Program Khatan Pada Cuti Sekolah 2015

Pada 19 November 2015, seramai 17 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Assakinah, Papar, datang ke Klinik Sabah untuk berkhatan. Kami berjaya menyelesaikan urusan berkhatan sebelum jam 5 petang menggunakan teknik Flashcutter Laser.

Anak-anak Yatim Rumah Assakinah, Papar
Anak-anak Yatim dari Rumah Assakinah, Papar

Pada 5 Disember 2015, seramai 44 orang anak-anak dari Kampung Lobou Timbua, dikhatankan. Majlis berakhir pada jam 2 petang dengan 3 orang mudim.

Pada 6 Disember 2015, seramai 54 orang anak-anak dari Kundasang dikhatankan di Masjid Jamek Kundasang.

Khatan beramai-ramai di Masjid Jamek Kundasang

Pada 19 Disember 2015, seramai 29 anak-anak dari Masjid Assalam Kampung Contoh, Putatan berjaya dikhatankan. Majlis diserikan dengan kehadiran pihak Bomba Kota Kinabalu untuk membantu merasmikan majlis tersebut.

Majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Assalam Kampung Contoh, Putatan

Program Jom Berkhatan 4, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 2014

Pada hari Sabtu yang lalu, 13 Disember 2014 telah berlangsung Program Jom Berkhatan Siri ke-4 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 23 orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-13 tahun telah berjaya dikhatankan oleh 3 orang doktor termasuk saya sendiri. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, dan kami berjaya menyelesaikan semua kanak-kanak menjelang waktu Zohor.

Program berkhatan beramai-ramai bersama Rumah Darul Bakti, Kota Belud

Pada bulan Mac 2013 yang lepas, kami telah berangkat ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud untuk melaksanakan program berkhatan beramai-ramai, anjuran Klinik Sabah dan Dr. Ruhaizad sendiri. Seramai 9 orang anak-anak telah selamat dikhatankan dalam tempoh masa yang singkat (3 jam sahaja) pada hari Ahad, 24 Mac 2013.

Di sini kami ingin kongsikan gambar-gambar sekitar program tersebut yang telah diambil oleh kakitangan rumah anak-anak yatim tersebut. Sekiranya pihak tuan/puan yang mewakili organisasi serupa, kami juga boleh menguruskan program khatan berkumpulan di tempat tuan/puan.