8 Tips Penjagaan Luka Selepas Sunat

Hari ni saya nak share tentang penjagaan luka sunat pulak. Ada 8 tips penting yang perlu kita ketahui selepas menjalani pembedahan kecil sunat guna electrocautery laser ini di Sunat Home.
Kalau dulu, tips ini selalunya akan dikongsikan oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka yang bersunat. Tetapi sekiranya klien adalah seorang dewasa, kemungkinan besar tips-tips ini tidak diketahui.

Adalah penting untuk anda tahu tentang penjagaan luka sunat ini supaya luka yang sembuh akan jadi sempurna dan mengurangkan risiko jangkitan yang boleh melambatkan proses penyembuhan.

1. REHAT YANG CUKUP
Selepas sunat, adalah penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.

2. MAKAN UBAT
Anda akan diberi ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.

3. CUCI LUKA
Cuci luka sunat sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.

4. PANTANG MAKAN
Adalah bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil sewaktu penjagaan luka sunat.

5. MAKANAN YANG DISYORKAN
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam pun bagus untuk diambil.

6. JANGAN CABUT BENANG
Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh sempurna.

7. CECAIR KUNING DI KEPALA
Jika anda mengalami phimosis (glans penis melekat dengan kulup), anda mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Ia adalah normal dan ia bukan nanah. Ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.

8. RASA NGILU/SENSITIF
Adalah agak normal untuk anda berasa ngilu atau sensitif apabila kepala glans penis anda bergesel dengan seluar dalam yang dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu, apabila glans kepala sudah biasa.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat guna laser!

43 thoughts on “8 Tips Penjagaan Luka Selepas Sunat”

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ doctor , saya ingin bertanya saya dapati di kemaluan saya terdapat benang yg terkeluar kecik sahaja dan umur saya sekarang 15 tahun saya bersunat pada usia 9 tahun dan apa patut saya buat sekarang

    1. Waalaikum salam Ahmad,
      Yang bagusnya ialah anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Agak sukar untuk saya beri konsultasi dari sini tanpa melihat dan memeriksa keadaan kemaluan anda. Terima kasih.

    1. Assalamualaikum Hashidah,
      Ya, boleh didedahkan luka sunat. Tiada masalah, sebab jika luka sunat kering, ia lebih cepat untuk sembuh.

  2. Assalamualaikum….
    Saya ingin betanya…
    Saya baru saja berkhatan pada 5/12/2017 pagi dengan cara Smart Clamp.Sekarang saya dapati kemaluan saya bengkak disekeliling luka dan rasa sedikit sakit.Bagaimanakah cara yang boleh saya gunakan untuk menghilangkan bengkak tersebut kerana saya akan ke klinik pada 11/12/2017 petang untuk menanggalkan clamp.Ada tak cara yang boleh saya lakukan?

    1. Wsalam… Boleh minta doktor untuk ubat tahan sakit dan ubat kurangkan bengkak. Ia akan kurangkan kesakitan dan bengkak di kawasan luka.

  3. assalam doc..anak saya (9 thn) br bersunat 9/12 kaedah laser.Biasa ke klau masih terasa pedih dan sakit.berapa hari biasanya akan ok.apa makanan yg elok utk dimakan oleh kanak2 yg bersunat

    1. Wsalam… Ya, selalunya memang akan ada rasa sakit dan pedih untuk lebih kurang seminggu. Boleh sambung makan ubat tahan sakit dan ubat bengkak untuk lebih selesa. Makanan yang sesuai ialah iakn haruan atau pati ikan haruan untuk kesembuhan luka dan ayam. Telur, daging dan seafood perlu dielakkan.

  4. Assalamualaikum doctor,
    anak saya 5 tahun, baru je sunat (9/12) secara traditional, tapi lepas sunat tu tak di jahit, just sapu krim lebih kurang warna coklat muda / kekuningan..tak pe ke kalau tak jahit?

    1. Untuk sunat tradisional, memang diorang tidak jahit. Cuma perlu penjagaan rapi luka sunat agar tidak dijangkiti kuman. Krim tersebut adalah untuk elakkan dari kuman dan mempercepatkan penyembuhan.

  5. assalamualaikum doktor.. saya baru 5 hari di khatan rasa sakit tu masih ada..kalau boleh saya nak tahu apa langkah-langkah yang patut saya lakukan?

    1. Wsalam… Boleh ambil ubat penahan sakit seperti panadol atau ponstan daripada farmasi atau klinik tempat bersunat. Selalunya luka memang ada rasa sakit sedikit untuk seminggu dua.

  6. Assalamualaikum doktor saya ingin bertanya, anak saya baru bersunat pada 15hb Dec 17 dah pada 16hb (ke esok kan) kepala takok anak saya bernanah jadi saya bawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan telah dicuci dibuang…. soalan saya
    1. Sehingga hari ni 18hb jam 4am tempat yg dicuci mengeluarkan air (seperti air bisa kerana setiap kali air tu keluar anak saya akan menangis kesakitan) adakah normal?
    2. Pada jam 1am 18hb anak saya yg sedang tidur tiba tiba menjerit kesakitan yang teramat sangat dan pada masa yang sama saya dapat tempat yang dicuci mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman adakah normal?
    3. Bagaimana hendak kurangkan kesakitannya selain makan ubat yg doktor berikan? Kerana saya tak sanggup tengok anak saya meraung kesakitan.

    1. Waalaikumsalam. Ya, kadang kala, luka sunat akan mengeluarkan cecair serous berwarna kuning jernih dan itu adalah biasa. Jika ada jangkitan kuman, warna akan bertukar kepada kuning pekat (nanah) dan akan berasa sakit. Untuk merawatnya, mungkin anak tuan perlu diberi ubat penahan sakit seperti panadol dan antibiotik jika ada jangkitan. Harap ia dapat membantu.

  7. Anak lelaki saya berumur 10 tahun baru lepas sunat secara smart clamp…lepas sunat zakar nye asyik ternaik dan besar.
    Bukan bengkak..klu pakai seluar.memang ketara..adakah tu biasa..luka semua dh baik

  8. Assalam dr. Sya berkhatan pada drjh 5 dan skrg tgktan 3.sya dpti bhwa trdpt gelembung kcil pada bkas jhitan ttpi di sdikit bahagian ats shaja.ap yg boleh sya lakukan

    1. Waalaikumsalam. Selalunya ia tidak ada apa-apa masalah. Itu mungkin isi atau slur darahyang telah diikat sewaktu sunat dahulu. Boleh juga berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan lanjut.

  9. Assalamualaikum Dr.
    Semasa mengkhatankan anak sana, “laser” yang digunakan telah terkena pada bahagian kepala zakar dan menyebabkan luka yang dalam dan melepuh. Namun kini luka itu telah bertaup, mula tumbuh isi baharu. Soalan saya, akan ianya akam memberi kesan kepada anak pada jangka masa panjang? Adakah ianya merosakkan saraf-saraf yang ada pada bahagian kepala zakar?

    Terima kasih

    1. Waalaikumsalam tuan. Luka “laser” cautery adalah sama seperti luka terkena benda panas seperti air panas, ekzos motor atau minyak panas. Ia akan menyebabkan melepuh pada kulit luaran sahaja, dan ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada saraf, kerana saraf yang supply kawasan kemaluan adalah lebih dalam (dorsal pudendal nerve). Apabila sembuh, zakar akan berfungsi seperti biasa.

  10. Salam doktor, anak sy (bayi umur 5 bulan) baru bersunat guna teknik clamp, dah 8 hari kemaluan nya masih bengkak. Krim apa yg disyorkan oleh doc bagi mempercepatkan proses luka utk sembuh? Sy takut untuk beri ubat ubatan kerana masih bayi. Bengkak tu merisaukan saya sebab kadang2 dia menangis sakit. Apabila ke klinik, cuma diberi ubat luka & disuruh rendam air lebih lama. Saya tk pasti krim yg diberi klinik tetapi selepas sapu krim saya harus balut kemaluanya untuk elak terkena pampers. Anak akan sakit jika luka terkena pampers. Adakah ini menggangu luka untuk cepat kering?

    1. Wsalam Nadia. Ya, kalau luka lembab, memang ada lambat sikit nak sembuh. Saya selalunya akan syorkan Solcoseryl Gel 20% 10gm yang boleh dipati di farmasi untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Krim yang diberi dari klinik mungkin adalah krim antibiotik untuk elakkan dari jangkitan. Boleh sapukan krim dan gel berselang setiap 4 jam.

  11. Assalamualaikum doktor.
    Tunang sya. Mualaf. Baru sahaja bersunat 4 hri lalu ..iaitu pd hri Rabu.. menggunakan laser

    Soalan sy.. tunang mengatakan hri ini.. di kawasan jahitan mengeluarkan nanah dan dia masi terasa sakit

    Apakah punca nya.

    1. Waalaikumsalam Nuur,
      Kemungkinan ada jangkitan kuman pada kawasan luka sunat. Adalaha lebih baik untuk dia balik berjumpa dengan doktor yang merawat untuk mendapatkan ubat yang perlu untuk jangkitan tersebut.
      Terima kasih.

  12. MORNING,DOC. ANAK SY SUNAT PD 25/11 HARI TU ,TAPI SEHINGGA HARI NI MASIH NAMPAK LUKA TAK SEMBUH LAGI.SY NAK TANYA,TERDAPAT MACAM KULIT YG MELEKAT PADA KELILING KULIT TEPI KULUP,SY ADA BERJUMPA DOC,DIA CKP TU TISU NYE ,TAPI SEPATUTNYA SY SAPU KRIM OIL TREATMENT TERRAMYSIN ATAU BIARKAN SJ KERING KULIT TU,SEBAB KALAU KERING ,IA AKAN JADI KERAS KULIT TU,BETUL KE MACAM TU? SKRG NI ,BETTER SY SAPU KRIM ATAU TIDAK ?

    1. Good morning. Kulit yg kering tu akan tanggal sendiri selepas 2 minggu. Selalunya jika luka belum sembuh sepenuhnya, bagus teruskan sapu krim untuk elakkan dari jangkitan kuman pada luka.

      1. tapi Doc kulit pada keliling penis tu macam nampak melekat pd penis ,tak pe ke? sbb org ckp ckp x leh lekat tu,kita pun x faham ni. … kalo x sapu crim ,biarkan mcm tu pun blh la yer

        1. Ya, selepas sunat, akan ada kulit mati dan keruping pada keliling sunat, terutamanya pada kawasan luka jahitan. Teruskan sapu krim pada luka sehingga keruping tertanggal sendiri.

  13. Asalamualaikum doctor..
    Ank sy masuk hrini dah 6hr bersunat,bwh kpala dah kering,tp bhagian atas mash bsah dah mgeluarkn cecair kuning,.
    Adakah ia normal?buat ms ni sy xletak ape2..sbb doc yg sunat suruh letak myk gamat,tp bl letak,bhagian kpala makin byk kuning..jd sy stop trus..
    Doc ckp ms sunat ada kulit bru,jd kult itu pun dibuang..ada tak krim atau ape2 yg doktor bole bg cdangan utk sy beli agar cepat kering,?sbb dah nk masuk sek risau pulak,,

    1. Waalaikumsalam Siti Nabisah,
      Ya, cecair kuning yang dipanggil serum boleh keluar walaupun sudah beberapa hari bersunat. Selalunya saya nasihatkan pesakit saya untuk dapatkan sejenis gel sapuan bernama Solcoseryl 20gm 10% dari farmasi berdekatan untuk disapu pada luka bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

  14. Salam Doctor.

    Bayi saya umur 1 bulan bersunat 3 hari lepas menggunakan teknik smart clamp. Di bahagian kepala, sekeliling dekat dinding corong clamp tu macam ada cecair putih kuning. Tak dapat nak bersihkan guna cotton bud sebab ia berada di dinding corong.

    Normal ke ada cecair tu atau tu nanah?

    1. Waalaikumsalam Puan Nurul,
      Ya, itu adalah normal. cecair kuning tersebut bukan nanah, tetapi serum. Selalunya ia akan kering sendiri dan tak perlu risau.

      1. Assalamualaikum doktor..saya Puan Ida..
        Anak saya berumur 11 thn, sunat sudah msuk hari ke-3. Bole saya tau..
        *Adakah luka jahitan bole trkena air semasa mandi?
        *Adakah cecair kuning di kepala zakar perlu dibersihkan/lap sehingga hilang mggunakan iodin?
        *Bolehkah saya mbersihkanny dgn kerap 3/4 kali sehari?
        Terima kasih doktor atas pencerahan

        1. Waalaikum salam Puan Ida. Terima kasih untuk pertanyaan. Ini adalah jawapan saya:
          1. Ya, luka jahitan boleh terkena air semasa mandi. Cuma selepas mandi, perlu pastikan luka bersih dan kering.
          2. Cecair kuning boleh dicuci atau dibilas seadanya. Tak perlu hilangkannya sebab ia akan tanggal sendiri nanti.
          3. Boleh bersihkannya 2 kali sehari sewaktu mandi. Tak perlu terlalu kerap.

  15. Salam doc.anak sy br bsunat 17hb 12 secare laser.tiada diberi ubt cuci.hanye dibeklkn ubt tahn skit.wktu malm sering nangis kerane gatal..normal ke?atau sebab saya letak krim dibeli di farmasi.boleh ke makan biskut

    1. Waalaikum salam. Ya, kadang2 luka boleh rasa gatal itu adalah normal. Boleh juga beli krim antiseptik di farmasi untuk sapu. Boleh makan biskut.

  16. Assalamualaikum doktor anak sy sunat lezer. Tapi penis nye melekat pada telur dan susah nak cuci. Normal ke dokter? Jika sunat lezer boleh tak mandi? Selepas 4 hari bersunat?

    1. Waalaikum salam. Selalunya selepas dua hari boleh mandi seperti biasa dan sepatutnya ia dah tak melekat pada telur selepas cuci.

Leave a Reply to sarima Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.