Perkhidmatan sunat lelaki di rumah atau hotel sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah

Oleh kerana ramai betul jejaka hensem dan pemalu yang tidak selesa datang ke klinik untuk bersunat, maka dengan ini kami akan memulakan semula sunat di luar klinik selepas dua tahun tergendala akibat pandemik.

perkhidmatan sunat outdoor (sunathome)

Sunat boleh dilakukan samada di rumah atau di hotel yang berdekatan dengan klinik.Adalah lebih bagus jika tempat bersunat tu dalam lingkungan 10km dari klinik untuk memudahkan doktor bergerak.

Sunat juga akan dilakukan pada waktu siang sahaja selepas jam 2 petang, kerana waktu malam kurang sesuai.

Prosedur akan dijalankan oleh doktor dengan seorang pembantu perubatan (Medical Assistant) supaya proses sunat berjalan lancar.

Selepas sunat, kita akan bekalkan dengan ubat-ubatan supaya luka sunat lekas sembuh.

Boleh hubungi talian Whatsapp kami di 012-9074190 untuk maklumat lanjut.

Hypospadias: Simptom-simptom dan komplikasi pada kanak-kanak

Hypospadias dan komplikasi kepada kanak-kanak jika ia tidak diperbetulkan

Hypospadias adalah masalah di mana pembukaan uretra tidak berada di hujung zakar. Uretra adalah tiub yang membawa air kencing dari pundi kencing ke bahagian luar badan. Dengan hypospadias, hujung tiub lebih rendah di bahagian bawah zakar atau mungkin di skrotum.

Lipatan kulit di bahagian atas zakar (kulup) juga tidak terbentuk dengan normal. Hypospadias boleh menghalang aliran air kencing yang normal. Ia boleh menyebabkan masalah dengan aliran air mani di kemudian hari. Ini boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki.

Simptom – simptom hypospadias yang berlaku pada kanak-kanak boleh sedikit berbeza antara satu sama lain. Ia termasuklah;
1. Zakar dan kulit kulup kelihatan tidak normal
2. Aliran air kencing yang tidak normal
3. Hujung zakar melengkung ke bawah

Hypospadias boleh dirawat dengan pembedahan yang selalunya dibuat ketika bayi berumur 6 hingga 24 bulan. Ini adalah kerana kadar pertumbuhan zakar pada waktu ini adalah minimum. Mereka tidak boleh disunat semasa lahir kerana kulit kulup akan diperlukan untuk memperbaiki zakar.

Jika tidak dirawat dengan betul, mereka mungkin akan mengalami masalah ini ketika sudah besar:
1. Aliran air kencing mungkin akan keluar pada arah bukaan air kencing atau tersembur ke pelbagai arah.
2. Apabila mereka membesar, zakar mereka mungkin akan melengkung. Ini boleh menyebabkan gangguan hubungan seksual di kemudian hari.
3. Sekiranya bukaan urethra lebih dekat kepada skrotum atau perineum, mereka mungkin menghadapi masalah dengan kesuburan di kemudian hari.

Sila bawa anak anda untuk berjumpa doktor jika mereka mengadu yang aliran air kencing tidak lurus, bengkok-bengkok atau tersembur ke merata tempat sewaktu kencing.

Pastikan mereka dapat berjumpa dengan doktor pakar pembedahan kanak-kanak dan elakkan dari mereka disunat dengan cara yang biasa. Ini kerana kulit kulup mereka akan digunakan untuk memperbaiki masalah hypospadias tersebut.

Mesin Sunat Laser

“Doc, mesin sunat kaedah laser ni macamana bentuknya?”

Masih mencari tempat terbaik untuk bersunat/berkhatan di area Kota Kinabalu, Sabah?

Hubungi kami untuk dapatkan tarikh appointment anda!

Peserta sunat termuda 2021

Sunat kanak-kanak yang bernombor ke-2000. Berumur 4 tahun, sangat tenang dan bagi kerjasama ketika disunat. Tahniah adik! Semoga menjadi anak yang soleh dan bermanfaat kepada masyarakat kelak 🤗🙏

Mencari tempat terbaik untuk sunatkan anak lelaki anda di area Kota Kinabalu? Hubungi kami melalui whatsapp untuk buat appointment terlebih dahulu.

Bearing pada kawasan kemaluan boleh dibuang ke doc?

Hari ni dapat peluang untuk buat prosedur membuang “bearing” yang ditanam oleh pesakit hampir 7 tahun lalu.

“bearing” yang ditanam oleh pesakit 

Bearing sebegini adalah agak “common” untuk mereka yang menghuni institusi pemulihan seperti penjara dan pusat tahanan. Ia dibuat dengan menggunakan acrilic dari tangkai berus gigi yang telah dipotong dan dibentuk mengikut citarasa sendiri.

Oleh kerana abang ni nak berkahwin, dia telah diarahkan oleh pasangannya untuk membuang bearing tersebut kerana ia menyakitkan pasangannya sewaktu melakukan hubungan intim.

Ada juga bearing yang menggunakan logam, yang mana ia juga disimpan pada kawasan intim lelaki.

Mau buang bearing? Hubungi kami untuk berbincang.
Maklumat anda dirahsiakan.

Mencari tempat bersunat untuk kanak-kanak di area Kota Kinabalu

Sunat kana-kanak bawah 12 tahun

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat sunat untuk anak-anak anda, boleh lah terus hubungi (whatsapp/call) kami untuk buat appointment di 010 931 4190

Kaedah yang digunakan adalah menggunakan laser. Kesan lebih cepat, bersih dan selesa.

Feedback sunat

Minggu lalu, Sunathome2u menerima beberapa kunjungan daripada ibubapa untuk tujuan sunat anak-anak mereka.

Ini adalah salah satu feedback  ibubapa yang menghantar 3 orang anak lelakinya untuk sekaligus bersunat di Sunathome2u. Gambar ini sendiri dihantar oleh ibubapa tersebut dan menyatakan rasa gembira kerana dapat melaksanakan misinya.

Terima kasih kerana mempercayai khidmat kami!

 

Klinik Sabah dibuka seperti biasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dari 18-31 Mac 2020

KLINIK SABAH DIBUKA SEPERTI BIASA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DARI 18-31 MAC 2020

Untuk pengetahuan anda, sebagai salah sebuah institusi kesihatan swasta yang memainkan peranan penting dalam proses penjagaan dan perawatan awal kesihatan setiap rakyat Malaysia, klinik kami akan terus dibuka sepanjang tempoh tersebut.

Ini kerana, kami ingin membantu mengurangkan beban dan tugas klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang sekarang sedang bertungkus-lumus bekerja keras untuk menghadapi krisis penularan COVID-19 ini.

Jika semua klinik swasta tutup, ia akan menyebabkan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kesihatan ringan dan biasa akan menyesakkan lagi institusi kerajaan yang ada.

Jika keadaan kesesakan di institusi kerajaan ini bertambah teruk, ia boleh menyebabkan pesakit-pesakit tersebut terdedah dengan virus COVID-19 dan keadaan yang sesak juga boleh menyebabkan beban tugas kakitangan KKM bertambah teruk.

Oleh itu, jika anda tidak sihat dan TIDAK TERDEDAH dengan mereka yang dikhuatiti dijangkiti COVID-19, boleh datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Pada masa yang sama, ikutilah nasihat kerajaan untuk mengamalkan “social distancing”, duduk di rumah sepanjang tempoh tersebut, luangkan lebih masa bersama keluarga dan elakkan dari keluar ke tempat-tempat yang ramai orang.

Klinik Sabah beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh kawalan pergerakan
Sila jaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Bersama-samalah kita berusaha menghadapi
cabaran ini dengan tenang.
#kliniksabah #sunathome2u

7 cara membasuh tangan yang betul

Tidak dinafikan lagi bahawa membasuh tangan ini memang sangat penting. Mungkin anda rasa tangan anda kelihatan bersih jika dilihat secara mata kasar, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

Kenapa membasuh tangan perlu dititikberatkan?

Tangan merupakan salah satu pembawa utama bakteria dan tangan ianya kerap menyentuh pelbagai permukaan setiap hari. Oleh itu, membasuh tangan perlu dilakukan dengan kerap, tidak kira anda dimana. Membasuh tangan memang kelihatan agak mudah, namun tidak semua mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Jika tidak dilakukan dengan cara yang betul, maka kesannya tidak begitu efektif.

Tahukah anda, bakteria mampu bertahan selama 3 jam di permukaan tangan?

Anda perlu membasuh tangan sekerap yang mungkin menggunakan air dan sabun apabila:

  1. Selepas menggunakan tandas
  2. Selepas mengendalikan sisa makanan
  3. Selepas menghembus hingus
  4. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
  5. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

Bagaimana cara membasuh tangan yang betul?

Terdapat tujuh langkah yang perlu anda iikuti semasa membasuh tangan :

Cara membasuh tangan betul seperti yang disarankan oleh Kesihatan Kementerian

Selain daripada membersihkan tangan anda, kaedah membasuh tangan yang betul ini juga mampu mengurangkan risiko Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang makin menular di kalangan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak disebabkan oleh kebersihan yang kurang terjaga.

Untuk informasi yang lebih lanjut, anda bolehlah merujuk kepada beberapa laman sesawang berikut:

www.myhealth.gov.my 

updates.moovit.com

www.highspeedtraining.co.uk

#sunathome2u #kliniksabah