“KULIT SAYA LUKA DAN RETAK SEDIKIT BILA DITARIK KE BELAKANG?”
Ini adalah antara masalah kulit kulup yang biasa Sunat Home temui. Kulit yang sempit di hujung akan menyukarkan untuk ia ditarik ke belakang apabila hendak dibersihkan. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumah tangga.
Hubungan intim suami isteri juga boleh menyebabkan kulit hujung tersebut luka, dan akan menyebabkan sakit. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit kulup dan mengakibatkan bengkak.
Apabila itu berlaku, memang agak sukar untuk membersihkan kawasan dalam kulit kepala tanpa rasa sakit. Ada kemungkinan ubat antibiotik perlu diberi sekiranya jangkitan bakteria menyerang luka kulit yang merekah itu.
Salah satu cara untuk merawat masalah yang ramai lelaki dewasa hadapi ini adalah dengan bersunat.
Sunat Home menyediakan perkhidmatan bersunat menggunakan laser dengan privasi yang tinggi. Kami juga boleh buat sunat di rumah atau hotel (dalam kawasan Kota Kinabalu) sekiranya kita malu untuk datang ke Klinik Sabah.
PM kami direct 019-821 0224 untuk booking sunat.
Semenanjung ada tak?
Hello Lia,
Buat masa ini belum ada cawangan kami di Semenanjung, tetapi boleh tanya dengan mana-mana klinik swasta yang buat prosedur sunat. Mungkin mereka boleh membantu.