Home

WhatsApp kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut dan temujanji.
Whatsapp kami segera!

Salam Sejahtera.

Selamat datang ke SunatHome, one-stop-center untuk perkhidmatan bersunat menggunakan Electrocautery Laser.

Kepakaran kami adalah membantu kaum lelaki dewasa dan kanak-kanak untuk bersunat dengan selamat, selesa dan moden menggunakan Electrocautery Laser untuk mendapatkan “burong” yang bersih, bebas, yakin dan mengancam.


Prosedur sunat menggunakan Electrocautery Laser ini sungguh Cepat, Selamat dan Selesa, dan dilakukan oleh Mudim sunat yang bertauliah dan berpengalaman!

Untuk malkuman semua, kami menerima appointment untuk sunat kanak-kanak semasa tempoh PKPB ini. Memandangkan masih cuti sekolah, jadi inilah masa yang terbaik untuk membawa anak-anak datang bersunat kerana banyak masa untuk proses penyembuhan. 
Sunat budak area kota kinabalu, Sabah

WhatsApp kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut dan temujanji.

SunatHome Kota Kinabalu

Faedah-faedah berkhatan:

Berkhatan atau bersunat adalah pemotongan penuh kulup sepenuhnya dan mendedahkan kepala zakar. Berkhatan adalah perkara yang baik untuk dilakukan untuk tujuan kesihatan anda kerana ia :

  • Meningkatkan kebersihan anda kerana ia adalah lebih mudah untuk menjaga kebersihan kepala penis
  • Mengurangkan risiko jangkitan secara seksual seperti chancroid , sifilis , kutil kelamin dan herpes
  • Mengurangkan risiko anda mendapat jangkitan HIV kerana ia mengurangkan risiko terkoyak dan lebam yang boleh menjadi fokus tempat jangkitan untuk HIV
  • Menghilangkan sel-sel tertentu dalam kulup yang boleh menjadi pintu masuk untuk HIV
  • Mengurangkan risiko kanser zakar
  • Mengurangkan risiko pasangan anda dari kanser pangkal rahim

Testimoni klien dewasa:

Tesimoni sunat dewasa #1

Testimoni sunat dewasa #2

Testimoni sunat #3

Testimoni sunat #4

Testimoni sunat #5

Testimoni sunat #6

Testimoni sunat guna laser

Testimoni sunat kanak-kanak:

Testimoni sunat kanak-kanak

Testimoni ibu bapa untuk anak yang bersunat pada Disember 2016:

SunatHome2u di Facebook

SunatHome2u

Sunat Home, pusat sehenti (one stop center) untuk perkhidmatan bersunat lelaki dengan menggunakan teknnik electrocautery laser yang bersih, cepat dan moden, dengan mengikuti piawaian WHO untuk prosedur sunat yang selamat dengan harga yang berpatutan.
SunatHome2u
SunatHome2u22 hours ago
Antara yang terawal berkhatan di SunatHome2u pagi ini😊Tahniah adik Aryan!

Semoga membesar menjadi anak yang berguna dan berbakti kepada masyarakat kelak.

#sunathome2u #sunatkanakkanak #sunatdikotakinabalu #sunatsabah
SunatHome2u
SunatHome2u2 days ago
Tahniah diucapkan kepada adik Helmi dan adik Florient! 🤗💪

Semoga membesar menjadi anak yang berguna kepada masyarakat dan ibubapa kelak.

#sunathome2u #sunatkotakinabalu #sunatsabah
SunatHome2u
SunatHome2u3 days ago
Selesai sudah urusan pagi ini💪😊 Tahniah diucapkan kepada adik Nazran. Semoga lekas sembuh!

Mencari tempat sunat terbaik untuk anak-anak musim cuti ni dengan harga yang berpatutan? Boleh whatsapp kami di https://wa.me/60109314190 untuk membuat appointment ya.

#sunathome2u #sunatdikotakinabalu
SunatHome2u
SunatHome2u5 days ago
"Doktor yang sangat pakar"
"Tak ada rasa sakit"
"Kerja yang cekap"
"Nurse yang baik"
"Peramah dan mesra pada customer"

🤗🤗🤗🤗🤗

Itulah antara feedback klien yang pernah datang bersunat di klinik baru-baru.

Mau sunat tapi tak nak yang sakit? Boleh whatsapp kami di https://wa.me/60109314190 untuk pertanyaan lanjut atau terus book appointment pun boleh!

Harga pun sangat berpatutan! 😉 Jom jadi lelaki bersih IDAMAN wanita.

#sunathome2u #sunatkotakinabalu #sunatsabah #feedbacksunat #sunatlaser
SunatHome2u
SunatHome2u6 days ago
7 Tips penjagaan luka sunat untuk penyembuhan yang cepat:

Pengetahuan dalam melakukan tahap perawatan dan penjagaan ini akan dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Jika ia tidak dilakukan dengan baik dan betul, ia boleh melambatkan proses penyembuhan.

✅ Rehat yang cukup - Selepas sunat, adalah penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.

✅ Jangan banyak bergerak - Pergerakkan yang banyak menyebabkan luka sunat boleh bengkak. Oleh itu adalah lebih bagus untuk mengehadkan pergerakan anda

✅ Makan Ubat dan cuci luka - Anda akan diberi ubat penahana sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan. Untuk luka sunat, cuci kawasan tersebut sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antisptik. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman

✅ Pantang makanan - Adalah lebih bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang gatal seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda alergik, digalakkan untuk tidak ambil sewaktu penjagaan luka sunat.

✅ Ambil makanan/minuman yang disyorkan - Kalau ikutkan petua dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmas. Pati ayam pun bagus juga untuk diambil.

✅ Jangan cabut benang jahitan - Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh dengan sempurna.

✅ Pakai seluar dalam sunat - Ia akan membantu melindungi luka sunat dari sentuhan atau tekanan dari seluar dalam yang dipakai.

Sesetengah pesakit mungkin mengalami inflamasi/pembengkakan. Tapi ini adalah perkara ini biasa selagi tiada jangkitan. Bengkak tersebut akan mengecil dengan sendiri. Jadi tak perlu risau. Namun, sekiranya dalam beberapa hari bengkak tersebut semakin membesar, segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.

Pesakit juga akan merasa sakit pada ketika buang air kecil. Biasanya terjadi pada pesakit berfimosis (kulit melekat pada glans penis dan hujungnya agak sempit) kerana terjadi iritasi/radang pada glans penis semasa kulit dilepaskan. Berikan ubat penahan sakit (penghilang rasa ngilu). Jika selepas 48 jam luka sunat masih terasa sakit, minta nasihat doktor segera untuk mengetahui apa penyebabnya.

Mau JOIN jadi lelaki bersih idaman wanita? Boleh whatsapp kami di https://wa.me/60109314190 😉

#sunathome2u #tipspenjagaansunat
SunatHome2u
SunatHome2u7 days ago
Rasa malu dengan pasangan sebab masalah "barang" berbau?
Rajin juga cuci hari-hari, tapi masalah 'bau' masih ada. Macam bau "cheese" pun ada😅
Lepastu gatal-gatal lagi. Tak selesa betul!

"Tapi kalau sudah dewasa, boleh bersunat lagi ka doc?"

Boleh bah. Sebab ianya untuk kebersihan diri juga.

Selalunya masalah berbau ini berlaku disebabkan oleh "smegma" yang ditemui di kawasan kepala zakar dan dibawah kulup. Jika dibiarkan begitu sahaja, ianya boleh mengalakkan pembiakkan bakteria.

Oleh itu, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan melakukan sunat. Terdapat banyak manfaat lain yang anda boleh dapat selain daripada bertujuan untuk menjaga kebersihan diri. Antaranya ialah:

✅Memperbaiki penampilan kosmetik zakar
✅Mengurangkan risiko menghidapi dan menjangkiti pasangan wanita dengan penyakit kelamin (STD).
✅Mengurangkan risiko untuk mendapat kecederaan kecil/koyak pada kulup sewaktu melakukan hubungan intim.
✅Mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser zakar sekiranya disunat sebelum akil baligh.
✅Lebih mudah menjaga kebersihan zakar selepas bersunat.
✅Berupaya untuk menarik balik kulit kulup untuk pesakit yang mempunyai phimosis.
✅Hubungan intim yang tiada kesakitan untuk lelaki yang mempunyai phimosis atau yang mengalami kesakitan sewaktu persetubuhan.

Mau JOIN jadi lelaki bersih idaman wanita?

Hubungi kami di https://wa.me/60109314190 untuk pertanyaan lanjut dan booking appointment.

Rasa lebih yakin sepanjang hari. Sebab berpeluh banyak pun bau tiada sudah! Kaedah sunat pun guna laser. Proses cepat, tak sakit dan luka pun cepat sembuh. Lepas 3 hari boleh pakai seluar! 😉

p/s : Prosedur dijalankan oleh seorang Mudim sahaja untuk memastikan klien mendapat perkhidmatan bersunat dengan privacy yang tinggi.

#sunathome2u #sunatdewasa #sunatlaser #sunatkotakinabalu #sunatsabah

Whatsapp kami segera!