Masalah zakar yang paling kerap saya temui selama saya mengkhatankan pesakit lelaki ialah apabila mereka telah menyuntik bendasing seperti minyak, vaseline atau silikon ke dalam zakar mereka. Mereka akan datang ke klinik untuk meminta saya membetulkan masalah tersebut, setelah didapati zakar mereka menjadi;
- Tidak simetri sewaktu lembik dan juga sewaktu mengeras
- Terlalu besar dan menyebabkan perhubungan seks dengan pasangan terganggu
- Sukar untuk dibersihkan kerana glans zakar tidak lagi boleh dikeluarkan kerana kulup (prepuce) telah menyebabkan lubang kencing menjadi sempit
- Berbenjol-benjol kerana suntikan yang tidak sekata oleh penyuntik
Masalah ini berlaku selalunya akibat terikut-ikut dengan kawan-kawan, terpengaruh dengan desakan untuk membesarkan zakar dengan cara mudah dan tidak perlu rujukan pengamal perubatan bertauliah. Mereka selalunya mendapat maklumat dari kawan-kawan tentang penyuntik tersebut yang menggunakan samada minyak parafin atau silikon dari tempat-tempat yang tidak selamat (mungkin jalan belakang mati).
Selepas disuntik, mungkin secara peribadinya pesakit dapat lihat pembesaran batang zakar, tetapi prosedur tersebut juga memberikan pelbagai komplikasi lain yang tidak diterangkan oleh penyuntik. Selepas 2-3 bulan, pesakit akan sedar tentang kesilapan mereka dan datang ke klinik untuk “repair”.
Secara jujurnya, apa yang saya boleh nasihatkan di sini ialah:
- Elakkan daripada terpengaruh dengan kawan-kawan untuk menyuntik bendasing yang tidak diketahui kandungan utama di dalamnya. Ini kerana, ada kes kematian akibat berlaku alahan antara pesakit dengan bendasing tersebut.
- Suntikan begini juga menyebabkan hubungan seks dengan pasangan juga akan terganggu. Walaupun zakar menjadi besar, sensitiviti zakar tersebut akan berkurang, menyebabkan pesakit tidak akan berasa seperti biasa sewaktu melakukan hubungan seks dan pasangan juga akan mengadu sakit, sekiranya zakar terlalu besar dan tidak muat.
- SIla jumpa dengan doktor perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat untuk proses pembaikan zakar yang sudah “buruk“. Perlu diingat, proses pembaikan akan terpaksa dilakukan oleh doktor pakar sakit tuan (Urologist) di dalam dewan bedah di hospital-hospital besar, yang mungkin melibatkan “skin graft” dan mungkin perlu tinggal di hospital selama seminggu.
Berikut adalah dua sumber utama yang boleh dirujuk untuk proses perawatan “suntikan zakar yang tidak menjadi”: