3. Tidak ada faedah kewangan sewaktu attachment dilakukan.
  4. Tidak boleh melakukan sunat sendirian tanpa pengawasan doktor sewaktu “attachment” dijalankan.
  5. Flexible working hours, tetapi total hours untuk attachment ialah 30 jam (dalam tempoh cuti sekolah).

Sijil penyertaan akan diberi untuk mereka yang telah memenuhi syarat “attachment” yang telah ditetapkan.

Jika anda menepati kriteria yang telah digariskan di atas, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

2 thoughts on “MENCARI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN/PEMBANTU PERUBATAN/DRESSAR (MA) YANG INGIN MEMPELAJARI SKILL MELAKUKAN SUNAT/KHATAN

  1. Hazrin Bin Pirman

    Assalamualaikum. saya Hazrin bin Pirman, berminat dengan attachment tuan, tetapi saya adalah graduan ILKKM yang masih belum di lantik kkm dan masih menunggu panggilan tetapi saya berminat untuk belajar prosidur ini dengan lebih mendalam dan teliti kerana semasa tempoh praktikal tidak berpeluang mempelajari teknik secara visual. dengan siapa saya perlu berhubung untuk ikut attachment ini?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.