Tag Archives: sabah

Apakah masalah yang Klinik Bersunat/Berkhatan ini nak selesaikan?

Kewujudan SunatHome atau Rumah Khatan ini lebih kurang 3 tahun yang lalu adalah salah satunya untuk menyelesaikan masalah lelaki muslim dewasa tempatan (Sabah) amnya. Lebih kurang 10-20 tahun yang lalu, kebanyakan mereka yang melalui zaman kanak-kanak pada masa itu bersunat/berkhatan cara kampung. Apabila dikatakan bersunat cara kampung, rata-rata mereka tidak disunatkan dengan sempurna.

Mengikut pengalaman saya, sunat cara kampung oleh Tok Mudim tempatan adalah tidak menepati garis panduan bersunat yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Rata-rata lelaki muslim dewasa yang saya jumpa yang disunatkan oleh Tok Mudim kampung ini hanya dilukakan sahaja sedikit kulit di atas “penile shaft” dan kulit kulup langsung tidak dipotong.

Prosedur yang begitu singkat ini didahului oleh majlis yang agak besar juga untuk menunjukkan yang mereka telah bersunat. Selepas bersunat, mereka juga diarahkan berpantang yang tidak ada sandaran/dalil yang khusus. Contohnya tidak boleh lalu di bawah ampaian baju dan tidak boleh melangkah tahi ayam. Walaupun mereka ikut segala pantang larang selepas sunat, kulit kulup yang tidak dipotong sempurna tetap menyebabkan mereka seolah-olah belum lagi bersunat.

Bila SunatHome mula beroperasi, rupa-rupanya ramai lelaki dewasa yang memang mencari tempat yang sesuai untuk repair balik sunat mereka yang tidak sempurna ini. Mereka segan untuk bertanya di kaunter klinik-klinik swasta kerana mereka terpaksa bertanya dengan nurse di kaunter. Jika di hospital pula, mereka terpaksa disunatkan di dalam dewan bedah yang mana prosedur sunat akan dilakukan oleh doktor dan dibantu oleh ramai jururawat bertugas. Ini juga menyebabkan mereka malu untuk bertanya lebih lanjut.

Dengan adanya SunatHome, dua masalah utama tersebut dapat diatasi dan privasi klien dapat dirahsiakan. Sunat dewasa akan dilakukan oleh seorang doktor sahaja selalunya atau kadang-kala bersama seorang pembantu perubatan (MA) lelaki yang berpengalaman untuk mempercepatkan prosedur sunat tersebut.

Malah untuk mereka yang betul-betul mahukan privasi, SunatHome juga boleh menerima pelawaan untuk melakukan sunat di rumah atau di hotel berdekatan kawasan Kota Kinabalu. Dengan ini, masalah sunat yang tidak sempurna boleh diselesaikan dan apabila sunat sudah sempurna, bolehlah mereka melakukan ibadah dengan yakin.

Gambar: Ritual selepas berkhatan beramai-ramai di Masjid Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna Sabah. Ada keunikan apabila terlihat duit RM1 yang dikepilkan pada batang lidi yang dicucuk pada sabut buah kelapa yang akan diberikan kepada semua yang sudah bersunat dan tetamu yang hadir.