Tentang Kami

⚠ANDA IBU BAPA YG ADA ANAK LELAKI YG BELUM SUNAT? BAGUS BACA NI DULU SEBELUM BOOKING SUNAT CUTI SEKOLAH, KALAU TAK NAK SENGSARA!⚠

Saya cuma nak cerita sikit la macamana saya boleh terjebak jadi tok mudim zaman moden ni. Ceritanya bermula lebih kurang 6-7 tahun dulu la, masa saya rawat pesakit di klinik saya sendiri. Ada permintaan dari parent la nak sunatkan anak dia.

Bila dia datang jumpa saya dan tanya pasal sunat, saya rasa macam tak berapa best la bila jawab “tak buat la puan.” Almaklumlah, saya kan doktor muslim, lelaki lagi tu! Dia memang expect saya buat la, sebab memang tak ramai doktor lelaki muslim di private GP yg practice di KK nih.

Bila tak buat sunat di klinik GP ni rasa macam tak kene la pulak. Bukan apa, saya tak buat sunat waktu tu sebab saya masih tak confident buat sunat. Sebab waktu belajar di HUKM dulu takde pun silibus sunat masa posting surgery. Bila dah jadi MO di Jabatan Kecemasan QEH baru la start belajar dari otai2 sunat senior2 MA (dressar) yg banyak pengalaman. Ikut2 diorang buat sunat di masjid, kadang2 ikut PERKIPS punya program juga. Itu pun belajar macam tu je. Takde baca apa2 manual pon. Haha.

Lagipun masa tu, sunat masih lagi pakai gunting (dorsal slit technique). Olskool stail sunat. Yg saya rasa tak bestnya bila pakai gunting ni ialah masalah “bleeding’. Leceh betul nak stopkan tu bleeding. Nak kena “ligate” betul2 semua salur darah yg ada supaya tak bleeding bila balik rumah. Tak kira la, budak2 ke atau org dewasa. Dah la tu, lepas sunat pun sengsara betul nak jaga luka. Kene tukar balutan dressing hari2. Kesian budak2 dan mak bapak sekali.

Oleh sebab rasa tak puas hati dengan problem bleeding dan luka yg lambat sembuh dari sunat guna gunting ni, saya mula cari alternative lain untuk kurangkan bleeding dan cepatkan proses penyembuhan luka. Maka terjumpalah satu teknik baru yang guna “Smartklamp“. Kononnya boleh mempercepatkan proses sunat dan tiada pendarahan dan tak perlu jahitan.

Dalam hati saya kata, “Wah, ini sudah bagus!”. Masalah bleeding sunat guna gunting dah boleh setel! Jadi saya pun bertukarlah kepada teknik Smartklamp ni. Siap beli lagi device klamp tu. Boleh tahan jugak harga dia, walaupun dah beli “in bulk purchase”!

So, mula la buat sunat guna Smartklamp ini. Lepas beberapa bulan guna, saya mula rasa ada kekurangan Smartklamp ini. Walaupun ia boleh pendekkan masa sunat dan kurangkan pendarahan, masalah lain pula timbul.

Pertama, masalah saiz. Smartklamp tu datang dengan 5 saiz berbeza. Bila ada patient datang dengan saiz yang tidak ngam dengan saiz klamp (in between sizes), timbul masalah semasa balik rumah. Biasanya waktu pagi, kita org lelaki yang sihat ni akan “naikkan bendera Malaysia”. Jadi kalau saiz klamp dan saiz “burong” tak ngam, boleh “terjerat” tu kepala dia dalam klamp dan boleh rasa sakit!

Yang kedua pulak bila sampai masa nak buka klamp, selepas dipasang selama 5 hari. Bukannya boleh buka sendiri di rumah. Kene balik lagi ke klinik untuk buka. Kalau yang tinggal di Sandakan tu memang kesian la. Bayangkan la 6 jam driving dengan klamp di situ, dan balik ke Sandakan lagi 6 jam. Pergh. Sengsara bro.

Waktu buka klamp ni la waktu yang menyiksakan. Sakit woo! Ada patient yg cakap, sakit buka klamp ni lebih teruk dari sakit waktu nak pasang klamp masa bersunat.

Lepas tu nak kena jaga lagi luka klamp tu lepas kena buka. Kene dressing hari2. Dah macam jaga luka guna gunting tu. Yang lebih kesian bila luka klamp tak lekat. Kena jahit balik. Adoila… Dah dua kali kena sunat!

So, saya terpaksa la cari cara lain buat sunat. Tak best jugak klamp ni rupanya. Cosmetically not appealing also. Tak habis pun Smartklamp device yg ada. Saya terpaksa jual balik balance klamp tu di Mudah.my.

Last2 jumpa la Flashcutter (Electrocautery) laser ni. Mula2 ingat laser ni macam pedang laser Star Wars tu. Tapi rupanya bukan. Nama je laser, tapi dia cuma electrocautery device yg menggunakan “heated-wire” untuk memotong kulit kulup dan pada masa yg sama hentikan bleeding. “Fuyoo! Ini sudah bagus!” Boleh jimat masa bersunat ni sebab tak payah risau pasal bleeding. Senang dan cepat lagi tu.

Kalau buat budak sekolah, 7-10 minit dah siap. Sangat bagus kalau nak buat sunathon beramai-ramai (mass circumcision). Boleh potong banyak “burong” dalam masa sehari. Luka pun cepat sembuh. Lepas sehari budak2 ni dah boleh pakai seluar. Lepas 3 hari dah boleh suruh pegi kedai beli beras.

Baru 3 tahun yang saya betul2 buat sunat guna laser ni. Kali ni buat sunat memang ikut guideline dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk prosedur sunat yang selamat. Dah banyak “burong” kena sembelih. Dewasa pun ramai, budak2 lagi ramai. Pernah jugak sampai Kg. Lobou Timbua, Ranau untuk buat sunat beramai-ramai (ceruk pedalaman gile beb). Line telefon pun takde.

Alhamdulillah, sampai hari ni dah banyak bantu orang tempatan Sabah untuk bersunat. Tolong2 untuk penuhi tuntutan syarak dan tunaikan fitrah Muslim. Tak best rasanya nak beribadah tapi rasa was2 sebab masih belum bersunat.

Dan tak sampai pun sebulan yang lalu, Sunat Home ditubuhkan. Saya nak jadikan Sunat Home ni sebagai “one-stop center” untuk perkhidmatan sunat guna laser yang moden dan selesa. Tapi buat masa ni, Sunat Home masih di”run”kan dari Klinik Sabah. Kira macam Klinik Sabah ni “Sunat Home affiliate clinic” la. Insyaallah, ada rezeki, nak expand juga nanti ke seluruh Sabah.

Sempena kedatangan cuti sekolah ni, Sunat Home membuka tempahan bersunat untuk kanak2 lelaki, umur 7-13 tahun. Bawah 7 tahun saya tak buat sebab selalunya diorang ni tak boleh nak baring diam2. Nanti kerja nak kene pegang ramai2 supaya boleh diam. Kalau permintaan tinggi, malam pun kita buka klinik.

Sebulan sahaja tu. Lepas Krismas nanti dah tak buat dah. Sebab takut luka sunat tak sempat sembuh sempurna sebelum buka sekolah tahun depan.

WhatsApp je klinik untuk temujanji: KLIK >> 0109314190

Assalamualaikum…

Like us here: https://www.facebook.com/SunatHome2u/