Tak ramai yang tau macamana nak jaga luka sunat dengan betul selepas bersunat. Untuk kanak-kanak, selalunya ibu bapa kurang pengetahuan tentang bagaimana untuk menguruskan luka sunat anak-anak mereka. Ditambah pula dengan kerenah anak-anak yang kadang-kadang terlalu manja dan tidak mahu pun luka disentuh, luka tersebut terdedah kepada jangkitan kuman kerana tidak dibersihkan dengan betul.
Apabila luka sunat tidak dicuci dan dibersihkan dengan betul, ia boleh menyebabkan luka tersebut dijangkiti kuman. Apabila dijangkiti kuman, luka tersebut akan berair, mungkin bernanah, berbau dan sakit. Ini juga akan menyebabkan tempoh penyembuhan luka menjadi lebih panjang. Dalam beberapa kes, luka tersebut perlu dijahit semula kerana ia terbuka tetapi belum melekat dengan betul selepas benang jahitan terputus.
Oleh itu penjagaan luka luaran sunat perlu dilakukan dengan betul supaya komplikasi yang tersebut di atas boleh dielakkan. Selain dari ubat yang dimakan, kami akan beri juga ubat-ubatan luaran “topical” untuk membersihkan kawasan luka dan mengelakkan jangkitan kuman.
Selalunya selepas sunat, luka akan dibalut oleh doktor untuk menyerap cecair serum dan darah dari luka sunat. Selepas 24 jam, balutan luka boleh dibuka perlahan-lahan. Jika kain kasa “gauze” melekat pada kawasan luka, basahkan kain kasa balutan tersebut dengan air suam dan bilas beberapa kali sehingga ia tertanggal dari kawasan luka.
Selepas itu, sapukan krim Neomycin 0.3% (berwarna putih) pada sekeliling kawasan luka. Ia berfungsi untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jika luka telah kering, ia tidak perlu dibalut. Tetapi jika luka masih sedikit basah, bolehlah dibalut dengan kain kasa “gauze” cuma jangan balut terlalu tebal atau ketat. Krim Neomycin ini boleh disapukan 2 kali sehari setiap kali selepas mandi.
Pada waktu malam sebelum tidur, selepas membersihkan luka, sila sapukan satu lapisan nipis Solcoseryl gel 10%. Ia berfungsi seperti gam kulit “skin glue” untuk “repair” luka tersebut supaya cepat sembuh.
Kurangkan pergerakan untuk 3 hari pertama selepas sunat. Hadkan aktiviti harian kepada aktiviti yang ringan – jangan bersukan atau mengangkat barang yang berat kerana ia boleh mengakibatkan luka susah untuk sembuh.
Juga makan ubat-ubatan yang telah diberi oleh doktor bersama-sama dengan ubat luaran yang tersebut di atas. Semoga luka anda lekas sembuh!
Dr.sy ada dptkan solcoseryl jelly dr farmasi utk ank sy yg telah bersunat pd 25/12..sy berminat utk follow tips dr dktr,memandangkan sudah hampir 4hari sunat,tp luka ank sy masih basah n merah..
Pertama sy meletakkan jelly ni,selepas beberapa minit,ank sy menjerit2 kesakitan..& sy dapati luka tersebut berair n berdarah..apekah punca & tindakbalas sebegini ya dktr?
Sy jd amat risaukn keadaan ank sy..
Assalamualaikum Siti. Jika berair dan berdarah, sila lap kawasan luka dengan tisu kering dan bersih. Solcoseryl selalunya tidak sebabkan tindakbalas sebegitu, sebab ia hanya berfungsi seperti gam untuk luka yang basah supaya cepat sembuh. Namun jika masalah berlarutan, boleh berjumpa semula dengan doktor yang buat sunat untuk pemeriksaan lanjut.
salam doktor,ank saya dh 3 hri sunat,boleh tak kalau luka saya cuci guna hydrocyn 500 ml..
Waalaikum salam. Ya boleh.
Assalamualaikum.doctor ada tak ubat tahan sakit ubat sapu krim ke ape untuk anak tidak tahan sakit dan jenis susah makan ubat..
Waalaikum salam. Ubat tahan sakit untuk besunat selalunya makan, samada dalam bentuk pil atau cecair. Boleh dibeli di farmasi juga. Anak kena belajar untuk makan/minum ubat supaya kurang sakit.
Hi doc.. anak saya sunat secara clamps.. sekarang sudah masuk hari ke 22.. luka sebelum ni bernanah.. dan doktor ada berikan antibiotik.. doktor sarankan utk tidak kenakan air pada luka tersebut.. tapi kawasan bernanah tu masih basah dibawah.
Saya ambil tindakan dgn merendam anak serta cuci luka tersebut..boleh ke luka tersebut saya sapu dengan cream ni? Sekarang saya cume sapu cnc yg diberi dan cuci menggunakan antiseptik
Ya, boleh gunakan krim atau oinment antibiotik untuk luka tersebut.
iya saya pun macam ni, sudah 2minggu belom sembuh..apa ubat yang berkesan yang dapat suruh luka sunat terus kering ?
Selalunya kita boleh balut luka dengan gauze untuk keringkan kawasan luka.
sya da sunat hampir sebulan tak kering2..n keluar lendir tapi tak bau
da guna woundcare hydrogel dgn air hydrocyn..ni ada kaitam dgn mknan atu apa2 ke??
Ada kemungkinan ada jangkitan kuman pada luka lalu menyebabkan ia lambat sembuh. Mungkin perlu krim antibiotik juga dari klinik.
assalammualaikum doc..ank sy dh 3 ari sunat tp dia kata rasa sakit sgt..dan slps bersunat xde balut..dn tmpat jahit bengkak skt..cm ner yer doc..
waalaikum salam. boleh beri dia ubat panadol untuk tahan sakit dan ubat bengkak dari farmasi sebelum cuci luka.
Assalammualaikum DOKTOR..anak saya sudah hari kelima sunat.pada hari kedua keluar cecair kekuningan dimana doktor bagitu ianya air bisa.hari ketiga kekuningan menutupi kepala zakar anak saya dan dia sakit.tapi lepas tu kekuningan tidak keluar lagi.masalahnya kekuningan masih melekat.nak cuci menangis sakit.saya juga telah merendam anak saya tetapi kekuningan masih tak keluar.saya juga ada menyapu krim chlorop.saya cuci kemaluan dengan air biasa sbb doktor yg sunat tak bekalkn ubat cuci luka.Apa ubat yg doctor boleh sarankan saya ubati luka anak saya..
Terima kasih Doktor.
Waalaikum salam. Mungkin boleh ambil ubat penahan sakit dan ubat antibiotik makan daripada doktor sekiranya perlu. Kadang-kala, jangkitan boleh menyebabkan proses penyembuhan luka pada kepala terganggu.
Assalamualaikum doktor..anak sy da 9hari sunat..tapi masih bengkak mengelembung mcm pelampung ,sy da jmp doktor yg sunat tu..jawapan nya efek bengkak tu sbb bgi ubat tahan sakit dose yg byk sbb tu jdi bengkak..bila sy minta ubat..doktor ckp tidak perlu..apa perlu sy buat hilangkan bengkak tu,dan ubat ape perlu saya beli kt farmasi.
waalaikum salam. Ya, selalunya bengkak akan ambil masa untuk sembuh sehingga 2-3 minggu. Jika tak sakit, tak mengapa. Jika sakit, boleh ambil panadol.
Assalamualaikum, Doc..anak saya dah seminggu sunat..tetapi zakar dia kelihatan mengelembung dan kemerahan, bolehkan saya guna ubat luka dan hydrocyn utk sapu pd bahagian mengelembung tu.
Waalaikum salam puan. Ya, boleh.
Assalamualaikum doktor ank sy hari kelima dah sunat..perlu ke sy tanggal kan kupin2 yg ada dekat zkar anak sy tu atau dye akn tanggal sendiri..
Waalaikum salam. Tak perlu tanggalkan keruping yang ada. Nanti dia akan tanggal sendiri selepas beberapa minggu.
Assalamualaikum Dr nak tanya..hari ni dh hari ke enam ank sy sunat,tp bawah zakar masih merah n mngelembung,kat atas dia ada hitam²..apa perlu sy buat ye?
Selepas sy cuci dengan hydrocyn boleh ke sapu skin fix cream
Waalaikum salam. Ya, cuma cuci kawasan luka dengan hydrocyn dan sapu krim. tak perlu buang keruping yg hitam2 pada sebelah atas dan gelembung akan ambil masa untuk sembuh.
Assalamualaikum doctor, anak saya da masuk hari kelima. Tapi balutan gauze masih tidak dapat di tanggal kerana melekat dengan kulit. Saya da rendam tp ade kepingan darah kering di sekitar dan atas gauze tu. Bile cabut anak berasa sakit dan pedih. Biarkan atau harus dicabut balutan itu?
Waalaikum salam. Lebih bagus kalau boleh buka balutan itu. Mungkin boleh rendam dalam air suam bercampur garam, dua kali sehari sehingga gauze tanggal.
Assalamualaikum doc.ank sy dah hari ke 5 bersunat.tp keruping sgt tebal &berwarna kuning di bhgian zakar.ada juga yg sudah kehitaman.ada x krim yg sesuai bg keringkn keruping tu.sbb agak lmbab.sy hanya cci dgn air suam serta bbuh cmc krim.
Waalaikum salam. Ya, memang boleh berlaku begini disebabkan anak mengalami phimosis. tak mengapa, teruskan dengan apa yg puan buat sebab ia adalah betul.
Doktor zakar Sya bernanah apa perlu Sya buat
Perlu berjumpa dengan doktor untuk mendaptkan rawatan lanjut.
assalamualaikum doc ank sy da 10 hri sunat keruping yg ad da tertanggal tp sy pelik ad drh yg keluar
lps kerupimg yg lastb tu tertanggal sy sapu gel hydrocin dn spray hydrocin tp drh mcm masih ad sikit dkt gel yg sy sapu tu ap perlu sy buat perlu ke sy truskn sapu gel hydrocin tu atay bjmpa dgn doc
waalaikum salam. Boleh bawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Dr anak sy dah hari ke 3 sunat..bah tgh ti mcm gelembung sikit..adakah sbb ubat bius..tp ank x sakit..cuma td ada darah..nk buat cmne Dr
Ya, ada kemungkinan ia adalah kesan ubat bius. Kalau tak sakit, ok. Boleh juga biarkan, nanti dia akan surut sendiri. Boleh juga bawa berjumpa semula dengan doktor yg buat sunat utk dapatkan ubat kurangkan bengkak.
Salam doc, anak saya sunat secara laser, jahitan terbuka..bila refer doc, beliau tak sarankan untuk jahit semula..apakah ubat sapu n cecair cucian yang terbaik untuk cepat kering n sembuh luka..boleh ke sapu Solcoseryl gel 10% terus pada luka yang terbuka? bantuan doc.tqvm
Waalaikum salam. Ya, boleh juga guna solcoseryl gel, cuma gel tu sudah tiada dalam production. Cecair cucian antiseptik yg boleh didapatkan di farmasi, tak kira brand pun ok.
Assalam Dr. Anak sy sudah hari ketujuh sunat. Bahagian bawah ada putih2 agak tebal. Adakah nanah? Macam mana nak hilangkan putih2 tu. Sy hanya rendamkan dgn air garam tapi masih tak boleh tanggal.
Waalaikum salam. Selalunya tak perlu buang lapisan putih di bawah kepala tu, sebab kalau dipaksa akan rasa sakit dan berdarah. Pastikan ia dicuci bersih dengan antiseptik dan sentiasa kering.
Assalamualaikum doktor… Hari ni masuk hr ke 4 ank sy bersunat… Doktor ckp xperlu letak apa2 ubat…. Memadai dgn penjagaan yg bersih shj… Betul ke doktor?
Waalaikum salam. Kalau luka bersih, tiada pendarahan dan jangkitan, ok juga kalau tak letak apa-apa ubat. Ubat yang diberi selalunya untuk extra precaution dari dijangkiti kuman.
Assalamualaikum Dr.. hari ni masuk hari ke-7 anak saya bersunat. Dr klinik prescribe gel fobancort untuk di sapu pada area jahitan sunat dan ubat cuci antiseptic. tapi masih belum ada keruping. kalau saya tukar kepada spray hydrocyn, perlu continue sapu gel fobancort juga tak?