Perawatan Selepas berkhatan dengan Flashcutter Laser
Tahap paling penting selepas berkhatan adalah penjagaan, oleh itu pengetahuan dan peranan ibubapa dalam melakukan tahap perawatan ini dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
[slideshare id=69619374&doc=penjagaan-luka-sunat-161129030426]
Apabila waktu perawatan tidak dilakukan dengan baik dan betul, masalah mungkin akan timbul yang mana akan melambatkan proses penyembuhan. Berikut beberapa tahap perawatan:
Selepas dikhatan (disunat)
- Selepas 3 jam berehat, pesakit boleh beraktiviti seperti biasa.
- Ambil ubat penahan sakit serta merta untuk mengelakkan rasa sakit setelah kesan ubat bius berkurangan.
- Gunakan air mandi yang bersih, jika boleh dicampurkan dengan antiseptik cair (contohnya cecair Dettol).
- Digalakkan untuk menyapukan krim antibiotik pada luka bekas khatan sebanyak 2 kali sehari selama 3 hari.
- Bekas luka khatan akan berbentuk cincin berwarna hitam (necrotic) yang akan tanggal dengan sendirinya dalam 5-7 hari.
- Bersihkan penis sehingga kering setiap kali habis membuang air kecil atau mandi, kemudian tuam dengan betadine menggunakan kain gauze steril dan biarkan hingga kering. Lakukan sebanyak 3 kali sehari. Jangan gunakan kapas kerana serat-seratnya mudah melekat pada luka.
Perkara penting untuk ibu bapa dan penjaga
1. Pada beberapa pesakit akan terdapat inflamasi/pembengkakan. Perkara ini adalah biasa selagi tiada jangkitan. Bengkak tersebut akan mengecil dengan sendiri. Tindakan yang paling mudah dilakukan oleh pesakit adalah dengan mengurangkan aktiviti seperti berlari atau aktiviti-aktiviti yang lain yang boleh mempengaruhi pembengkakan. Sekiranya dalam beberapa hari bengkak tersebut semakin membesar, segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.
2. Pesakit merasa sakit pada ketika buang air kecil. Biasanya terjadi pada pesakit berfimosis (kulit melekat pada glans penis dan hujungnya agak sempit) kerana terjadi iritasi/radang pada glans penis semasa kulit dilepaskan. Berikan ubat penahan sakit (penghilang rasa ngilu). Jika selepas 48 jam luka khatan masih terasa sakit, minta nasihat doktor segera untuk mengetahui apa penyebabnya.
3. 3-5 hari selepas khatan anak selalu mengeluh sakit semasa memakai seluar. Hal ini adalah wajar terjadi akibat adanya gesekan dari kain terhadap glans penis yang sensitif. Pada masa sebelum khatan, glans penis tertutup oleh kulit kulup (prepuce) sebagai pelindung dan setelah dikhatan tidak lagi terdapat perlindungan tersebut. Kulit akan beradaptasi dengan gesekan kain dan akan hilang keluhan rasa sensitif.
4. Semasa proses penyembuhan, pesakit boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.