Umur sudah 50 tahun doc. Masih boleh sunat kah?

Antara soalan yang kerap saya terima dari pesakit dan klien yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Antara mereka yang berumur lanjut ini ada yang baru memeluk Islam. Ada yang sudah pernah bersunat cara kampung dulu-dulu, tapi nampaknya kulit kulup masih banyak. Ada juga mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu ingin merasakan kebersihan yang lebih baik bila bersunat.

Saya sentiasa menjawab yang mereka semua masih boleh bersunat, namun ia ada syarat.

Antara syarat yang selalu saya beri adalah untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis. Penyakit yang amat biasa untuk mereka yang sudah berumur. Untuk mereka yang ada kencing manis, paras gula dalam darah amat perlu dijaga dengan baik. Fasting blood sugar selalunya saya sarankan untuk berada pada paras di bawah 6 mmol/L.

Kawal pemakanan dan elakkan dari minum minuman yang bergula. Buat senaman yang sesuai sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu.

Jika paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik (mungkin lebih dari 10 mmol/L, fasting), proses penyembuhan luka akan mengambil masa yang lebih lama. Malah ia boleh jadi lebih teruk jika jangkitan kuman berlaku kerana paras gula yang tinggi menyebabkan kuman suka untuk membiak di kawasan luka.

Luka yang sembuh dengan lambat boleh menyebabkan kawasan penyembuhan mengalami secondary healing dan kulit mungkin menjadi fibrosis.

Prosedur sunat hanya akan dilakukan selepas pesakti berjaya mengawal gula dalam darah dengan baik, untuk mengelakkan komplikasi pada luka selepas sunat.

Umur paling tua yang pernah saya sunat ialah 65 tahun. Tiada masalah penyembuhan selagi pesakit kencing manis menjaga paras gula dalam darah dengan baik.

2 thoughts on “Umur sudah 50 tahun doc. Masih boleh sunat kah?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.