Masalah keputihan pada lelaki dewasa – apakah jalan penyelesaian terbaik?

Kelmarin ada seorang jejaka berumur dalam lingkungan 30an datang ke klinik untuk berkhatan. Beliau mengalami masalah keputihan yang agak serius, yang mana ia telah menyebabkan kulit kulup beliau merekah, berdarah, gatal, menebal dan membengkak.

Beliau telah mengalami masalah yang sebegini sejak lebih kurang setahun yang lalu. Sebelum masalah keputihan yang serius ini berlaku, beliau sebenarnya mempunyai masalah kulit kulup yang agak sempit (phimosis), dan setiap kali mandi atau membersihkan diri, beliau mengalami kesukaran untuk menarik kulit kulup ke belakang untuk mencuci bahagian glans penis.

Pada kebiasaannya, proses pembersihan glans penis berjalan lancar. Kadang-kala beliau membersihkan glans penis dengan air bersih dan kadang-kala dengan sabun mandi.

Namun, pada satu hari, beliau agak kurang berhati-hati sewaktu melakukan pencucian. Kulit kulup beliau sedikit terkoyak semasa cuba menariknya ke belakang untuk mencuci. Selepas beberapa hari, kawasan kulit kulup yang terkoyak ini sedikit membengkak dan keradangan berlaku.

Apabila kulit kulup ini membengkak, beliau tidak lagi dapat menarik langsung kulit kulup ke belakang untuk dicuci. Ini mengakibatkan kegatalan pada kawasan glans penis dan kulit kulup, dan selepas beberapa minggu, beliau mendapati ada ketulan-ketulan putih keluar daripada hujung kulit kulup beliau.

Lama-kelamaan, ketulan-ketulan keputihan beliau semakin banyak dan berbau. Beliau rasa sungguh tidak selesa dan telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Setelah berjumpa dengan beberapa orang doktor di beberapa klinik, beliau diberi krim untuk disapu pada kawasan luka. Dengan krim tersebut, beliau mendapati ada sedikit perubahan yang bagus pada kawasan kemaluan beliau. Keputihan dan bau semakin kurang.

Namun, selang beberapa minggu masalah tersebut berulang semula. Sampai satu tahap, beliau berasa sangat gatal dengan bau yang betul-betul tidak menyenangkan. Sehinggakan isteri beliau menasihatkan untuk beliau pergi ke klinik untuk berkhatan.

Dengan berkhatan/bersunat, masalah yang beliau hadapi boleh diselesaikan.


Apa itu masalah keputihan pada lelaki dewasa?

Keputihan (smegma dalam Bahasa Inggeris) atau “palat” dalam sesetengah istilah Melayu adalah pengumpulan bahan yang dihasilkan dari minyak dan cecair yang dirembeskan oleh kelenjar  pada kawasan sekeliling glans penis bercampur dengan kulit mati.  Bahan ini boleh berkumpul dengan banyak di bawah kulit kulup lelaki yang tidak bersunat/berkhatan dan juga pada kawasan lipatan labia pada wanita.

Ia bukan satu gejala jangkitan kuman dari perhubungan seksual dan ia bukanlan satu satu keadaan yang serius. Dalam kebanyakan kes, penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang betul dan kerap boleh menghalang smegma ini menganggu aktiviti harian seorang lelaki.

Namun jika ia tidak dirawat, smegma ini boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dan pada segelintir lelaki, smegma ini boleh mengental dan mengeras lalu menyebabkan iritasi dan keradangan pada kawasan kemaluan. Pada sesetengah keadaan, kulit kulup boleh melekat dengan glans penis akibat keradangan tersebut.

Jika masalah smegma ini berterusan untuk satu jangkamasa yang lama dan ditambah pula dengan jangkitan bakteria atau yis, ia boleh menyebabkan keradangan kulit kulup dan glans penis berlaku. Keadaan ini dipanggil “balanitis” yang mana dengan berkhatan/bersunat adalah salah satu cara penyelesaiannya.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat/berkhatan untuk lelaki dewasa.

Kenapa saya tidak buat sunat untuk budak berumur 6 tahun dan ke bawah?

Waktu cuti sekolah akhir tahun yang lepas, ada ramai ibu bapa yang ingin anak-anak mereka yang berumur 6 tahun ke bawah disunatkan di SunatHome. Pada asasnya saya tidak menerima kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun untuk bersunat. Namun, setelah didesak oleh ibu bapa, saya terpaksa menerima kanak-kanak tersebut untuk bersunat, walaupun setelah saya terangkan semua risiko yang terlibat. Dan, seperti yang telah saya terangkan kepada mereka, hampir kesemua kanak-kanak yang dibawa oleh ibu bapa ini, gagal disunatkan.

Antara sebab kenapa kanak-kanak pada umur di bawah 6 tahun sukar disunatkan ialah tiada kerjasama dari kanak-kanak tersebut sewaktu prosedur dijalankan. Mereka tidak dapat berbaring dengan tenang dan diam. Mereka sangat mudah untuk menangis dan menjerit ketika suntikan diberikan. Mereka juga akan mudah meronta-ronta, walaupun ada ibu bapa di sisi. Malah ada juga kanak-kanak yang menendang, menumbuk dan mengigit saya ketika prosedur sunat ingin dijalankan.

Jika dipaksa juga untuk disunatkan, ada risiko besar yang boleh menyebabkan kecederaan pada kawasan kemaluan, yang mana ia adalah satu risiko yang saya ingin elakkan. Selain kecederaan serius, pendarahan yang banyak juga boleh berlaku sewaktu prosedur dijalankan. Ini akan menyebabkan luka menjadi lambat untuk sembuh dan jangkitan boleh berlaku.

Jika sunat berjaya dilakukan dengan paksaan (mungkin ada pembantu yang ramai boleh memegang pesakit dari bergerak), ada kemungkinan juga proses penyembuhan akan mengambil masa yang lebih lama kerana kanak-kanak ini akan tidak mahu luka disentuh atau dibersihkan oleh ibu bapa di rumah. Ini boleh menyebabkan luka bertambah teruk dan yang paling serius ialah jika berlaku jangkitan kuman.

Jadi adalah lebih selamat dan bagus sekiranya kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah tidak dibawa bersunat atas faktor keselamatan. Julat umur yang bagus untuk disunatkan ialah pada umur 8-10 tahun (di Malaysia), yang mana pada umur sebegini, kanak-kanak boleh mendengar dan mengikuti arahan supaya bertenang sewaktu bersunat. Mereka juga sudah lebih berani dan boleh memberikan kerjasama yang bagus ketika bersunat.

Jika anda ingin anak-anak anda disunatkan lebih awal, saya sarankan untuk kanak-kanak lelaki disunatkan pada umur di bawah 3 bulan (sewaktu bayi), dan ia dilakukan di hospital oleh pakar bedah kanak-kanak.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang sunat/khatan untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak menggunakan teknik electrocautery laser.

Terima kasih kerana mempercayai kami di SunatHome!

Alhamdulillah, baru dapat masa sedikit untuk menulis post di blog ini. Selama lebih kurang dua bulan, saya agak sibuk mengkhatankan/menyunatkan hampir 400 orang kanak-kanak dan dewasa lelaki dari bukan November sehingga Disember 2018 yang lepas.

Terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua klien Klinik Sabah dan SunatHome kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memberikan perkhidmatan khatan/sunat terbaik untuk anak-anak lelaki anda. Semoga mereka semua sudah sembuh dan sihat untuk menjalani tahun baru di sekolah dengan baik.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa facebook post dari klien yang telah datang untuk mendapatkan perkhidmatan sebagai testimoni. Insyaallah, tahun depan kita akan buat lebih baik supaya lebih ramai mendapat manfaat!

Hubungi kami di SunatHome untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bersunat lelaki dewasa dan kanak-kanak dengan teknik cautery laser di 010-9314190.

3 Perkara yang perlu diberi perhatian, 24 jam selepas bersunat/berkhatan

Selalunya selepas prosedur bersunat/berkhatan selesai, doktor akan membekalkan ubat-ubatan yang diperlukan untuk dibawa balik ke rumah. Ubat-ubat tersebut boleh terus dimakan untuk memberikan keselesaan kepada anda daripada rasa sakit dan untuk mengelakkan luka dari dijangkiti kuman.

24 jam pertama selepas bersunat adalah tempoh yang penting untuk anda berehat. Ini kerana dengan berehat, luka sunat akan lebih cepat untuk membaikpulih. Jika anda kurang berehat, banyak berjalan atau melakukan aktiviti yang berat, ia boleh menyebabkan penyembuhan luka terganggu.

Jika dalam tempoh 24 jam selepas bersunat, 3 perkara ini berlaku, cepat-cepat hubungi kembali tempat yang mana anda bersunat.

1. Pendarahan yang banyak (Excessive bleeding)

Selepas bersunat, doktor akan membalut luka dengan gauze untuk melindungi luka dan menyerap titisan darah yang masih ada pada kulit yang dipotong. Selalunya darah yang menitis adalah sangat sedikit dan akan berhenti keluar dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya masih ada sedikit darah yang keluar, sila ambil tisu kering atau tuala kecil yang bersih dan tekan pada tempat pendarahan untuk 3-5 minit. Selalunya pendarahan kecil akan berhenti dengan teknik “compression” ini.

Sekiranya selepas 24 jam darah masih mengalir, gauze pembalut menjadi basah oleh darah tersebut dan nampaknya tidak berhenti dengan sendiri, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan doktor yang melakukan sunat tersebut.

2. Pembengkakan / Swelling / Hematoma / Bentan (istilah Melayu)

Selalunya selepas bersunat, kawasan luka sunat boleh membengkak sedikit akibat daripada suntikan bius yang diberi pada kawasan luka ataupun pembuluh darah yang pecah di bawah kulit (hematoma) yang tidak menyebabkan pengaliran darah keluar dari luka.

Sekiranya dalam tempoh 24 jam, pembengkakan ini dilihat semakin besar dan terasa sangat sakit apabila disentuh, ada kemungkinan pendarahan berlaku di bawah kulit dengan banyak. Sila berjumpa dengan doktor merawat untuk “evacuate” darah beku dari bawah lapisan kulit dan memberhentikan pembuluh darah yang menyebabkan pendarahan ini.

3. Sakit berdenyut-denyut (throbbing pain)

Kadang-kala selepas bersunat, luka sunat tidak membengkak dan tidak juga nampak ada pendarahan, tetapi terasa sakit berdenyut-denyut. Ia boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur malam. Apa yang mungkin berlaku ialah pendarahan dalaman yang jauh di bawah kulit pada kawasan luka tanpa menyebabkan pengaliran darah keluar melalui luka yang dijahit.

Sekiranya anda berasa ada benjolan keras timbul pada kawasan atas atau bawah luka dan sakit berdenyut-denyut itu adalah pada benjolan tersebut, ia mungkin disebabkan pendarahan dalaman.

Sakit berdenyut-denyut tanpa ada pembengkakan atau pendarahan mungkin juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada luka. Luka nampak merah, bengkak dan sakit bila dipegang. Ia adalah jarang berlaku kerana selalunya doktor yang melakukan sunat akan memberikan ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat kurangkan bengkak yang akan mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

Sila berjumpa semula dengan doktor jika sakit berdenyut-denyut berterusan lebih 24 jam.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut mengenai sunat lelaki dewasa dan kanak-kanak.

Fakta Program Khatan Percuma, Taman Marin Tun Mustapha, Kudat

  1. Program ini julung kalinya dianjurkan bersama oleh HUGS Project dan SunatHome.
  2. Tujuan utama ialah membantu kanak-kanak dari Pulau Banggi dan Pulau Balambangan mendapatkan perkhidmatan bersunat/berkhatan secara percuma, kerana mereka amat sukar untuk mendapatkan khidmat seperti ini di tempat mereka tinggal.
  3. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh penderma-penderma yang budiman dari seluruh Malaysia yang percaya dengan misi dan visi HUGS Project & SunatHome.
  4. Program ini juga adalah sebagai salah satu CSR (Corporate Social Resposibility) oleh Klinik Sabah, affiliate bersama SunatHome.
  5. Seramai 34 orang kanak-kanak telah berjaya disunatkan oleh 5 orang doktor dengan dibantu oleh 10 orang sukarelawan yang bersedia berkhidmat tanpa bayaran.
  6. Perjalanan bot dari Kudat ke Pulau Banggi mengambil masa selama 1 jam.
  7. Perjalanan bot dari Kudat ke Pulau Balambangan juga satu jam. Cuma jika laut bergelora, perjalanan mengambil masa selama 2 jam.
  8. Hanya ada sebuah sekolah rendah sahaja di Pulau Balambangan. Tiada sekolah menengah. Tiada klinik kesihatan. Tiada balai polis. Tiada balai bomba.
  9. Kepulauan ini diketahui dihuni oleh buaya air masin yang ganas, namum masih belum ada dokumentasi dan imej yang jelas tentang spesis tersebut.
  10. Tammoyo Place ialah salah satu tempat penginapan/chalet di Pulau Banggi yang agak jauh tetapi berbaloi untuk mendapatkan pemandangan yang cantik.

Report: Program Khatan Percuma, Taman Marin Tun Mustapha, Kudat

Alhamdulillah, Program Khatan Percuma, Taman Marin Tun Mustapha, Kudat telah berlangsung dengan jayanya pada 17 & 18 Ogos lepas. Seramai 15 orang sukarelawan (perubatan dan bukan perubatan) telah meluangkan masa selama 4 hari 3 malam di perairan Kudat, Pulau Banggi dan Pulau Balambangan untuk mengkhatankan anak-anak golongan asnaf dan terpinggir dari suku kaum Ubian, Banggi dan Bajau.

Seramai 25 orang kanak-kanak telah berjaya dikhatankan di SMK Banggi, Pulau Banggi pada 17 Ogos. Dengan kerjasama pengetua sekolah, pihak sukarelawan perubatan dan bukan perubatan telah dapat melaksanakan proses khatan dengan lancar. Program khatan di sini tamat sebelum solat Jumaat.

Selepas siap program di Pulau Banggi, kami menaiki bot ke Pulau Balambangan. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam melalui laut yang sedikit bergelora disebabkan oleh angin yang kuat.

Di Pulau Balambangan, program khatan dilaksanakan di SK Balambangan, satu-satunya sekolah yang ada di pulau tersebut. Namun pada pagi program khatan tersebut, 18 Ogos, hanya ada 4 orang kanak-kanak sahaja yang datang daripada 12 nama yang tersenarai di dalam list. Sebahagian besar kanak-kanak tersebut berasal dari kampung bersebelahan, yang mana bila ditanya, rupa-rupanya bapa mereka tidak mempunyai duit untuk membeli minyak bot. Laut adalah satu-satunya jalan yang cepat dan selamat untuk mereka datang ke sekolah ini, namun akibat tidak mampu, mereka tidak berjaya datang pada waktu pagi.

Oleh itu, team kami pun pergi ke kampung mereka dan menjemput mereka yang ada dalam senarai untuk disunat bersama-sama dengan ibu mereka untuk datang ke sekolah untuk bersunat. Kami sambung lagi proses berkhatan pada waktu petang untuk menghabiskan lagi 6 kanak-kanak yang ketinggalan.

Selepas habis semua bersunat, mereka berjaya balik semula ke kampung mereka dengan bot yang telah dibiayai minyaknya oleh sukarelawan. Jumlah mereka yang bersunat ialah 9 orang pada hari kedua di Pulau Balambangan ini.









Sunat cuti sekolah bulan Ogos 2018

Cuti sekolah seminggu datang lagi. Bermula dari 18 Ogos hingga 26 Ogos, murid-murid sekolah akan bercuti. Cuti ini juga adalah sempena Hari Raya Aidiladha yang akan jatuh pada 22 Ogos 2018.

Sempena cuti sekolah ini, SunatHome akan membuka peluang untuk murid-murid sekolah bersunat pada hari Sabtu, 18 Ogos 2018. Dengan menggunakan electrocautery laser, luka sunat boleh sembuh dengan cepat dan selalunya murid-murid boleh bersekolah semula dalam masa seminggu.

Boleh hubungi kami di 010-9314190 untuk mendaptkan temujanji. Terhad kepada 10 orang murid sahaja!

Rasional Perlaksanaan Program Khatan Percuma Taman Tun Mustapha, Kudat

Taman Tun Mustapha, Kudat, Sabah merupakan Taman Marin Terbaru Malaysia yang mengandungi 56 buah pulau. Diantaranya adalah Pulau Banggi yang merupak pulau terbesar di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 30,000 orang. Manakala Pulau Balambangan pula adalah pulau paling unik dan kaya di Malaysia dari segi kepelbagaian geologi, hidupan liar dan marin, sejarah.

Kesemua pulau-pulau ini masih lagi dilitupi keindahan alam semulajadi dan masih lagi ramai rakyat Malaysia tidak sedar kewujudannya. Namun taraf kemudahan kesihatan mereka masih lagi jauh dari standard sebenar sebagai rakyat Malaysia.

Berkhatan pula adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang diwajibkan untuk semua Anak Lelaki sebelum mereka melangkah kegerbang Alam Dewasa. Prosedur kesihatan ini sebenarnya boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa mereka.

Berdasarkan kajian ringkas kami, berikut adalah maklumat yang kami terima:

  • Walaupun Pulau Banggi merupakan Pulau Terbesar di Malaysia, namun perkhidmatan kesihatannya masih lagi tidak mencukupi. Ianya disebabkan bentuk muka bumi yang sangat luas dan kemudahan pengangkutan darat dan laut yg masih kurang efektif.
  • Selain itu kekangan kemampuan kewangan sesetengah keluarga untuk melakukan prosedur ini juga adalah antara faktor penyebabnya.
  • Masih ramai lagi anak-anak lelaki yg telah mencecah usia dewasa namun masih lagi tidak berkhatan.
  • Berkhatan secara tradisi masih lagi dipraktikkan di sesetengah kawasan. Ada banyak kes tentang prosedur khatan yg tidak dilakukan dengan sempurna berlaku. Bila dewasa, mereka terpaksa melakukan sendiri di Klinik Kesihatan Swasta bagi memperbetulkan kesilapan yg berlaku sebelum ini.
  • Prosedur berkhatan adalah berkaitan penjagaan kesihatan bila mereka dewasa nanti dan bukan setakat ritual agama sahaja. Selain dari masyarakat Islam, khatam juga dilakukan oleh masyarakat Kristian dan akhir-akhir ini ianya telah popular di Eropah. Masih lagi ramai yang tidak faham maklumat ini.

Kami masih menerima sumbangan untuk program ini dijayakan. Boleh hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut.

Menyesal terikut-ikut kawan inject silikon dari mereka yang tak bertauliah?

Dalam tempoh seminggu ini, ada dua orang jejaka datang berjumpa dengan saya untuk bersunat, setelah menyesal terikut-ikut kawan meng”inject” kononnya silikon ke dalam batang zakar mereka.

Seorang berumur dalam 50-an, sudah berumahtangga dan seorang lagi dalam 20-an, masih bujang.

Hampir kesemua kes yang sebegini rupa, apabila datang berjumpa dengan saya, sunat/khatan tidak dapat dilakukan di klinik. Ini kerana ada pertambahan prosedur dalam sunat/khatan tersebut, iaitu “repair”.

Apabila batang zakar disuntik dengan silikon atau minyak mineral oleh mereka yang tidak bertauliah, akan berlaku ketidaksamarataan suntikan “filler” tersebut ke dalam kulit.

Ini mengakibatkan terhasilnya benjolan-benjolan tidak sekata pada batang zakar dan nampak tidak cantik.

Benjolan-benjolan (granulomatous lesion) inilah yang perlu dibuang oleh doktor pakar bedah palstik dan pakar bedah urology dalam proses “repair” batang zakar tersebut sebelum sunat dilakukan.

Sekiranya ada lagi kulit kulup yang boleh digunakan untuk “flap”, ia akan digunakan untuk menutup luka sunat. Tetapi sekiranya tiada kulit yang sesuai lagi, “skin graft” akan dilakukan – kulit dari bahagian badan lain akan digunakan untuk menutup luka yang diakibatkan oleh “granulomatous lesion” oleh suntikan silikon tersebut.

Jadi sekiranya anda datang ke klinik, saya akan tuliskan surat rujukan untuk berjumpa pakar bedah urology di hospital, kerana prosedur yang sukar ini tidak dapat dibuat di Sunat Home kerana adanya limitasi perkhidmatan, risiko pendarahan dan risiko “wound dehiscence” yang tinggi.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk informasi lanjut tentang sunat.

Ajak Kawan Bersunat dan dapatkan ganjaran tunai RM20!

  • Terbuka kepada semua klien DEWASA SunatHome yang PERNAH bersunat dengan kami dari tahun 2013 sehingga sekarang.
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pelajar dan murid sekolah tidak layak sertai.
  • Anda akan dibayar RM20 untuk setiap kawan yang datang ke SunatHome dan berjaya bersunat dengan kami.
  • Kawan anda juga akan diberikan diskaun istimewa RM20 jika memberitahu yang dia diajak oleh anda!
  • Komisen akan dibayar pada minggu pertama setiap bulan ke dalam akaun bank anda.
    Jika berminat untuk sertai, sila Whatsapp kami nama penuh, nombor IC, nama bank dan nombor akaun untuk memudahkan pembayaran komisen dilakukan.
  • Mulakan promosi dengan kawan-kawan dengan bercerita tentang pengalaman bersunat dan berkongsi faedah serta kebaikan bersunat dari segi kesihatan!

Tips-tips yang boleh digunakan untuk berkongsi dengan kawan-kawan pasal sunat:

  1. Ceritakan pengalaman sendiri pasal sunat dengan SunatHome.

    1. Kenapa nak bersunat, walaupun umur sudah dewasa?
    2. Kenapa pilih untuk bersunat dengan SunatHome?
    3. Apa kelebihan SunatHome berbanding klinik lain dari segi kemudahan bersunat untuk lelaki dewasa?
  2. Ceritakan pengalaman sewaktu prosedur sunat dijalankan.

    1. Apakah yang doktor pesan untuk dilakukan sebelum dan selepas bersunat?
    2. Bagaimanakah pengalaman bersunat dengan menggunakan “Electrocautery Laser”?
    3. Bagaimanakah pula cara-cara penjagaan luka selepas bersunat?
  3. Ceritakan kelebihan selepas luka sunat sembuh.

    1. Berapa lamakah masa yang diambil untuk luka sunat sembuh sepenuhnya?
    2. Apakah faedah-faedah kesihatan yang boleh didapati selepas bersunat?
    3. Bagaimanakah pula keadaan perhubungan intim dengan pasangan selepas bersunat?

Hanya Kongsi >> Terima >> Ulang!

Hubungi untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sunat untuk lelaki dewasa!