Program Khatan Percuma Taman Tun Mustapha, Kudat

UPDATE: Program Khatan Percuma untuk anak-anak asnaf/peribumi di Pulau Banggi dan Balambangan, Taman Tun Mustapha, Kudat.

Tinggal lebih kurang dua bulan lagi untuk program yang julung kali saya nak buat dengan bantuan abang Laili Basir (HUGS Project) ni.

So far, alhamdulillah, ramai insan-insan dermawan yang telah memberikan sumbangan kepada projek ini. Jutaan terima kasih kepada semua penderma sama ada yang saya kenal maupun tidak, di atas sumbangan anda. Insyallah, saya dan team akan menyalurkan semua sumbangan anda kepada mereka yang memerlukan.

Memang objektif asal kami ialah nak bantu anak-anak asnaf/peribumi di pulau-pulau terbabit bersunat dengan selesa dan selamat, kerana khidmat sebegini rupa amatlah jarang mereka dapat. Jika ada pun kemungkinan ia dilakukan oleh tok mudim yang tidak bertauliah ataupun perlukan kos yang tinggi untuk mereka keluar dari kampung bagi mendapatkan perkhidmatan sunat dari pusat kesihatan terdekat.

Saya telah mendapat persetujuan daripada beberapa orang pakar bedah dan pegawai perubatan yang bertauliah dari institusi awam dan swasta untuk memberikan khidmat bakti kepada mereka sebagai sukarelawan dalam program ini. Diharapkan mereka dapat diberikan cuti dari ketua jabatan supaya kepakaran mereka dapat dimanfaatkan oleh golongan terpinggir seperti ini.

Bersyukur juga kepada Ilahi kerana projek ini juga telah diberikan sokongan penuh daripada Lembaga Taman-Taman Sabah (Sabah Parks), yang menjadi “guardian” kepada Tun Mustapha Marine Park ini. Ia adalah satu kerjasama yang amat bermakna buat kami, kerana sokongan mereka amat diperlukan untuk memudahkan kami dari segi lojistik dan komunikasi dengan penduduk setempat.

Insyaallah, jika tidak ada aral, projek ini akan berlangsung dari 16-19 Ogos 2018 di Taman Tun Mustapha, Kudat. Seramai 40 orang anak-anak asnaf/peribumi akan dikhatankan.

Sekiranya ada lagi yang ingin menyumbang kepada tabung projek ini, bolehlah hubungi nombor yang tertera. Buat masa ini, sponsor untuk sunat sudah mencukupi, tetapi kami masih lagi boleh menerima sumbangan untuk tajaan belanja keperluan asas harian mereka sekeluarga.

Insyallah saya akan update perkembangan projek ini di sini.
*Klinik Sabah ialah affiliate SunatHome untuk perkhidmatan sunat moden menggunakan laser.
#hugsproject
#sunathome2u
#kliniksabah

8 Tips Penjagaan Luka Selepas Sunat

Hari ni saya nak share tentang penjagaan luka sunat pulak. Ada 8 tips penting yang perlu kita ketahui selepas menjalani pembedahan kecil sunat guna electrocautery laser ini di Sunat Home.
Kalau dulu, tips ini selalunya akan dikongsikan oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka yang bersunat. Tetapi sekiranya klien adalah seorang dewasa, kemungkinan besar tips-tips ini tidak diketahui.

Adalah penting untuk anda tahu tentang penjagaan luka sunat ini supaya luka yang sembuh akan jadi sempurna dan mengurangkan risiko jangkitan yang boleh melambatkan proses penyembuhan.

1. REHAT YANG CUKUP
Selepas sunat, adalah penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.

2. MAKAN UBAT
Anda akan diberi ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.

3. CUCI LUKA
Cuci luka sunat sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.

4. PANTANG MAKAN
Adalah bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil sewaktu penjagaan luka sunat.

5. MAKANAN YANG DISYORKAN
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam pun bagus untuk diambil.

6. JANGAN CABUT BENANG
Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh sempurna.

7. CECAIR KUNING DI KEPALA
Jika anda mengalami phimosis (glans penis melekat dengan kulup), anda mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Ia adalah normal dan ia bukan nanah. Ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.

8. RASA NGILU/SENSITIF
Adalah agak normal untuk anda berasa ngilu atau sensitif apabila kepala glans penis anda bergesel dengan seluar dalam yang dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu, apabila glans kepala sudah biasa.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat guna laser!

Macamana mau kasi sunat (khatan) kanak-kanak hyperaktif dan autism

“DOKTOR, ANAK SAYA SUSAH BETUL MAU DUDUK DIAM. MACAMANA LA MAU KASI SUNAT DIA?”

Antara masalah melakukan prosedur sunat kepada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun atau yang sudah berumur 7-12 tahun, tetapi mengalami masalah seperti ADHD, ialah mereka tidak boleh menerima arahan untuk duduk dan baring diam untuk prosedur sunat.

Adalah sangat susah untuk doktor melakukan prosedur sunat sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat memberikan kerjasama, kerana ada kebarangkalian doktor dan pembantu akan ditendang atau ditumbuk sebelum sempat ubat bius setempat diberi. Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, kemungkinan untuk dia menangis kuat dan meronta-ronta adalah tinggi, kerana mereka takut dan tidak mahu diberikan suntikan.

Salah satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan bius seluruh badan (general anesthesia) untuk beri mereka tidur, sewaktu prosedur sunat dijalankan. Namun, perkhidmatan bius seluruh badan tidak kami sediakan, kerana setting klinik kami tidak sesuai untuk prosedur sebegitu. Kami selalunya rujuk kes seperti ini ke hospital, supaya prosedur boleh dijalankan di dewan bedah.

Pilihan lain ialah dengan membiarkan kanak-kanak tersebut besar sedikit sehingga berumur 10-11 tahun. Pada waktu ini, kanak-kanak tersebut selalunya sudah lebih berani dan adalah lebih sesuai untuk dilakukan sunat tanpa bius seluruh badan.

Sunat Home menyediakan perkhidmatan bersunat untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak dengan teknik laser, untuk prosedur yang cepat, bersih dan selamat.

PM kami siring untuk maklumat lanjut.
019-8210224