Hari ini nak kongsi pasal “telor” lelaki pulak. Kalau bersunat ni kita bercakap pasal kebersihan “burong”, “telor” lelaki ini juga satu anugerah tuhan yang perlu kita jaga kesihatannya. Ingat lagi dengan Lance Armstrong, jaguh lumba basikal yang pernah menang Tour-de-France 7 tahun berturut-turut (akhirnya kantoi doping)? Beliau adalah seorang “survivor” kanser buah zakar yang mana kanser beliau telah merebak ke hati dan paru-paru beliau, sebelum beliau memulakan kariernya dalam sukan basikal.
Jadi, kalau abang belum pernah cek “telor” abang sendiri, mulakan dengan hari ini selepas mandi. Sebab baru minggu lepas saya didatangi seorang klien sunat dewasa saya yang pernah saya sunat tahun lepas, datang untuk mengadu yang salah satu “telor” beliau terasa lebih keras dan ada benjolan berbanding “telor” beliau yang lagi satu. Jadi, saya nasihatkan untuk dia berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan (Urologist) di hospital pakar.
Pemeriksaan sendiri buah zakar adalah penting untuk pengesanan awal kanser buah zakar. Kaedah yang biasa dilakukan untuk pengesanan awal adalah dengan membuat periksaan setiap bulan.
Oleh kerana kanser buah zakar biasanya berlaku terhad kepada sebiji buah zakar sahaja, perbandingan antara satu buah zakar anda dengan yang satu lagi adalah sangat membantu. Adalah perkara biasa untuk salah satu buah zakar menjadi sedikit lebih besar daripada yang lagi satu. Tumpuan anda adalah untuk mengesan sebarang perubahan pada buah zakar dari bulan sebelumnya.
Apabila sampai akil baligh, semua lelaki harus menjalankan peperiksaan sendiri buah zakar setiap bulan dan bertanya kepada doktor untuk memeriksanya semasa pemeriksaan fizikal tahunan anda.
Bagaimana melakukan pemeriksaan sendiri buah zakar:
- Masa terbaik untuk peperiksaan sendiri adalah selepas mandi panas atau pancuran apabila kulit buah zakar adalah longgar.
- Periksa setiap buah zakar perlahan-lahan dengan kedua-dua tangan dengan menggolekkan buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk.
- Cari epididimis, struktur seperti tiub lembut di belakang buah zakar yang mengumpul dan membawa sperma. Jika anda sudah biasa dengan struktur ini, anda tidak akan kelirukannya dengan benjolan yang tidak normal.
- Cari sebarang benjolan atau ketidakseragaman. Perlu diingat bahawa ketulan itu boleh juga tidak menyakitkan.
- Cari apa juga perubahan dalam saiz, bentuk, atau tekstur. Ingat bahawa ia adalah normal untuk salah satu buah zakar sedikit lebih besar.
- Jika anda perasan ketulan atau sebarang perubahan seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu mendapatkan nasihat perubatan dan temujanji segera. Ingat bahawa kanser testis boleh merebak dengan cepat dan jika dikesan awal, ia adalah salah satu kanser yang paling mudahboleh diubati.
Sumber info: Testicular Cancer Awareness Foundation