Hypospadias: Simptom-simptom dan komplikasi pada kanak-kanak

Hypospadias dan komplikasi kepada kanak-kanak jika ia tidak diperbetulkan

Hypospadias adalah masalah di mana pembukaan uretra tidak berada di hujung zakar. Uretra adalah tiub yang membawa air kencing dari pundi kencing ke bahagian luar badan. Dengan hypospadias, hujung tiub lebih rendah di bahagian bawah zakar atau mungkin di skrotum.

Lipatan kulit di bahagian atas zakar (kulup) juga tidak terbentuk dengan normal. Hypospadias boleh menghalang aliran air kencing yang normal. Ia boleh menyebabkan masalah dengan aliran air mani di kemudian hari. Ini boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki.

Simptom – simptom hypospadias yang berlaku pada kanak-kanak boleh sedikit berbeza antara satu sama lain. Ia termasuklah;
1. Zakar dan kulit kulup kelihatan tidak normal
2. Aliran air kencing yang tidak normal
3. Hujung zakar melengkung ke bawah

Hypospadias boleh dirawat dengan pembedahan yang selalunya dibuat ketika bayi berumur 6 hingga 24 bulan. Ini adalah kerana kadar pertumbuhan zakar pada waktu ini adalah minimum. Mereka tidak boleh disunat semasa lahir kerana kulit kulup akan diperlukan untuk memperbaiki zakar.

Jika tidak dirawat dengan betul, mereka mungkin akan mengalami masalah ini ketika sudah besar:
1. Aliran air kencing mungkin akan keluar pada arah bukaan air kencing atau tersembur ke pelbagai arah.
2. Apabila mereka membesar, zakar mereka mungkin akan melengkung. Ini boleh menyebabkan gangguan hubungan seksual di kemudian hari.
3. Sekiranya bukaan urethra lebih dekat kepada skrotum atau perineum, mereka mungkin menghadapi masalah dengan kesuburan di kemudian hari.

Sila bawa anak anda untuk berjumpa doktor jika mereka mengadu yang aliran air kencing tidak lurus, bengkok-bengkok atau tersembur ke merata tempat sewaktu kencing.

Pastikan mereka dapat berjumpa dengan doktor pakar pembedahan kanak-kanak dan elakkan dari mereka disunat dengan cara yang biasa. Ini kerana kulit kulup mereka akan digunakan untuk memperbaiki masalah hypospadias tersebut.

7 cara membasuh tangan yang betul

Tidak dinafikan lagi bahawa membasuh tangan ini memang sangat penting. Mungkin anda rasa tangan anda kelihatan bersih jika dilihat secara mata kasar, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

Kenapa membasuh tangan perlu dititikberatkan?

Tangan merupakan salah satu pembawa utama bakteria dan tangan ianya kerap menyentuh pelbagai permukaan setiap hari. Oleh itu, membasuh tangan perlu dilakukan dengan kerap, tidak kira anda dimana. Membasuh tangan memang kelihatan agak mudah, namun tidak semua mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Jika tidak dilakukan dengan cara yang betul, maka kesannya tidak begitu efektif.

Tahukah anda, bakteria mampu bertahan selama 3 jam di permukaan tangan?

Anda perlu membasuh tangan sekerap yang mungkin menggunakan air dan sabun apabila:

  1. Selepas menggunakan tandas
  2. Selepas mengendalikan sisa makanan
  3. Selepas menghembus hingus
  4. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
  5. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

Bagaimana cara membasuh tangan yang betul?

Terdapat tujuh langkah yang perlu anda iikuti semasa membasuh tangan :

Cara membasuh tangan betul seperti yang disarankan oleh Kesihatan Kementerian

Selain daripada membersihkan tangan anda, kaedah membasuh tangan yang betul ini juga mampu mengurangkan risiko Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang makin menular di kalangan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak disebabkan oleh kebersihan yang kurang terjaga.

Untuk informasi yang lebih lanjut, anda bolehlah merujuk kepada beberapa laman sesawang berikut:

www.myhealth.gov.my 

updates.moovit.com

www.highspeedtraining.co.uk

#sunathome2u #kliniksabah