Sempena bulan Kemerdekaan ini, Klinik Sabah dengan kerjasama makmal Gribbles ada buat pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan darah untuk anda.
Di samping ujian darah yang asas (darah merah, darah putih, kolesterol, gula, fungsi hati, fungsi buah pinggang dan uric acid), ujian lain yang boleh dilakukan ialah:
1. H. pylori antibody : iaitu pemeriksaan darah untuk mengesan antibodi dalam badan yang dihasilkan akibat adanya kuman H. pylori yang menyebabkan gastrik, sakit ulu hati dan dugal yang berpanjangan.
2. Serum homocycteine : iaitu pemeriksaan darah untuk menentukan kesihatan jantung kita atau kekurangan beberapa jenis vitamin B di dalam badan.
3. Vitamin D : iaitu pemeriksaan darah untuk menentukan paras vitamin D di dalam badan, yang mana jika jarang betul berada di bawah sinaran matahari, mungkin allergic kepada susu atau diet “vegan” yang tegas, ada kemungkinan vitamin D dalam darah anda rendah. Ia boleh mengakibatkan masalah tulang yang tidak kuat dan otot yang lemah.
Ada banyak lagi ujian lain yang boleh dilakukan, bergantung kepada keperluan seseorang. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Antara mereka yang saya sunat ialah golongan lelaki warga emas, yang mana rata-rata adalah muallaf (reverted Muslim).
Namun, golongan warga emas ini kebanyakannya sudah mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan kolesterol.
Adalah amat penting bagi mereka menjaga dan mengawal pemakanan, agar aras gula dapat dikawal dengan baik.
Ini kerana, jika aras gula di dalam darah tidak dapat dikawal dengan baik, risiko untuk berlaku komplikasi seperti jangkitan dan luka yang lambat sembuh boleh berlaku.
Sila kawal dahulu gula dengan baik sebelum datang untuk bersunat. Ini akan mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan komplikasi selepas bersunat.
Ada 3 golongan lelaki dewasa yang datang ke klinik untuk bersunat. Antaranya ialah:
1. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan:
– Jangkitan kuman yang berulang pada kulit kulup.
– Kulit kulup yang sempit (phimosis).
– Palat (smegma)
2. Mereka yang wajib:
– Muslim yang pernah sunat kampung waktu kecil dan tidak sempurna kerana kulti masih menutup glans.
– Muallaf yang memeluk Islam.
Kedua-duanya adalah untuk memenuhi tuntutan syarak dan kesempurnaan ibadah.
3. Mereka yang sukarela untuk bersunat:
– Selalunya bukan Islam, mereka bersunat untuk memudahkan penjagaan kebersihan kawasan kemaluan.
Antara sebab kenapa perlu bersunat/berkhatan untuk muallaf ialah faktor kebersihan dan kesucian diri, sebelum menunaikan ibadah khusus seperti solat, haji dan umrah.
Bila tidak bersunat, ada kebarangkalian yang air kencing boleh bertakung di dalam kulit kulup setiap kali selepas kencing, lebih-lebih lagi jika tidak dicuci dengan betul sebelum mengambil wuduk.
Bersunat/berkhatan boleh menyelesaikan masalah ini, malah jika mengikut Mazhab Imam Syafie, adalah wajib untuk orang Islam bersunat.
Antara soalan yang kerap saya terima dari pesakit dan klien yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Antara mereka yang berumur lanjut ini ada yang baru memeluk Islam. Ada yang sudah pernah bersunat cara kampung dulu-dulu, tapi nampaknya kulit kulup masih banyak. Ada juga mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu ingin merasakan kebersihan yang lebih baik bila bersunat.
Saya sentiasa menjawab yang mereka semua masih boleh bersunat, namun ia ada syarat.
Antara syarat yang selalu saya beri adalah untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis. Penyakit yang amat biasa untuk mereka yang sudah berumur. Untuk mereka yang ada kencing manis, paras gula dalam darah amat perlu dijaga dengan baik. Fasting blood sugar selalunya saya sarankan untuk berada pada paras di bawah 6 mmol/L.
Kawal pemakanan dan elakkan dari minum minuman yang bergula. Buat senaman yang sesuai sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu.
Jika paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik (mungkin lebih dari 10 mmol/L, fasting), proses penyembuhan luka akan mengambil masa yang lebih lama. Malah ia boleh jadi lebih teruk jika jangkitan kuman berlaku kerana paras gula yang tinggi menyebabkan kuman suka untuk membiak di kawasan luka.
Luka yang sembuh dengan lambat boleh menyebabkan kawasan penyembuhan mengalami secondary healing dan kulit mungkin menjadi fibrosis.
Prosedur sunat hanya akan dilakukan selepas pesakti berjaya mengawal gula dalam darah dengan baik, untuk mengelakkan komplikasi pada luka selepas sunat.
Umur paling tua yang pernah saya sunat ialah 65 tahun. Tiada masalah penyembuhan selagi pesakit kencing manis menjaga paras gula dalam darah dengan baik.
Mesej serupa sering saya terima dari kaum lelaki dewasa di Sabah yang pernah bersunat kampung berpuluh tahun dahulu.
Sunat yang tidak sempurna menyebabkan mereka rasa was-was dengan kebersihan diri untuk melakukan ibadah.
Ada juga yang rasa malu dan tertekan, apabila tidak yakin yang ibadah mereka sah, lebih-lebih lagi apabila ingin menunaikan umrah dan haji ke tanah suci Mekah.
Insyaallah, dengan teknik sunat electrocautery laser, luka sunat untuk orang dewasa akan lebih cepat sembuh dan boleh melakukan ibadah dengan lebih cepat.
Kewujudan SunatHome atau Rumah Khatan ini lebih kurang 3 tahun yang lalu adalah salah satunya untuk menyelesaikan masalah lelaki muslim dewasa tempatan (Sabah) amnya. Lebih kurang 10-20 tahun yang lalu, kebanyakan mereka yang melalui zaman kanak-kanak pada masa itu bersunat/berkhatan cara kampung. Apabila dikatakan bersunat cara kampung, rata-rata mereka tidak disunatkan dengan sempurna.
Mengikut pengalaman saya, sunat cara kampung oleh Tok Mudim tempatan adalah tidak menepati garis panduan bersunat yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Rata-rata lelaki muslim dewasa yang saya jumpa yang disunatkan oleh Tok Mudim kampung ini hanya dilukakan sahaja sedikit kulit di atas “penile shaft” dan kulit kulup langsung tidak dipotong.
Prosedur yang begitu singkat ini didahului oleh majlis yang agak besar juga untuk menunjukkan yang mereka telah bersunat. Selepas bersunat, mereka juga diarahkan berpantang yang tidak ada sandaran/dalil yang khusus. Contohnya tidak boleh lalu di bawah ampaian baju dan tidak boleh melangkah tahi ayam. Walaupun mereka ikut segala pantang larang selepas sunat, kulit kulup yang tidak dipotong sempurna tetap menyebabkan mereka seolah-olah belum lagi bersunat.
Bila SunatHome mula beroperasi, rupa-rupanya ramai lelaki dewasa yang memang mencari tempat yang sesuai untuk repair balik sunat mereka yang tidak sempurna ini. Mereka segan untuk bertanya di kaunter klinik-klinik swasta kerana mereka terpaksa bertanya dengan nurse di kaunter. Jika di hospital pula, mereka terpaksa disunatkan di dalam dewan bedah yang mana prosedur sunat akan dilakukan oleh doktor dan dibantu oleh ramai jururawat bertugas. Ini juga menyebabkan mereka malu untuk bertanya lebih lanjut.
Dengan adanya SunatHome, dua masalah utama tersebut dapat diatasi dan privasi klien dapat dirahsiakan. Sunat dewasa akan dilakukan oleh seorang doktor sahaja selalunya atau kadang-kala bersama seorang pembantu perubatan (MA) lelaki yang berpengalaman untuk mempercepatkan prosedur sunat tersebut.
Malah untuk mereka yang betul-betul mahukan privasi, SunatHome juga boleh menerima pelawaan untuk melakukan sunat di rumah atau di hotel berdekatan kawasan Kota Kinabalu. Dengan ini, masalah sunat yang tidak sempurna boleh diselesaikan dan apabila sunat sudah sempurna, bolehlah mereka melakukan ibadah dengan yakin.
Gambar: Ritual selepas berkhatan beramai-ramai di Masjid Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna Sabah. Ada keunikan apabila terlihat duit RM1 yang dikepilkan pada batang lidi yang dicucuk pada sabut buah kelapa yang akan diberikan kepada semua yang sudah bersunat dan tetamu yang hadir.
Minggu lepas ada sepasang suami isteri datang ke klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang masalah ketidaksuburan untuk mendapatkan anak. Mereka sudah berkahwin selama 5 tahun, mencuba pelbagai cara untuk isteri mengandung, tetapi tidak berjaya. Mereka juga telah pergi berjumpa dengan beberapa orang doktor pakar kesuburan tetapi masih menemui jalan buntu.
Bila diorang jumpa saya, isteri memberitahu yang dia hanya mempunyai satu tiub fallopian yang masih berfungsi dan satu lagi tiub fallopian beliau memang tersumbat. Keadaan beliau telah disahkan oleh doktor pakar radiology selepas “hysterosalphingogram” dilakukan setahun yang lalu.
Oleh kerana pemeriksaan air mani untuk suami telah lama tidak dilakukan, saya melakukan pemeriksaan ulangan air mani untuk beliau. Bila dilakukan pemeriksaan air mani, ini keputusan yang didapati:
Sperm concentration beliau rendah, hanya 6×10(6)/ml [normal >=15]
Total sperm count juga rendah hanya 12.0×10(6) [>=39]
Progressive motility (PR) hanya 10% [>=32]
Total motility 30% [>=40]
Sperm morphology 2% [>=4]
Selepas kes beliau dibincangkan dengan doktor pakar kesuburan di Hospital Likas, beliau didapati mengalami keadaan yang dinamakan Oligoasthenozoospermia, iaitu keadaan di mana sperma beliau mempunyai “low sperm count” dan juga “reduced sperm motility”. Dalam bahasa pasarnya, benih beliau sangat sedikit dan tidak menunjukkan pergerakan yang sihat.
Antara keadaan yang boleh menyebabkan masalah oligoasthenozoopermia ini adalah:
Trauma pada kawasan testis, yang mengganggu penghasilan sperma yang sihat.
Sejarah lampau menghidapi masalah jangkitan pada testis, contohnya orchitis.
Sejarah pembedahan hernia pada kawasan inguinal yang berdekatan dengan testis.
Masalah autoimun yang mana wujudnya antibodi terhadap sperma sendiri.
Masalah hormon yang rendah dan tidak stabil yang boleh mengurangkan penghasilan sperma.
Penyumbatan saluran seminal vesicle.
Sejarah menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Kanser testis.
Kes beliau telah dirujuk dengan doktor pakar kesuburan di Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan lanjutan, kemungkinan IVF (In-vitro Fertilization).
Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang rawatan kesuburan dan pemeriksaan awal untuk pasangan!