Kenapa tidak boleh minum alkohol sebelum dan selepas sunat?

BOLEH MINUM “TIGER” KA BOSS, NGAM2 LEPAS SUNAT?

Minggu lepas saya ada sunat seorang non-muslim yang datang bersunat untuk tujuan kesihatan lelaki, kerana beliau kerap kena jangkitan pada kulit kulup.

Sehari sebelum datang bersunat, beliau ada minum satu tin “tiger” (minuman beralkohol). Kalau mengikut garis panduan WHO untuk prosedur pembedahan kecil seperti sunat ini, memang TIDAK BOLEH ambil minuman beralkohol, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bersunat dan 24 jam selepas bersunat.

Ini kerana, alkohol yang berada di dalam darah sewaktu prosedur sunat dijalankan (jika kita minum senelum sunat), ia akan mengganggu kesan ubat bius yang diberikan untuk memberikan rasa kebas pada kawasan kemaluan.

Ada kemungkinan ubat bius terpaksa diberi lebih atau kurang berbanding dos biasa kerana alkohol boleh mengganggu kesan bius ubat tersebut.

Adalah tidak digalakkan juga untuk kita minum alkohol sejurus selepas bersunat, kerana ia juga boleh mengganggu kesan ubat bius dan ubat tahan sakit yang ada.

Jadi, lebih baik untuk elakkan dari minum minuman beralkohol sehari sebelum dan sehari selepas bersunat, agar ubat bius yang diberikan dapat berfungsipada dos optimum.

Hubungi kami untuk bertanya tentang sunat. Tak perlu rasa malu, ia untuk kebersihan diri anda juga!

019-8210224

Nak buat apa dengan kulit kulup selepas sunat?

“APA YANG PERLU SAYA BUAT DENGAN KULIT KULUP YANG TELAH DIPOTONG SEWAKTU BERSUNAT?”

Kalu mengikut adat dulu-dulu, tok mudim yang menyunatkan kanak-kanak akan memberi kulit kulup yang telah disunat kepada bapa kanak-kanak tersebut untuk dibawa balik dan ditanam.
Adalah tidak berapa elok jika ia dibuang begitu sahaja di dalam tong sampah.

Selalunya kami akan bertanya kepada klien, adakah dia mau kulit itu semula. Jika ia mau, kami akan cadangkan agar kulit tersebut ditanam.

Kalau mereka tidak mau, kami akan “dispose”kan kulit tersebut dengan sewajarnya, iaitu kami akan labelkan kulit tersebut sebagai “clinical waste” dan ia akan dihantar untuk di”incinerate” di pusat pelupusan “clinical waste” di Lok Kawi.

p/s: Jangan pula kanak-kanak yg dah ambil balik kulit tu pegi kasi tunjuk2 lagi dengan kawan2 dia satu kampung. Itu nakal. Hehe

Hubungi kami untuk bertanya tentang sunat guna laser.
Cepat, bersih, selamat dan selesa.

PM ke 019-8210224

Kemalangan bersunat adalah “jarang dan malang” – Doktor

Dialih bahasa dari bahasa Inggeris, keratan akhbar Daily Express (Sabah), 4 Januari 2017.

Para doktor menegaskan bahawa prosedur berkhatan yang sedia ada adalah selamat dan kedua-dua pembedahan yang gagal (botched) di Semenanjung adalah kejadian “kemalangan yang jarang berlaku tetapi serius”.

Mereka berkata kejadian yang berlaku memberikan peringatan bahawa adalah penting bagi para doktor untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila perlu melaksanakan apa juga jenis pembedahan walaupun kebimbangan tentang keselamatan semakin meningkat dan kredibiliti mereka yang terlibat dalam pembedahan tersebut.

Doktor dari Permai Klinik Tanjung Aru Mudzakir Kholil berkata langkah-langkah keselamatan tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana doktor kerana satu kesilapan yang sedikit boleh memberikan kesan pesakit seumur hidup.

Walaupun beliau menegaskan yang prosedur sekarang adalah “sangat, sangat selamat”, adalah lebih baik untuk kita semak kembali perkara-perkara penting apabila melakukan pembedahan.

“Kedua-dua kes kemungkinan boleh jadi satu kemalangan yang boleh dielakkan apabila doktor berhenti mengambil mudah perkara ini walaupun mereka sibuk dan mempunyai pegalaman yang luas,” katanya.

Dr Mudzakir yang telah melakukan ribuan sunat dalam tempoh 25 tahun lepas dan telah berpindah daripada prosedur klamp kepada laser sunat (electrocautery), jarang melihat pesakitnya menghadapi komplikasi serius sebelum ini.

“Dalam berkhatan laser, pembedahan hanya mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan dan ia mengambil masa sehingga lima hari untuk kulit yang disunat kering. Dalam beberapa pembedahan lain, tiada setitis darah pun.”

Prosedur ini melibatkan membius dan memotong kulit kulup, dengan memastikan kedudukan kepala zakar jauh dari kawasan yang dipotong dan ini akan membolehkan doktor untuk melihat serta-merta apabila kesilapan potongan berlaku kerana pesakit juga akan menjerit, ” katanya.

Kedua-dua kes berkenaan melibatkan dua kanak-kanak lelaki – yang berusia sembilan tahun dan sepuluh tahun – yang mana kepala zakar telah terpotong dalam pembedahan berasingan di Semenanjung Malaysia.

Kementerian Kesihatan telah memulakan siasatan ke atas kedua-dua kes yang berlaku pada Disember lalu dan merujuk kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang mengeluarkan amaran tegas terhadap pengamal dan profesional yang melakukan sunat tanpa latihan yang diperlukan.

Kanak-kanak lelaki tersebut dikatakan semakin bertambah baik berikutan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dan kini boleh membuang air kecil seperti biasa. Sementara itu, doktor dari Klinik dan Surgeri Medisinar di Pusat Api Api, Dr Kailanathan C. berkata berkhatan adalah prosedur mudah dan komplikasi serius jarang berlaku kepada pesakit, kecuali pendarahan berlebihan dalam keadaan tertentu.

Sambil menyifatkan kejadian tersebut sebagai serius dan malang, beliau berkata tidak ada ruang untuk kecuaian bagi mereka menjalankan prosedur itu. “Berkhatan adalah tentang kebersihan kerana kawasan kulup cenderung untuk menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat dan dengan membuang kulup, ia akan mengurangkan jangkitan kepada orang lain,” katanya.

Sebaliknya, Dr Muzakir berkata, kita perlu mengambil kira berkhatan sebagai bukan sahaja untuk mendapatkan bahagian kemaluan yang bersih tetapi juga membendung penyakit seksual. Berkhatan di klinik swasta adalah antara RM80 dan RM250 dan lebih murah di kemudahan kesihatan kerajaan.

Kulit kulup merekah dan sakit apabila ditarik ke belakang?

“KULIT SAYA LUKA DAN RETAK SEDIKIT BILA DITARIK KE BELAKANG?”

Ini adalah antara masalah kulit kulup yang biasa Sunat Home temui. Kulit yang sempit di hujung akan menyukarkan untuk ia ditarik ke belakang apabila hendak dibersihkan. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumah tangga.

Hubungan intim suami isteri juga boleh menyebabkan kulit hujung tersebut luka, dan akan menyebabkan sakit. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit kulup dan mengakibatkan bengkak.

Apabila itu berlaku, memang agak sukar untuk membersihkan kawasan dalam kulit kepala tanpa rasa sakit. Ada kemungkinan ubat antibiotik perlu diberi sekiranya jangkitan bakteria menyerang luka kulit yang merekah itu.

Salah satu cara untuk merawat masalah yang ramai lelaki dewasa hadapi ini adalah dengan bersunat.

Sunat Home menyediakan perkhidmatan bersunat menggunakan laser dengan privasi yang tinggi. Kami juga boleh buat sunat di rumah atau hotel (dalam kawasan Kota Kinabalu) sekiranya kita malu untuk datang ke Klinik Sabah.

PM kami direct 019-821 0224 untuk booking sunat.

“Barang” bersih, isteri gembira!

Berapa hari boleh sembuh tu luka sunat?

“BRAPA HARI BARU BOLEH SEMBUH TU LUKA LASER?”

Antara soalan yang selalu ditanya oleh klien Sunat Home dan ibu bapa yang datang untuk bersunat.

Selalunya luka sunat akan kering selepas 3 hari. Cuma yang bagusnya kita dapatkan rehat secukupnya dalam tempoh 3 hari tersebut, untuk mengelakkan bengkak dan pendarahan. Selepas 3 hari, luka selalunya akan kering dan klien dewasa boleh bertugas seperti biasa.

Jadi, untuk keselesaan, kita sarankan untuk klien dewasa mengambil cuti sekurang2nya 3 hari supaya luka boleh kering. Kalau tak dapat apply cuti dengan bos, kami boleh beri surat cuti sakit selama 3 hari maksimum. Ini akan memberikan masa yang cukup untuk luka kering sebelum bertugas.

Luka akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh 2-3 minggu.
Hubungi kami untuk bersunat menggunakan laser.

Bagaimana mengelakkan kemalangan sewaktu bersunat?

“BAGAIMANA MENGELAKKAN DARI PERKARA YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI INI BERLAKU?”

Dalam masa seminggu yang lepas, kita dihebohkan dengan berita yang kurang menyenangkan tentang prosedur bersunat. Maklumlah, musim cuti sekolah ini, memang ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk menyunat (mengkhatan) anak-anak mereka di klinik-klinik, hospital, mahupun mudim kampung.

Namun begitu, jika prosedur tidak dilakukan dengan betul, atau dilakukan oleh operator yang kurang mahir, ada kemungkinan, kemalangan seperti yang disebut di dalam dada akhbar boleh berlaku. Tidak kiralah, dengan teknik apa juga mereka gunakan untuk bersunat – electrocautery laser, klamp, gunting atau pisau. Jika tidak berhati-hati, apa juga prosedur pembedahan boleh mengakibatkan risiko kemalangan.

Kami di Sunat Home amat mengambil berat tentang keselamatan klien dan pesakit kami, agar prosedur sunat dapat dijalankan dengan bersih, selamat dan selesa.

Oleh sebab itu, di sini kami ingin berkongsi tips, bagaimana boleh kita elakkan dari perkara yang tersebut berlaku lagi:

Dapatkan maklumat atau informasi lanjut tentang prosedur yang ingin dilalui oleh anak-anak atau diri sendiri.

a) Apakah teknik yang akan dilakukan untuk prosedur sunat tersebut? Ini kerana, lain teknik dan prosedur, lain juga “outcome” atau hasil akhir selepas bersunat, yang mana akan mempengaruhi proses penyembuhan.

b) Siapakah yang akan melakukan prosedur sunat tersebut? Adakah dia seorang doktor? Atau pembantu perubatan (dressar)? Atau Tok Mudim kampung?

Jika dia seorang doktor, adakah dia mempunyai tauliah dan kelulusan yang betul?

Adakah mereka telah melakukan prosedur sunat yang banyak sebelum ini? Ini kerana, pengalaman yang luas dan lama dalam bidang sunat ini akan membolehkan mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik apabila melakukan sunat.

c) Di manakah prosedur sunat akan dijalankan? Ini kerana, suasana bersunat di klinik atau hospital selalunya lebih kondusif untuk pesakit berbanding bersunat beramai-ramai di balai raya atau masjid.

d) Bagaimana operator tersebut menguruskan pesakit sunat, sekiranya ada masalah timbul sewaktu bersunat? Adakah mereka dapat menghubungi hospital yang mempunyai pakar sakit tuan terdekat untuk rawatan lanjut?

e) Berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya segala proses dan prosedur sunat tersebut dipermudahkan tanpa sebarang masalah.

P/S: Kami di Sunat Home, Kota Kinabalu sentiasa mengutamakan keselamatan klien bersunat. Prosedur sunat akan dijalankan di Klinik Sabah dan mengikuti piawaian WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk prosedur sunat yang selamat. Dan kami juga bekerjasama dengan Pakar Urology, Hospital Queen Elizabeth sekiranya rawatan lanjut diperlukan.

Hubungi kami untuk bersunat selamat guna laser.
019-8210224

7 CARA MENJAGA “BARANG” ANDA DALAM KESIHATAN TERBAIK

Berikut adalah tujuh cara untuk menjaga “barang” anda agar berfungsi dengan baik:

1. MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Kegemukan boleh mencuri ciri kelelakian anda dan boleh mengurangkan tahap testosteron dalam badan. Lemak di bahagian abdomen menukarkan testosteron hormon lelaki anda untuk estrogen hormon wanita. Anda juga lebih cenderung untuk mempunyai plak lemak yang boleh menyumbat saluran darah anda, termasuk arteri ke zakar, menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi yang baik.

2. MAKAN DENGAN BERHEMAH

Makanan yang sihat dan semula jadi mencegah pengumpulan deposit plak berbahaya dalam saluran darah anda yang boleh mengganggu aliran darah ke zakar. Pilihan pemakanan yang tidak sihat dengan makanan yang sarat dengan kalori dan tidak berkhasiat boleh menyebabkan arteri tersumbat dan boleh memberi kesan fungsi seksual.

3. KURANGKAN STRESS

Tekanan menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin dan kortisol. Adrenalin menyempitkan saluran darah, yang mengganggu kesan ereksi. Jika anda pernah mengalami “performance anxiety” ia adalah kerana pembebasan adrenalin akibat tindak balas kepada darah gemuruh. Rembesan kortisol yang berlebihan, yang membantu merangsang selera anda, boleh menyebabkan pengumpulan lemak perut yang tidak baik.

4. HAPUSKAN TEMBAKAU

Jaga “barang” anda dengan baik!

Selain menyebabkan kanser, tembakau menyempitkan saluran darah, merosakkan aliran darah, mengurangkan bekalan oksigen, dan juga menggalakkan keradangan, menjejaskan setiap organ dalam badan anda.

5. KURANGKAN ALKOHOL

Dalam jumlah yang kecil, alkohol boleh mengurangkan kebimbangan dan bertindak sebagai vasodilator (meningkatkan aliran darah) dan benar-benar boleh meningkatkan fungsi erektil, tetapi dalam jumlah yang besar ia boleh menjadi faktor risiko utama untuk disfungsi erektil (mati pucuk).

6. TIDUR YANG CUKUP

Tidur mempunyai fungsi pemulihan yang penting kerana otak anda dan badan memerlukan masa rehat yang cukup. Kurang tidur menyebabkan gangguan endokrin, metabolik, dan fungsi imun, menyebabkan tahap leptin menurun (penahan selera anda), meningkatkan tahap ghrelin (perangsang selera anda), meningkat kortisol, dan meningkatkan paras glukosa (jumlah yang lebih tinggi gula dalam aliran darah ). Jika anda sedang letih, zakar anda akan menjadi letih juga.

7. BERSENAM

Senaman mempunyai kesan yang luar biasa pada fungsi seksual. Ia mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, mencegah keletihan dan meningkatkan tenaga. Untuk jangka panjang, ia akan mengurangkan risiko anda untuk penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, beberapa jenis kanser, osteoporosis, masalah perubatan yang kronik dan kecacatan fizikal. Bersenam membuatkan jantung anda mengepam dengan lebih baik dan kuat, saluran darah anda lebih anjal, dan otot anda lebih baik dalam penggunaan oksigen. Latihan senaman yang melibatkan otot seks-otot teras, pemutar luar pinggul, dan semua otot lantai pelvik-akan meningkatkan prestasi anda.

Program Khatan Pada Cuti Sekolah 2015

Pada 19 November 2015, seramai 17 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Assakinah, Papar, datang ke Klinik Sabah untuk berkhatan. Kami berjaya menyelesaikan urusan berkhatan sebelum jam 5 petang menggunakan teknik Flashcutter Laser.

Anak-anak Yatim dari Rumah Assakinah, Papar

Pada 5 Disember 2015, seramai 44 orang anak-anak dari Kampung Lobou Timbua, dikhatankan. Majlis berakhir pada jam 2 petang dengan 3 orang mudim.

Pada 6 Disember 2015, seramai 54 orang anak-anak dari Kundasang dikhatankan di Masjid Jamek Kundasang.

Khatan beramai-ramai di Masjid Jamek Kundasang

Pada 19 Disember 2015, seramai 29 anak-anak dari Masjid Assalam Kampung Contoh, Putatan berjaya dikhatankan. Majlis diserikan dengan kehadiran pihak Bomba Kota Kinabalu untuk membantu merasmikan majlis tersebut.

Majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Assalam Kampung Contoh, Putatan

Program Jom Berkhatan 4, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 2014

Pada hari Sabtu yang lalu, 13 Disember 2014 telah berlangsung Program Jom Berkhatan Siri ke-4 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 23 orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-13 tahun telah berjaya dikhatankan oleh 3 orang doktor termasuk saya sendiri. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, dan kami berjaya menyelesaikan semua kanak-kanak menjelang waktu Zohor.