Masalah keputihan pada lelaki dewasa – apakah jalan penyelesaian terbaik?

Kelmarin ada seorang jejaka berumur dalam lingkungan 30an datang ke klinik untuk berkhatan. Beliau mengalami masalah keputihan yang agak serius, yang mana ia telah menyebabkan kulit kulup beliau merekah, berdarah, gatal, menebal dan membengkak.

Beliau telah mengalami masalah yang sebegini sejak lebih kurang setahun yang lalu. Sebelum masalah keputihan yang serius ini berlaku, beliau sebenarnya mempunyai masalah kulit kulup yang agak sempit (phimosis), dan setiap kali mandi atau membersihkan diri, beliau mengalami kesukaran untuk menarik kulit kulup ke belakang untuk mencuci bahagian glans penis.

Pada kebiasaannya, proses pembersihan glans penis berjalan lancar. Kadang-kala beliau membersihkan glans penis dengan air bersih dan kadang-kala dengan sabun mandi.

Namun, pada satu hari, beliau agak kurang berhati-hati sewaktu melakukan pencucian. Kulit kulup beliau sedikit terkoyak semasa cuba menariknya ke belakang untuk mencuci. Selepas beberapa hari, kawasan kulit kulup yang terkoyak ini sedikit membengkak dan keradangan berlaku.

Apabila kulit kulup ini membengkak, beliau tidak lagi dapat menarik langsung kulit kulup ke belakang untuk dicuci. Ini mengakibatkan kegatalan pada kawasan glans penis dan kulit kulup, dan selepas beberapa minggu, beliau mendapati ada ketulan-ketulan putih keluar daripada hujung kulit kulup beliau.

Lama-kelamaan, ketulan-ketulan keputihan beliau semakin banyak dan berbau. Beliau rasa sungguh tidak selesa dan telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Setelah berjumpa dengan beberapa orang doktor di beberapa klinik, beliau diberi krim untuk disapu pada kawasan luka. Dengan krim tersebut, beliau mendapati ada sedikit perubahan yang bagus pada kawasan kemaluan beliau. Keputihan dan bau semakin kurang.

Namun, selang beberapa minggu masalah tersebut berulang semula. Sampai satu tahap, beliau berasa sangat gatal dengan bau yang betul-betul tidak menyenangkan. Sehinggakan isteri beliau menasihatkan untuk beliau pergi ke klinik untuk berkhatan.

Dengan berkhatan/bersunat, masalah yang beliau hadapi boleh diselesaikan.


Apa itu masalah keputihan pada lelaki dewasa?

Keputihan (smegma dalam Bahasa Inggeris) atau “palat” dalam sesetengah istilah Melayu adalah pengumpulan bahan yang dihasilkan dari minyak dan cecair yang dirembeskan oleh kelenjar  pada kawasan sekeliling glans penis bercampur dengan kulit mati.  Bahan ini boleh berkumpul dengan banyak di bawah kulit kulup lelaki yang tidak bersunat/berkhatan dan juga pada kawasan lipatan labia pada wanita.

Ia bukan satu gejala jangkitan kuman dari perhubungan seksual dan ia bukanlan satu satu keadaan yang serius. Dalam kebanyakan kes, penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang betul dan kerap boleh menghalang smegma ini menganggu aktiviti harian seorang lelaki.

Namun jika ia tidak dirawat, smegma ini boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dan pada segelintir lelaki, smegma ini boleh mengental dan mengeras lalu menyebabkan iritasi dan keradangan pada kawasan kemaluan. Pada sesetengah keadaan, kulit kulup boleh melekat dengan glans penis akibat keradangan tersebut.

Jika masalah smegma ini berterusan untuk satu jangkamasa yang lama dan ditambah pula dengan jangkitan bakteria atau yis, ia boleh menyebabkan keradangan kulit kulup dan glans penis berlaku. Keadaan ini dipanggil “balanitis” yang mana dengan berkhatan/bersunat adalah salah satu cara penyelesaiannya.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat/berkhatan untuk lelaki dewasa.

Kenapa saya tidak buat sunat untuk budak berumur 6 tahun dan ke bawah?

Waktu cuti sekolah akhir tahun yang lepas, ada ramai ibu bapa yang ingin anak-anak mereka yang berumur 6 tahun ke bawah disunatkan di SunatHome. Pada asasnya saya tidak menerima kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun untuk bersunat. Namun, setelah didesak oleh ibu bapa, saya terpaksa menerima kanak-kanak tersebut untuk bersunat, walaupun setelah saya terangkan semua risiko yang terlibat. Dan, seperti yang telah saya terangkan kepada mereka, hampir kesemua kanak-kanak yang dibawa oleh ibu bapa ini, gagal disunatkan.

Antara sebab kenapa kanak-kanak pada umur di bawah 6 tahun sukar disunatkan ialah tiada kerjasama dari kanak-kanak tersebut sewaktu prosedur dijalankan. Mereka tidak dapat berbaring dengan tenang dan diam. Mereka sangat mudah untuk menangis dan menjerit ketika suntikan diberikan. Mereka juga akan mudah meronta-ronta, walaupun ada ibu bapa di sisi. Malah ada juga kanak-kanak yang menendang, menumbuk dan mengigit saya ketika prosedur sunat ingin dijalankan.

Jika dipaksa juga untuk disunatkan, ada risiko besar yang boleh menyebabkan kecederaan pada kawasan kemaluan, yang mana ia adalah satu risiko yang saya ingin elakkan. Selain kecederaan serius, pendarahan yang banyak juga boleh berlaku sewaktu prosedur dijalankan. Ini akan menyebabkan luka menjadi lambat untuk sembuh dan jangkitan boleh berlaku.

Jika sunat berjaya dilakukan dengan paksaan (mungkin ada pembantu yang ramai boleh memegang pesakit dari bergerak), ada kemungkinan juga proses penyembuhan akan mengambil masa yang lebih lama kerana kanak-kanak ini akan tidak mahu luka disentuh atau dibersihkan oleh ibu bapa di rumah. Ini boleh menyebabkan luka bertambah teruk dan yang paling serius ialah jika berlaku jangkitan kuman.

Jadi adalah lebih selamat dan bagus sekiranya kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah tidak dibawa bersunat atas faktor keselamatan. Julat umur yang bagus untuk disunatkan ialah pada umur 8-10 tahun (di Malaysia), yang mana pada umur sebegini, kanak-kanak boleh mendengar dan mengikuti arahan supaya bertenang sewaktu bersunat. Mereka juga sudah lebih berani dan boleh memberikan kerjasama yang bagus ketika bersunat.

Jika anda ingin anak-anak anda disunatkan lebih awal, saya sarankan untuk kanak-kanak lelaki disunatkan pada umur di bawah 3 bulan (sewaktu bayi), dan ia dilakukan di hospital oleh pakar bedah kanak-kanak.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang sunat/khatan untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak menggunakan teknik electrocautery laser.

Terima kasih kerana mempercayai kami di SunatHome!

Alhamdulillah, baru dapat masa sedikit untuk menulis post di blog ini. Selama lebih kurang dua bulan, saya agak sibuk mengkhatankan/menyunatkan hampir 400 orang kanak-kanak dan dewasa lelaki dari bukan November sehingga Disember 2018 yang lepas.

Terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua klien Klinik Sabah dan SunatHome kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memberikan perkhidmatan khatan/sunat terbaik untuk anak-anak lelaki anda. Semoga mereka semua sudah sembuh dan sihat untuk menjalani tahun baru di sekolah dengan baik.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa facebook post dari klien yang telah datang untuk mendapatkan perkhidmatan sebagai testimoni. Insyaallah, tahun depan kita akan buat lebih baik supaya lebih ramai mendapat manfaat!

Hubungi kami di SunatHome untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bersunat lelaki dewasa dan kanak-kanak dengan teknik cautery laser di 010-9314190.

3 Perkara yang perlu diberi perhatian, 24 jam selepas bersunat/berkhatan

Selalunya selepas prosedur bersunat/berkhatan selesai, doktor akan membekalkan ubat-ubatan yang diperlukan untuk dibawa balik ke rumah. Ubat-ubat tersebut boleh terus dimakan untuk memberikan keselesaan kepada anda daripada rasa sakit dan untuk mengelakkan luka dari dijangkiti kuman.

24 jam pertama selepas bersunat adalah tempoh yang penting untuk anda berehat. Ini kerana dengan berehat, luka sunat akan lebih cepat untuk membaikpulih. Jika anda kurang berehat, banyak berjalan atau melakukan aktiviti yang berat, ia boleh menyebabkan penyembuhan luka terganggu.

Jika dalam tempoh 24 jam selepas bersunat, 3 perkara ini berlaku, cepat-cepat hubungi kembali tempat yang mana anda bersunat.

1. Pendarahan yang banyak (Excessive bleeding)

Selepas bersunat, doktor akan membalut luka dengan gauze untuk melindungi luka dan menyerap titisan darah yang masih ada pada kulit yang dipotong. Selalunya darah yang menitis adalah sangat sedikit dan akan berhenti keluar dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya masih ada sedikit darah yang keluar, sila ambil tisu kering atau tuala kecil yang bersih dan tekan pada tempat pendarahan untuk 3-5 minit. Selalunya pendarahan kecil akan berhenti dengan teknik “compression” ini.

Sekiranya selepas 24 jam darah masih mengalir, gauze pembalut menjadi basah oleh darah tersebut dan nampaknya tidak berhenti dengan sendiri, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor yang melakukan sunat tersebut.

2. Pembengkakan / Swelling / Hematoma / Bentan (istilah Melayu)

Selalunya selepas bersunat, kawasan luka sunat boleh membengkak sedikit akibat daripada suntikan bius yang diberi pada kawasan luka ataupun pembuluh darah yang pecah di bawah kulit (hematoma) yang tidak menyebabkan pengaliran darah keluar dari luka.

Sekiranya dalam tempoh 24 jam, pembengkakan ini dilihat semakin besar dan terasa sangat sakit apabila disentuh, ada kemungkinan pendarahan berlaku di bawah kulit dengan banyak. Sila berjumpa dengan doktor merawat untuk “evacuate” darah beku dari bawah lapisan kulit dan memberhentikan pembuluh darah yang menyebabkan pendarahan ini.

3. Sakit berdenyut-denyut (throbbing pain)

Kadang-kala selepas bersunat, luka sunat tidak membengkak dan tidak juga nampak ada pendarahan, tetapi terasa sakit berdenyut-denyut. Ia boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur malam. Apa yang mungkin berlaku ialah pendarahan dalaman yang jauh di bawah kulit pada kawasan luka tanpa menyebabkan pengaliran darah keluar melalui luka yang dijahit.

Sekiranya anda berasa ada benjolan keras timbul pada kawasan atas atau bawah luka dan sakit berdenyut-denyut itu adalah pada benjolan tersebut, ia mungkin disebabkan pendarahan dalaman.

Sakit berdenyut-denyut tanpa ada pembengkakan atau pendarahan mungkin juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada luka. Luka nampak merah, bengkak dan sakit bila dipegang. Ia adalah jarang berlaku kerana selalunya doktor yang melakukan sunat akan memberikan ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat kurangkan bengkak yang akan mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

Sila berjumpa semula dengan doktor jika sakit berdenyut-denyut berterusan lebih 24 jam.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut mengenai sunat lelaki dewasa dan kanak-kanak.

Fakta Program Khatan Percuma, Taman Marin Tun Mustapha, Kudat

  1. Program ini julung kalinya dianjurkan bersama oleh HUGS Project dan SunatHome.
  2. Tujuan utama ialah membantu kanak-kanak dari Pulau Banggi dan Pulau Balambangan mendapatkan perkhidmatan bersunat/berkhatan secara percuma, kerana mereka amat sukar untuk mendapatkan khidmat seperti ini di tempat mereka tinggal.
  3. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh penderma-penderma yang budiman dari seluruh Malaysia yang percaya dengan misi dan visi HUGS Project & SunatHome.
  4. Program ini juga adalah sebagai salah satu CSR (Corporate Social Resposibility) oleh Klinik Sabah, affiliate bersama SunatHome.
  5. Seramai 34 orang kanak-kanak telah berjaya disunatkan oleh 5 orang doktor dengan dibantu oleh 10 orang sukarelawan yang bersedia berkhidmat tanpa bayaran.
  6. Perjalanan bot dari Kudat ke Pulau Banggi mengambil masa selama 1 jam.
  7. Perjalanan bot dari Kudat ke Pulau Balambangan juga satu jam. Cuma jika laut bergelora, perjalanan mengambil masa selama 2 jam.
  8. Hanya ada sebuah sekolah rendah sahaja di Pulau Balambangan. Tiada sekolah menengah. Tiada klinik kesihatan. Tiada balai polis. Tiada balai bomba.
  9. Kepulauan ini diketahui dihuni oleh buaya air masin yang ganas, namum masih belum ada dokumentasi dan imej yang jelas tentang spesis tersebut.
  10. Tammoyo Place ialah salah satu tempat penginapan/chalet di Pulau Banggi yang agak jauh tetapi berbaloi untuk mendapatkan pemandangan yang cantik.

Sunat cuti sekolah bulan Ogos 2018

Cuti sekolah seminggu datang lagi. Bermula dari 18 Ogos hingga 26 Ogos, murid-murid sekolah akan bercuti. Cuti ini juga adalah sempena Hari Raya Aidiladha yang akan jatuh pada 22 Ogos 2018.

Sempena cuti sekolah ini, SunatHome akan membuka peluang untuk murid-murid sekolah bersunat pada hari Sabtu, 18 Ogos 2018. Dengan menggunakan electrocautery laser, luka sunat boleh sembuh dengan cepat dan selalunya murid-murid boleh bersekolah semula dalam masa seminggu.

Boleh hubungi kami di 010-9314190 untuk mendaptkan temujanji. Terhad kepada 10 orang murid sahaja!

Menyesal terikut-ikut kawan inject silikon dari mereka yang tak bertauliah?

Dalam tempoh seminggu ini, ada dua orang jejaka datang berjumpa dengan saya untuk bersunat, setelah menyesal terikut-ikut kawan meng”inject” kononnya silikon ke dalam batang zakar mereka.

Seorang berumur dalam 50-an, sudah berumahtangga dan seorang lagi dalam 20-an, masih bujang.

Hampir kesemua kes yang sebegini rupa, apabila datang berjumpa dengan saya, sunat/khatan tidak dapat dilakukan di klinik. Ini kerana ada pertambahan prosedur dalam sunat/khatan tersebut, iaitu “repair”.

Apabila batang zakar disuntik dengan silikon atau minyak mineral oleh mereka yang tidak bertauliah, akan berlaku ketidaksamarataan suntikan “filler” tersebut ke dalam kulit.

Ini mengakibatkan terhasilnya benjolan-benjolan tidak sekata pada batang zakar dan nampak tidak cantik.

Benjolan-benjolan (granulomatous lesion) inilah yang perlu dibuang oleh doktor pakar bedah palstik dan pakar bedah urology dalam proses “repair” batang zakar tersebut sebelum sunat dilakukan.

Sekiranya ada lagi kulit kulup yang boleh digunakan untuk “flap”, ia akan digunakan untuk menutup luka sunat. Tetapi sekiranya tiada kulit yang sesuai lagi, “skin graft” akan dilakukan – kulit dari bahagian badan lain akan digunakan untuk menutup luka yang diakibatkan oleh “granulomatous lesion” oleh suntikan silikon tersebut.

Jadi sekiranya anda datang ke klinik, saya akan tuliskan surat rujukan untuk berjumpa pakar bedah urology di hospital, kerana prosedur yang sukar ini tidak dapat dibuat di Sunat Home kerana adanya limitasi perkhidmatan, risiko pendarahan dan risiko “wound dehiscence” yang tinggi.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk informasi lanjut tentang sunat.

Ajak Kawan Bersunat dan dapatkan ganjaran tunai RM20!

  • Terbuka kepada semua klien DEWASA SunatHome yang PERNAH bersunat dengan kami dari tahun 2013 sehingga sekarang.
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pelajar dan murid sekolah tidak layak sertai.
  • Anda akan dibayar RM20 untuk setiap kawan yang datang ke SunatHome dan berjaya bersunat dengan kami.
  • Kawan anda juga akan diberikan diskaun istimewa RM20 jika memberitahu yang dia diajak oleh anda!
  • Komisen akan dibayar pada minggu pertama setiap bulan ke dalam akaun bank anda.
    Jika berminat untuk sertai, sila Whatsapp kami nama penuh, nombor IC, nama bank dan nombor akaun untuk memudahkan pembayaran komisen dilakukan.
  • Mulakan promosi dengan kawan-kawan dengan bercerita tentang pengalaman bersunat dan berkongsi faedah serta kebaikan bersunat dari segi kesihatan!

Tips-tips yang boleh digunakan untuk berkongsi dengan kawan-kawan pasal sunat:

  1. Ceritakan pengalaman sendiri pasal sunat dengan SunatHome.

    1. Kenapa nak bersunat, walaupun umur sudah dewasa?
    2. Kenapa pilih untuk bersunat dengan SunatHome?
    3. Apa kelebihan SunatHome berbanding klinik lain dari segi kemudahan bersunat untuk lelaki dewasa?
  2. Ceritakan pengalaman sewaktu prosedur sunat dijalankan.

    1. Apakah yang doktor pesan untuk dilakukan sebelum dan selepas bersunat?
    2. Bagaimanakah pengalaman bersunat dengan menggunakan “Electrocautery Laser”?
    3. Bagaimanakah pula cara-cara penjagaan luka selepas bersunat?
  3. Ceritakan kelebihan selepas luka sunat sembuh.

    1. Berapa lamakah masa yang diambil untuk luka sunat sembuh sepenuhnya?
    2. Apakah faedah-faedah kesihatan yang boleh didapati selepas bersunat?
    3. Bagaimanakah pula keadaan perhubungan intim dengan pasangan selepas bersunat?

Hanya Kongsi >> Terima >> Ulang!

Hubungi untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sunat untuk lelaki dewasa!

Terima kasih untuk majlis sunat dan khatan beramai-ramai dari SunatHome

Assalamualaikum. Berakhirlah sudah cuti sekolah untuk tahun 2017. Ini bermakna musim sunat untuk murid sekolah juga melabuhkan tirainya.

Alhamdulillah, pada musim cuti sekolah tahun ini, SunatHome telah berjaya menyunatkan lebih 200 orang murid sekolah dan lelaki dewasa dalam tempoh masa lebih kurang sebulan. Semoga luka cepat-cepat sembuh dan boleh bersekolah dan bertugas macam biasa pada Januari 2018 nanti.

SunatHome telah berjaya berkerjasama dengan dua buah masjid yang sungguh jauh jaraknya untuk melakukan sunat/khatan beramai-ramai. Masjid Assalam Kg. Contoh Petagas dan Masjid Asshakirin Kg. Kenangan Dato’ Abdullah Jaafar Bakri Muar telah memberikan kerjasama yang begitu baik dalam menjayakan program tersebut.

Bagaimana masjid tersebut terpilih?

Masjid Assalam merupakan masjid yang bersebelahan dengan sekolah agama anak-anak Dr. Ruhaizad, yang mana tenaga pengajar, ustaz dan ustazahnya adalah AJK masjid terbabit.

Boleh tengok album majlis Jom Sunat 4.0 di sini.

Masjid Asshakirin pula merupakan masjid di kampung halaman Dr. Ruhaizad, yang mana bapa beliau adalah AJK masjid tersebut. Semasa beliau balik bercuti, beliau berkesempatan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat kampung setempat.

Boleh tengok album majlis Khatan Perdana di sini.

80 orang kanak-kanak telah disunatkan pada kedua-dua majlis tersebut, yang mana ia dimeriahkan lagi oleh pemimpin setempat, siap dengan pancuran air bomba sebagai pembuka majlis.

Semoga program seumpama ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

Anda ingin majlis khatan beramai-ramai diadakan di tempat anda? Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut di 010-9314190.

Selamat kembali ke sekolah!

Bolehkah dengan bersunat tingkatkan kesuburan lelaki?

Minggu lepas saya didatangi seorang jejaka tampan di Klinik Sabah. Beliau telah berumahtangga selama 7 tahun, namun nasib beliau kurang baik apabila belum lagi dikurniakan cahaya mata, walaupun telah bermacam-macam cara digunakan untuk mendapatkan anak.

Apabila ditanya, beliau pernah mengambil supplemen makanan tambahan untuk kesuburan lelaki dan juga makanan tambahan untuk kesuburan isterinya selama lebih 3 tahun. Beliau dan isteri pernah juga pergi berjumpa dengan bidan kampung untuk berurut dan mengambil makanan herba yang disyorkan oleh orang-orang tua untuk memudahkan kehamilan isteri beliau. Beliau juga pernah mencuba  banyak produk jualan langsung, tak kira online ataupun offline untuk memudahkan beliau mendapat anak. Namun semuanya tidak berhasil.

Mungkin tinggal satu sahaja lagi ikhtiar yang beliau belum buat, iaitu mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar kesuburan. Beliau beritahu yang memang beliau ingin membuat temujanji berjumpa dengan pakar, tetapi beliau rasa lebih selesa jika pada waktu pertemuan dengan doktor pakar, beliau telah bersunat.

Iya lah, apabila anda telah mencuba bermacam-macam cara untuk mendapatkan anak  selama 7 tahun namun belum berhasil, apakah yang anda rasa? Pasti kecewa kan? Sebab itulah beliau berjumpa dengan saya pada minggu lepas untuk mendapatkan perkhidmatan bersunat sebagai persediaan.

Apabila diperiksa, beliau berumur dalam awal 30-an. Tidak obes dan tidak merokok. Dari segi luaran, memang beliau kelihatan sihat. Alat kemaluan beliau juga adalah normal. Tidak mengalami masalah ereksi.

Bersunat dan kesuburan lelaki

Para saintis baru-baru ini membuat kesimpulan bahawa sunat dapat membantu kemandulan pada lelaki yang menderita dua penyakit yang sangat spesifik.

Yang pertama, phimosis, iaitu apabila lelaki tidak dapat menarik balik kulup. Kulit kulup terlalu ketat di sekitar kepala zakar dan dengan itu boleh mengakibatkan ketidaksuburan. Lazimnya, phimosis ditemui pada pesakit yang juga menderita diabetes. Dengan menyunat zakar dalam kes pesakit dengan phimosis, kulup dikeluarkan, menghapuskan faktor utama yang menyumbang kepada ketidaksuburan.

Penyakit kedua yang mungkin di mana bersunat dapat membantu ketidaksuburan adalah pada pesakit dengan balanitis. Penyakit ini adalah keradangan kelenjar pada zakar. Lelaki yang mengalami balanitis mempunyai zakar yang boleh menjadi gatal, merah dan meradang. Sekiranya kepala zakar sentiasa ditutup dengan kulup, penyakit ini sukar untuk disembuhkan. Walau bagaimanapun, apabila kulit yang menutup kepala zakar dikeluarkan, gejala-gejala ini bertambah baik. Kedua-dua phimosis dan balanitis, yang diketahui menyebabkan kemandulan, boleh disembuhkan dengan mempunyai zakar yang disunat.

Mengurangkan risiko mendapat STD (sexual transmitted disease)

Jika ketidaksuburan anda tidak berpunca daripada balanitis atau phimosis, adakah masih berbaloi untuk disunat? Terdapat beberapa manfaat kesihatan tambahan yang berkaitan dengan bersunat. Bersunat dapat membantu mencegah penyebaran banyak STD virus, seperti HIV, HPV dan herpes. HPV telah diketahui menyebabkan ketuat kemaluan dan kanser serviks.

Para saintis mengatakan teori bahawa dengan memiliki kulup pada laki-laki yang tidak disunat, kulit tambahan bertindak sebagai reservoir pengumpulan sejenis rembesan. Kerana banyak STD virus yang ditularkan melalui rembesan, reservoir yang dijangkiti virus ini dapat membantu membawa kepada penyebaran penyakit.

Selain itu, kerana lokasi kulup pada zakar yang akhirnya menjadi kolam reservoir virus ini, masa hubungan intim seseorang yang mungkin ada virus itu meningkat. Apabila masa hubungan ini meningkat dengan pasangan, peluang menyebarkan penyakit juga bertambah. Dengan mengeluarkan takungan yang dicipta oleh kulup, ia secara berkesan menghapuskan kedua-dua pengumpulan virus itu, serta mengehadkan masa hubungan. Ini, seterusnya, mengurangkan kemungkinan bahawa penyakit itu akan tersebar.

Para saintis telah mengesahkan teori ini melalui tiga percubaan yang ditaja kerajaan yang dijalankan di tiga lokasi berbeza. Amat mengagumkan, saintis mendapati bahawa kadar jangkitan HIV menurun sebanyak kira-kira 60 peratus pada lelaki berkhatan berbanding dengan yang tidak.

Kurangkan Risiko Kanser

Walaupun diakui ia sangat jarang berlaku, terdapat satu bentuk kanser zakar yang dipercayai disebabkan oleh papillomavirus manusia, atau HPV. Kerana zakar yang disunat mengurangkan penghantaran virus HPV dan adalah munasabah untuk percaya bahawa ini akan mengurangkan kemungkinan kanser zakar. Apabila diukur di seluruh populasi lelaki, kanser zakar hampir tidak wujud pada lelaki yang disunat. Di samping itu, HPV juga dikaitkan dengan kanser serviks, dan sering pasangan wanita lelaki yang disunat mempunyai risiko kanser serviks yang lebih rendah.

Semoga penyembuhan luka sunat beliau berjalan lancar dan dipermudahkan untuk beliau mendapatkan cahaya mata yang ditunggu-tunggu.