Tag Archives: khatan percuma

Program Khatan Percuma anak-anak asnaf Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran

Alhamdulillah, selesai sudah program khatan percuma yang diadakan di perkampungan Bajau Sama, Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna Sabah. Program yang dianjurkan bersama HUGS Project dan Sunat Home ini telah berjaya mengkhatankan 10 orang kanak-kanak dari kampung tersebut. Kos khatan dibiayai oleh penderma-penderma budiman dari seluruh Malaysia, melalui tabung HUGS Project dan selebihnya dari dana Richard Barrow Health Services Sdn. Bhd.

Program dijalankan pada 20 Oktober 2018 di Masjid Kg. Pulau Selakan, Semporna, Sabah. Seramai 3 orang doktor, 3 orang jururawat dan 12 orang sukarelawan telah menyumbangkan tenaga dan masa untuk menjayakan program yang julung kali diadakan di pulau ini.

Insyaallah, jika diizinkan lagi, SunatHome akan kembali lagi ke pulau ini untuk memberikan khidmat bakti kepada penduduk setempat.