“DOC, LEPAS KULIT KULUP KENA POTONG DGN LASER, MAU KENA JAHIT JUGA KAITU?”
Iya, selepas kulit kulup dipotong guna laser, ia perlu dijahit untuk menyambungkan kulit yg tinggal, supaya luka sembuh dengan sempurna.
Jahitan akan dibuat menggunakan benang jahitan jenis “catgut” yang akan putus dengan sendirinya selepas lebih kurang 14 hari. Jahitan yang berada di dalam kulit pula akan larut di dalam isi selepas dicernakan oleh enzim yang ada dalam badan kita.
Kita tidak menggalakkan untuk anda memutuskan atau memotong benang tersebut lebih awal kerana ia akan menyebabkan luka tidak boleh sembuh dengan sempurna.
Selalunya, jahitan akan dibuat dengan stail “karipap” yang kebanyakan orang kita panggil. Ia sebenarnya adalah cara jahitan “continuous sutures” jika mengikut istilah perubatan. Jahitan begini adalah bagus untuk menutup luka sepenuhnya dan melekatkan kedua-dua hujung kulit yg dipotong, agar luka boleh lekat dengan cepat dan bagus.
Ada juga doktor yang menggunakan stail “interrupted sutures”, yang mana luka dijahit satu persatu dengan benang. Teknik ini mengambil masa yang lebih panjang berbanding “karipap”, dan kurang digemari.
Gam atau “skin glue” amat jarang digunakan memandangkan ia tidak sesuai untuk digunakan di kawasan kemaluan dan pendarahan yang berlebihan pada luka orang dewasa akan menyebabkan gam tidak dapat melekatkan kulit dengan sempurna.
Hubungi kami untu bersunat guna laser di 019-8210224.
Hari ini nak kongsi pasal “telor” lelaki pulak. Kalau bersunat ni kita bercakap pasal kebersihan “burong”, “telor” lelaki ini juga satu anugerah tuhan yang perlu kita jaga kesihatannya. Ingat lagi dengan Lance Armstrong, jaguh lumba basikal yang pernah menang Tour-de-France 7 tahun berturut-turut (akhirnya kantoi doping)? Beliau adalah seorang “survivor” kanser buah zakar yang mana kanser beliau telah merebak ke hati dan paru-paru beliau, sebelum beliau memulakan kariernya dalam sukan basikal.
Jadi, kalau abang belum pernah cek “telor” abang sendiri, mulakan dengan hari ini selepas mandi. Sebab baru minggu lepas saya didatangi seorang klien sunat dewasa saya yang pernah saya sunat tahun lepas, datang untuk mengadu yang salah satu “telor” beliau terasa lebih keras dan ada benjolan berbanding “telor” beliau yang lagi satu. Jadi, saya nasihatkan untuk dia berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan (Urologist) di hospital pakar.
Pemeriksaan sendiri buah zakar adalah penting untuk pengesanan awal kanser buah zakar. Kaedah yang biasa dilakukan untuk pengesanan awal adalah dengan membuat periksaan setiap bulan.
Oleh kerana kanser buah zakar biasanya berlaku terhad kepada sebiji buah zakar sahaja, perbandingan antara satu buah zakar anda dengan yang satu lagi adalah sangat membantu. Adalah perkara biasa untuk salah satu buah zakar menjadi sedikit lebih besar daripada yang lagi satu. Tumpuan anda adalah untuk mengesan sebarang perubahan pada buah zakar dari bulan sebelumnya.
Apabila sampai akil baligh, semua lelaki harus menjalankan peperiksaan sendiri buah zakar setiap bulan dan bertanya kepada doktor untuk memeriksanya semasa pemeriksaan fizikal tahunan anda.
Bagaimana melakukan pemeriksaan sendiri buah zakar:
Masa terbaik untuk peperiksaan sendiri adalah selepas mandi panas atau pancuran apabila kulit buah zakar adalah longgar.
Periksa setiap buah zakar perlahan-lahan dengan kedua-dua tangan dengan menggolekkan buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk.
Cari epididimis, struktur seperti tiub lembut di belakang buah zakar yang mengumpul dan membawa sperma. Jika anda sudah biasa dengan struktur ini, anda tidak akan kelirukannya dengan benjolan yang tidak normal.
Cari sebarang benjolan atau ketidakseragaman. Perlu diingat bahawa ketulan itu boleh juga tidak menyakitkan.
Cari apa juga perubahan dalam saiz, bentuk, atau tekstur. Ingat bahawa ia adalah normal untuk salah satu buah zakar sedikit lebih besar.
Jika anda perasan ketulan atau sebarang perubahan seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu mendapatkan nasihat perubatan dan temujanji segera. Ingat bahawa kanser testis boleh merebak dengan cepat dan jika dikesan awal, ia adalah salah satu kanser yang paling mudahboleh diubati.
Minggu lepas saya ada sunat seorang non-muslim yang datang bersunat untuk tujuan kesihatan lelaki, kerana beliau kerap kena jangkitan pada kulit kulup.
Sehari sebelum datang bersunat, beliau ada minum satu tin “tiger” (minuman beralkohol). Kalau mengikut garis panduan WHO untuk prosedur pembedahan kecil seperti sunat ini, memang TIDAK BOLEH ambil minuman beralkohol, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bersunat dan 24 jam selepas bersunat.
Ini kerana, alkohol yang berada di dalam darah sewaktu prosedur sunat dijalankan (jika kita minum senelum sunat), ia akan mengganggu kesan ubat bius yang diberikan untuk memberikan rasa kebas pada kawasan kemaluan.
Ada kemungkinan ubat bius terpaksa diberi lebih atau kurang berbanding dos biasa kerana alkohol boleh mengganggu kesan bius ubat tersebut.
Adalah tidak digalakkan juga untuk kita minum alkohol sejurus selepas bersunat, kerana ia juga boleh mengganggu kesan ubat bius dan ubat tahan sakit yang ada.
Jadi, lebih baik untuk elakkan dari minum minuman beralkohol sehari sebelum dan sehari selepas bersunat, agar ubat bius yang diberikan dapat berfungsipada dos optimum.
Hubungi kami untuk bertanya tentang sunat. Tak perlu rasa malu, ia untuk kebersihan diri anda juga!
“APA YANG PERLU SAYA BUAT DENGAN KULIT KULUP YANG TELAH DIPOTONG SEWAKTU BERSUNAT?”
Kalu mengikut adat dulu-dulu, tok mudim yang menyunatkan kanak-kanak akan memberi kulit kulup yang telah disunat kepada bapa kanak-kanak tersebut untuk dibawa balik dan ditanam.
Adalah tidak berapa elok jika ia dibuang begitu sahaja di dalam tong sampah.
Selalunya kami akan bertanya kepada klien, adakah dia mau kulit itu semula. Jika ia mau, kami akan cadangkan agar kulit tersebut ditanam.
Kalau mereka tidak mau, kami akan “dispose”kan kulit tersebut dengan sewajarnya, iaitu kami akan labelkan kulit tersebut sebagai “clinical waste” dan ia akan dihantar untuk di”incinerate” di pusat pelupusan “clinical waste” di Lok Kawi.
p/s: Jangan pula kanak-kanak yg dah ambil balik kulit tu pegi kasi tunjuk2 lagi dengan kawan2 dia satu kampung. Itu nakal. Hehe
Hubungi kami untuk bertanya tentang sunat guna laser.
Cepat, bersih, selamat dan selesa.
Dialih bahasa dari bahasa Inggeris, keratan akhbar Daily Express (Sabah), 4 Januari 2017.
Para doktor menegaskan bahawa prosedur berkhatan yang sedia ada adalah selamat dan kedua-dua pembedahan yang gagal (botched) di Semenanjung adalah kejadian “kemalangan yang jarang berlaku tetapi serius”.
Mereka berkata kejadian yang berlaku memberikan peringatan bahawa adalah penting bagi para doktor untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila perlu melaksanakan apa juga jenis pembedahan walaupun kebimbangan tentang keselamatan semakin meningkat dan kredibiliti mereka yang terlibat dalam pembedahan tersebut.
Doktor dari Permai Klinik Tanjung Aru Mudzakir Kholil berkata langkah-langkah keselamatan tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana doktor kerana satu kesilapan yang sedikit boleh memberikan kesan pesakit seumur hidup.
Walaupun beliau menegaskan yang prosedur sekarang adalah “sangat, sangat selamat”, adalah lebih baik untuk kita semak kembali perkara-perkara penting apabila melakukan pembedahan.
“Kedua-dua kes kemungkinan boleh jadi satu kemalangan yang boleh dielakkan apabila doktor berhenti mengambil mudah perkara ini walaupun mereka sibuk dan mempunyai pegalaman yang luas,” katanya.
Dr Mudzakir yang telah melakukan ribuan sunat dalam tempoh 25 tahun lepas dan telah berpindah daripada prosedur klamp kepada laser sunat (electrocautery), jarang melihat pesakitnya menghadapi komplikasi serius sebelum ini.
“Dalam berkhatan laser, pembedahan hanya mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan dan ia mengambil masa sehingga lima hari untuk kulit yang disunat kering. Dalam beberapa pembedahan lain, tiada setitis darah pun.”
Prosedur ini melibatkan membius dan memotong kulit kulup, dengan memastikan kedudukan kepala zakar jauh dari kawasan yang dipotong dan ini akan membolehkan doktor untuk melihat serta-merta apabila kesilapan potongan berlaku kerana pesakit juga akan menjerit, ” katanya.
Kedua-dua kes berkenaan melibatkan dua kanak-kanak lelaki – yang berusia sembilan tahun dan sepuluh tahun – yang mana kepala zakar telah terpotong dalam pembedahan berasingan di Semenanjung Malaysia.
Kementerian Kesihatan telah memulakan siasatan ke atas kedua-dua kes yang berlaku pada Disember lalu dan merujuk kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang mengeluarkan amaran tegas terhadap pengamal dan profesional yang melakukan sunat tanpa latihan yang diperlukan.
Kanak-kanak lelaki tersebut dikatakan semakin bertambah baik berikutan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dan kini boleh membuang air kecil seperti biasa. Sementara itu, doktor dari Klinik dan Surgeri Medisinar di Pusat Api Api, Dr Kailanathan C. berkata berkhatan adalah prosedur mudah dan komplikasi serius jarang berlaku kepada pesakit, kecuali pendarahan berlebihan dalam keadaan tertentu.
Sambil menyifatkan kejadian tersebut sebagai serius dan malang, beliau berkata tidak ada ruang untuk kecuaian bagi mereka menjalankan prosedur itu. “Berkhatan adalah tentang kebersihan kerana kawasan kulup cenderung untuk menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat dan dengan membuang kulup, ia akan mengurangkan jangkitan kepada orang lain,” katanya.
Sebaliknya, Dr Muzakir berkata, kita perlu mengambil kira berkhatan sebagai bukan sahaja untuk mendapatkan bahagian kemaluan yang bersih tetapi juga membendung penyakit seksual. Berkhatan di klinik swasta adalah antara RM80 dan RM250 dan lebih murah di kemudahan kesihatan kerajaan.
“KULIT SAYA LUKA DAN RETAK SEDIKIT BILA DITARIK KE BELAKANG?”
Ini adalah antara masalah kulit kulup yang biasa Sunat Home temui. Kulit yang sempit di hujung akan menyukarkan untuk ia ditarik ke belakang apabila hendak dibersihkan. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumah tangga.
Hubungan intim suami isteri juga boleh menyebabkan kulit hujung tersebut luka, dan akan menyebabkan sakit. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit kulup dan mengakibatkan bengkak.
Apabila itu berlaku, memang agak sukar untuk membersihkan kawasan dalam kulit kepala tanpa rasa sakit. Ada kemungkinan ubat antibiotik perlu diberi sekiranya jangkitan bakteria menyerang luka kulit yang merekah itu.
Salah satu cara untuk merawat masalah yang ramai lelaki dewasa hadapi ini adalah dengan bersunat.
Sunat Home menyediakan perkhidmatan bersunat menggunakan laser dengan privasi yang tinggi. Kami juga boleh buat sunat di rumah atau hotel (dalam kawasan Kota Kinabalu) sekiranya kita malu untuk datang ke Klinik Sabah.
Antara soalan yang selalu ditanya oleh klien Sunat Home dan ibu bapa yang datang untuk bersunat.
Selalunya luka sunat akan kering selepas 3 hari. Cuma yang bagusnya kita dapatkan rehat secukupnya dalam tempoh 3 hari tersebut, untuk mengelakkan bengkak dan pendarahan. Selepas 3 hari, luka selalunya akan kering dan klien dewasa boleh bertugas seperti biasa.
Jadi, untuk keselesaan, kita sarankan untuk klien dewasa mengambil cuti sekurang2nya 3 hari supaya luka boleh kering. Kalau tak dapat apply cuti dengan bos, kami boleh beri surat cuti sakit selama 3 hari maksimum. Ini akan memberikan masa yang cukup untuk luka kering sebelum bertugas.
Luka akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh 2-3 minggu.
Hubungi kami untuk bersunat menggunakan laser.
“BAGAIMANA MENGELAKKAN DARI PERKARA YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI INI BERLAKU?”
Dalam masa seminggu yang lepas, kita dihebohkan dengan berita yang kurang menyenangkan tentang prosedur bersunat. Maklumlah, musim cuti sekolah ini, memang ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk menyunat (mengkhatan) anak-anak mereka di klinik-klinik, hospital, mahupun mudim kampung.
Namun begitu, jika prosedur tidak dilakukan dengan betul, atau dilakukan oleh operator yang kurang mahir, ada kemungkinan, kemalangan seperti yang disebut di dalam dada akhbar boleh berlaku. Tidak kiralah, dengan teknik apa juga mereka gunakan untuk bersunat – electrocautery laser, klamp, gunting atau pisau. Jika tidak berhati-hati, apa juga prosedur pembedahan boleh mengakibatkan risiko kemalangan.
Kami di Sunat Home amat mengambil berat tentang keselamatan klien dan pesakit kami, agar prosedur sunat dapat dijalankan dengan bersih, selamat dan selesa.
Oleh sebab itu, di sini kami ingin berkongsi tips, bagaimana boleh kita elakkan dari perkara yang tersebut berlaku lagi:
Dapatkan maklumat atau informasi lanjut tentang prosedur yang ingin dilalui oleh anak-anak atau diri sendiri.
a) Apakah teknik yang akan dilakukan untuk prosedur sunat tersebut? Ini kerana, lain teknik dan prosedur, lain juga “outcome” atau hasil akhir selepas bersunat, yang mana akan mempengaruhi proses penyembuhan.
b) Siapakah yang akan melakukan prosedur sunat tersebut? Adakah dia seorang doktor? Atau pembantu perubatan (dressar)? Atau Tok Mudim kampung?
Jika dia seorang doktor, adakah dia mempunyai tauliah dan kelulusan yang betul?
Adakah mereka telah melakukan prosedur sunat yang banyak sebelum ini? Ini kerana, pengalaman yang luas dan lama dalam bidang sunat ini akan membolehkan mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik apabila melakukan sunat.
c) Di manakah prosedur sunat akan dijalankan? Ini kerana, suasana bersunat di klinik atau hospital selalunya lebih kondusif untuk pesakit berbanding bersunat beramai-ramai di balai raya atau masjid.
d) Bagaimana operator tersebut menguruskan pesakit sunat, sekiranya ada masalah timbul sewaktu bersunat? Adakah mereka dapat menghubungi hospital yang mempunyai pakar sakit tuan terdekat untuk rawatan lanjut?
e) Berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya segala proses dan prosedur sunat tersebut dipermudahkan tanpa sebarang masalah.
P/S: Kami di Sunat Home, Kota Kinabalu sentiasa mengutamakan keselamatan klien bersunat. Prosedur sunat akan dijalankan di Klinik Sabah dan mengikuti piawaian WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk prosedur sunat yang selamat. Dan kami juga bekerjasama dengan Pakar Urology, Hospital Queen Elizabeth sekiranya rawatan lanjut diperlukan.
Hubungi kami untuk bersunat selamat guna laser.
019-8210224
“DOKTOR, ANAK SAYA SUSAH BETUL MAU DUDUK DIAM. MACAMANA LA MAU KASI SUNAT DIA?”
Antara masalah melakukan prosedur sunat kepada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun atau yang sudah berumur 7-12 tahun, tetapi mengalami masalah seperti ADHD, ialah mereka tidak boleh menerima arahan untuk duduk dan baring diam untuk prosedur sunat.
Adalah sangat susah untuk doktor melakukan prosedur sunat sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat memberikan kerjasama, kerana ada kebarangkalian doktor dan pembantu akan ditendang atau ditumbuk sebelum sempat ubat bius setempat diberi. Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, kemungkinan untuk dia menangis kuat dan meronta-ronta adalah tinggi, kerana mereka takut dan tidak mahu diberikan suntikan.
Salah satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan bius seluruh badan (general anesthesia) untuk beri mereka tidur, sewaktu prosedur sunat dijalankan. Namun, perkhidmatan bius seluruh badan tidak kami sediakan, kerana setting klinik kami tidak sesuai untuk prosedur sebegitu. Kami selalunya rujuk kes seperti ini ke hospital, supaya prosedur boleh dijalankan di dewan bedah.
Pilihan lain ialah dengan membiarkan kanak-kanak tersebut besar sedikit sehingga berumur 10-11 tahun. Pada waktu ini, kanak-kanak tersebut selalunya sudah lebih berani dan adalah lebih sesuai untuk dilakukan sunat tanpa bius seluruh badan.
Sunat Home menyediakan perkhidmatan bersunat untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak dengan teknik laser, untuk prosedur yang cepat, bersih dan selamat.
Berikut adalah tujuh cara untuk menjaga “barang” anda agar berfungsi dengan baik:
1. MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT
Kegemukan boleh mencuri ciri kelelakian anda dan boleh mengurangkan tahap testosteron dalam badan. Lemak di bahagian abdomen menukarkan testosteron hormon lelaki anda untuk estrogen hormon wanita. Anda juga lebih cenderung untuk mempunyai plak lemak yang boleh menyumbat saluran darah anda, termasuk arteri ke zakar, menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi yang baik.
2. MAKAN DENGAN BERHEMAH
Makanan yang sihat dan semula jadi mencegah pengumpulan deposit plak berbahaya dalam saluran darah anda yang boleh mengganggu aliran darah ke zakar. Pilihan pemakanan yang tidak sihat dengan makanan yang sarat dengan kalori dan tidak berkhasiat boleh menyebabkan arteri tersumbat dan boleh memberi kesan fungsi seksual.
3. KURANGKAN STRESS
Tekanan menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin dan kortisol. Adrenalin menyempitkan saluran darah, yang mengganggu kesan ereksi. Jika anda pernah mengalami “performance anxiety” ia adalah kerana pembebasan adrenalin akibat tindak balas kepada darah gemuruh. Rembesan kortisol yang berlebihan, yang membantu merangsang selera anda, boleh menyebabkan pengumpulan lemak perut yang tidak baik.
4. HAPUSKAN TEMBAKAU
Selain menyebabkan kanser, tembakau menyempitkan saluran darah, merosakkan aliran darah, mengurangkan bekalan oksigen, dan juga menggalakkan keradangan, menjejaskan setiap organ dalam badan anda.
5. KURANGKAN ALKOHOL
Dalam jumlah yang kecil, alkohol boleh mengurangkan kebimbangan dan bertindak sebagai vasodilator (meningkatkan aliran darah) dan benar-benar boleh meningkatkan fungsi erektil, tetapi dalam jumlah yang besar ia boleh menjadi faktor risiko utama untuk disfungsi erektil (mati pucuk).
6. TIDUR YANG CUKUP
Tidur mempunyai fungsi pemulihan yang penting kerana otak anda dan badan memerlukan masa rehat yang cukup. Kurang tidur menyebabkan gangguan endokrin, metabolik, dan fungsi imun, menyebabkan tahap leptin menurun (penahan selera anda), meningkatkan tahap ghrelin (perangsang selera anda), meningkat kortisol, dan meningkatkan paras glukosa (jumlah yang lebih tinggi gula dalam aliran darah ). Jika anda sedang letih, zakar anda akan menjadi letih juga.
7. BERSENAM
Senaman mempunyai kesan yang luar biasa pada fungsi seksual. Ia mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, mencegah keletihan dan meningkatkan tenaga. Untuk jangka panjang, ia akan mengurangkan risiko anda untuk penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, beberapa jenis kanser, osteoporosis, masalah perubatan yang kronik dan kecacatan fizikal. Bersenam membuatkan jantung anda mengepam dengan lebih baik dan kuat, saluran darah anda lebih anjal, dan otot anda lebih baik dalam penggunaan oksigen. Latihan senaman yang melibatkan otot seks-otot teras, pemutar luar pinggul, dan semua otot lantai pelvik-akan meningkatkan prestasi anda.